Skip to main content

18 - HIDUP TANPA HUTANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Asssalamualaikum.


  • Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh rakan sepejabat bahawa salah seorang rakan kami telah menyelesaikan hutang kenderaan yang baharu sahaja ditukar hujung tahun lepas. Wah.. saya kagum. Semasa sarapan saya mengusik beliau. Bestnya hidup tanpa hutang.
  • Prinsip hidup saya untuk meminimumkan hutang piutang yang ada. Saya jenis orang yang tidak suka hidup dengan hutang. Tapi sebagai manusia yang tak banyak harta saya tiada kemampuan untuk mengelak dari meminjam untuk pembiayaan kenderaan dan rumah.
  • Dahulu dalam tahun 2009 saya pernah menggunakan kad kredit. Tujuan penggunaan setelah terpengaruh dengan justifikasi senior saya pada waktu itu. Saya tidak terpedaya tapi saya melihat rasionalisasi pandangan beliau memandangkan saya percaya kepada status kewangan beliau dan sifat kalkulatif yang dimiliki. Maka pada tahun itu saya dengan rasminya telah memiliki sekeping kad kredit maybank untuk tujuan penggunaan dalam keadaan terdesak.
  • Sepanjang menggunakan kad tersebut dalam tempoh 4 tahun, saya hanya menggunakan untuk tujuan membeli belah kerana jarang membawa tunai yang banyak dan tujuan tempahan secara atas talian. Walaubagaimanapun, rutin yang dilakukan saya akan buat bayaran sesegera yang mungkin dalam tempoh 1 - 2 hari bagi mengelakkan saya terlupa membayar hutang.
  • Dan memandangkan saya jarang menggunakan kad tersebut tetapi perlu membayar yuran tahunan RM50 yang saya rasa tidak sewajarnya dikenakan, maka awal tahun 2013 saya telah menamatkan penggunaan kad tersebut dan memilih kad debit sebagai alternatif. Pada hemat saya ini lebih jimat dan baik kerana saya dapat mengelak dari kenaan caj RM50 dan dapat menjauhkan diri dari keberhutangan tanpa sedar.
  • Dahulu semasa bekerja di kota raya pada tahun 2007, saya pernah menghadiri kursus kewangan yang dibiayai pejabat tempat saya bekerja. Dalam kursus 2 hari tersebut, penceramah ada menyatakan bahawa setiap pembelian sewajarnya dibuat secara tunai untuk lebih berkat.
  • Semasa menghadiri kursus pra perkahwinan, seorang ustaz yang merupakan bapa kepada senior sekolah saya dan juga ustaz yang mengajar di masjid kampung saya dan ustaz yang sama mengajar agama di pejabat saya pernah memaklumkan semasa usia muda beliau, beliau seorang yang kedekut berbelanja sehingga digelar ustaz kedekut oleh rakan sepejabat. Ini kerana beliau sanggup bersusah dahulu untuk senang kemudian. Beliau hanya menggunakan motor demi membeli sebuah kereta secara tunai setelah cukup simpanan yang ditabung.
  • Saya menjadi kagum kerana seperti yang ustaz tersebut maklumkan, hidup lebih tenteram dan berkat apabila hidup tanpa hutang.
  • Saya kerap berfikir untuk menjana pendapatan lain/sampingan bagi mengumpul dana demi hidup tanpa hutang. Saya harap impian saya ditemani usaha dan doa secara istiqamah.

  • Oleh kerana saya tidak suka berhutang, maka saya juga tidak suka menjadi pilihan untuk orang datang berhutang. Saya tahu susah untuk mencari duit dan lagi susah bila penghutang gagal untuk membayar hutang.
  • Saya tahu kebaikan memberi hutang tetapi di mana letaknya hati peminjam yang tegar untuk lupa membayar hutang yang dipinjam. Duit yang dipinjam bukan turun dari langit lalu membiak di dalam akaun bank saya. Duit itu datang dari pekerjaan yang saya lakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
  • Biar orang kata saya kedekut sekurang-kurang-kurangnya saya tidak menyusahkan mereka dan saya tidak mahu hati saya berkata-kata bila hutang saya kepada mereka tidak dibayar. 
  • Jika tidak menjawab kepada saya, saya harap mereka punya jawapan bila berada di mahkamah dunia yang satu lagi.

  • Dan semoga saya punya lebihan harta supaya saya dapat menghalalkan hutang mereka dan melangsaikan hutang saya sendiri pada agensi pemberi pinjaman.
Ya Allah Tuhan Pemberi Rezeki, berkatilah rezeki yang saya miliki selama ini. Amin. 

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah ...