Skip to main content

14 - BIAR BENAR

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum.

Baru-baru ini ada mendengar satu tajuk 'Biar Benar' dalam segmen Usrati oleh Ustazah Nurhafizah.

Ini adalah satu rumusan untuk peringatan diri saya sendiri :
  • Dalam hidup ini biasakan diri untuk sentiasa benar. Mungkin apa yang terzahir pada diri kita yang dapat dilihat manusia di luar sana tidak sama apa yang ada di dalam. Hanya diri kita sendiri dan Allah Maha Mengetahui. Maka jadilah diri yang sebenar-benar dan jangan topengkan diri dengan kepalsuan.
  • Ketika berbicara dengan suami/isteri/anak-anak, sentiasalah jujur dan berkata benar. Jangan sesekali cuba menutup kebenaran hanya untuk mengelakkan konflik yang bakal timbul kerana sekali kita membuat satu penipuan maka akan berlaku siri-siri penipuan selepas itu. Tenteramkah hati jika kerap memulakan sesuatu dengan satu penipuan?
  • Hendaklah kita membenarkan apa yang telah Allah SWT wahyukan kepada kita melalui pesuruhnya yang terpilih. AlQuran contoh terbaik. Setiap yang ada hendaklah kembali kita rujuk kepada Kitabullah dan selepas itu kepada hadith sahih. Dalami isi AlQuran kerana di situ terletak segala ilmu dan pengubat hati.
  • Satu kisah yang dikongsi mengenai sepasang suami isteri yang sentiasa memeriahkan rumah mereka dengan bacaan AlQuran. Tanyanya kepada si ibu bagaimanakah beliau membudayakan AlQuran di dalam keluarganya. Katanya, sejak anak dalam kandungan beliau akan kerap membca AlQuran, sekiranya tiada kesempatan, beliau perdengarkan AlQuran kepada bayi dalam kandungan. Ketika anak dilahirkan, apabila menidurkan si anak beliau akan membaca AlQuran. Sehinggakan katanya, beliau sendiri mahu merasa kesusahan menghafal AlQuran bersama-sama anaknya.
  • Ini kerana selalu kita sebagai ibu bapa meletakkan harapan kepada anak-anak untuk lakukan itu dan ini. Sedangkan berupayakah kita sendiri untuk menjadi apa yang kita harapkan itu. Pelajarannya di sini, sekiranya kita mahu anak bijak dalam satu-satu perkara, kenapa tidak kita sama-sama melakukan perkara tersebut. Mungkin tidak semua berada dalam keupayaan kita dengan pelbagai kekangan, tetapi sekurang-kurangnya ia memberi ruang kepada kita pelajari sesuatu dalam menggalakkan anak untuk meneroka sesuatu yang baru dalam hidup mereka bahawa usaha mereka turut disertai dengan ibu bapa sebagai pendamping dan penguat semangat.
  • Begitu juga, dalam mendidik anak-anak kita hendaklah memberi ruang dan peluang kepada anak-anak untuk meluahkan apa yang dirasai. Beri mereka peluang untuk berkata benar walaupun kebenaran itu adalah satu kesalahan yang perlu dihukum. Didik anak-anak berkata benar dengan memberi penghargaan kepada mereka ketika berkata benar.
  • Kisah kedua yang dikongsi ustazah berkenaan mengenai sepasang suami isteri di Korea. Si suami menyaman isterinya jutaan ringgit apabila tertipu dengan kecantikan si isteri. Selepas mendapat anak, didapati anak itu tidak mewarisi kesempurnaan fizikal mereka sebagai ibu bapa. Curious dengan perkara tersebut, si bapa menjalankan test DNA kepada anak tersebut dan sahih anak itu anak mereka. Akhirnya si bapa discover bahawa anak itu mewarisi wajah sebenar si ibu sebelum melakukan plastic surgery.
  • Penipuan bermula bila si isteri melakukan pembedahan untuk cantik dalam memikat lelaki yang berharta. Si suami tertipu dengan kecantikan dan akhirnya apabila tiada kebenaran dalam satu permulaan, pengakhiran hubungan adalah sesuatu yang menyakitkan.
  • Oleh itu, dalam meneruskan hidup ini, jujurlah dan berkata/bertindak dengan benar. Rasullullah contoh terbaik sepanjang zaman. Saya kira jika kita semua menghayati peribadi baginda, ramai manusia baik akan lahir di dunia ini. Sayangnya kita kerap terbuai dengan kesibukan dan kealpaan dunia yang sementara.
  • Berikan sedikit ruang untuk hati kita mendapat pencahayaan. Cubalah untuk menjarakkan perkara-perkara maksiat sedikit demi sedikit.
  • Kembali kepada agama InsyaAllah kita akan jumpa jalan kebenaran yang luas terbentang.

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40