Skip to main content

15 - TANGGUNG DAN JAWAB

Bismillahirrahmanirrahim.

Asssalamualaikum.

Ada satu waktu, pejabat kami dilawati oleh satu bahagian dari Ibu Pejabat yang pada ketika baru selesai mengadakan satu bengkel di negeri ini.

Makan tengahari diselangi dengan perbincangan pelbagai isu. Isu kerja isu ekonomi isu negara. Saya lebih suka mendengar. Untuk menambah rasanya tidak layak bila orang 'besar-besar' berkata-berkata beri peluang itu pada mereka.

Tatkala membincangkan tentang peranan PAC, satu perkara yang menarik minat saya tentang tanggungjawab. Kita takkan lari dari tanggungjawab ke atas apa yang kita lakukan. Hatta apabila kita tidak lagi berkhidmat, kita masih bertanggungjawab kepada tindakan atau keputusan yang telah dilakukan. Kita tidak boleh lari kerana ke mana kita pergi kita akan dicari untuk menjawab semula ke atas tindakan/keputusan yang dibuat sebelum ini. Kalau kat atas dunia ini tak boleh nak tanggung, maka jawablah apabila kita berada 'di bawah' sana nanti.

Itu maksud tanggungjawab. 

Benar, menjadi pemimpin bukan perkara mudah. 

Kadang-kadang saya rimas memikul tugas sedia ada dengan pelbagai karenah birokrasi. Kerana banyak perkara yang dibuat, banyak nanti akan dipersoalkan. Saya bukan sempurna. 

Paling saya harap, saya akan tetap jadi yang terbaik dalam menjalani tanggungjawab sebagai anak ibu dan isteri.

Ya Allah, luaskan perjalanan yang ada dengan dipayungi berkah daripada Mu.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...