Bismillahirrahmanirrahim.
Asssalamualaikum.
Asssalamualaikum.
- Berapa jumlah anak yang ideal bagi satu-satu keluarga? Pada saya, bilangan yang ideal ialah 3-4 orang. Sekiranya lebih daripada itu, saya memang respek kepada ibu bapa tersebut.
- Dewasa ini, kita boleh lihat betapa kos hidup semakin meningkat. Ada rakan pejabat menetapkan sasaran untuk memiliki 4 anak sahaja. Saya setuju dengan pendapat beliau.
- Perancangan keluarga itu satu keperluan yang amat penting diberi perhatian. Bukan untuk menidakkan betapa bagusnya meramaikan umat Nabi tetapi dalam situasi sekarang banyaknya kejatuhan moral dan akhlak anak muda, ekonomi yang makin meruncing, kuantiti bukan lagi faktor utama tetapi demi menjaga kualiti tidak salah kita merancang apa yang kita inginkan.
- Saya pernah memberitahu encik suami saya hanya mahukan 3 anak. Jika ada rezeki 4 lebih baik. Bukan kerana saya takut untuk bersalin berikutan saya jenis yang sukar bersalin tetapi beberapa faktor lain.
- Pertama : Kerjaya saya yang kadang-kadang menuntut saya untuk bertugas di luar stesen menyebabkan saya cepat susah hati untuk berjauhan dengan anak-anak. Sebolehnya saya akan cuba mengelak untuk bermalam tanpa anak-anak. Pernah saya diarahkan untuk menghadiri satu tugasan di Langkawi Kedah pada 2011. Akibat daripada menolak, saya pernah diarahkan untuk keluar dari negeri tempat saya berkhidmat. Tapi rezeki itu urusan Allah bukan manusia, sehingga kini saya masih di sini.
- Kedua : Saya mempunyai masalah cepat risau, mudah berfikir negatif ketika dalam pantang. Perasaan tersebut menyebabkan saya tidak mahu anak ramai kerana tidak mahu merasai perkara yang sama setelah 2 kali pengalaman melahirkan anak.
- Ketiga : Saya sangat susah hati apabila anak-anak tidak sihat. Saya bukan orang yang kuat semangat melihat kesakitan anak-anak walaupun cuma demam. Sebab itu, saya kagum pada ibu-ibu di luar sana yang tabah menghadapi bila anak didiagnose dengan pelbagai penyakit berisiko tinggi.
- Keempat : Saya memerlukan masa untuk menstabilkan tugas seorang ibu dan pekerja. Saya tiada pembantu rumah, maka semua urusan kerja rumah perlu saya lakukan sendiri. Dan syukur encik suami juga membantu. Saya tidak mahu kerana mahu anak ramai, urusan rumah menjadi tunggang langgang kerana saya jenis orang yang mahu semuanya berada dalam keadaan teratur seperti yang saya inginkan.
- Walaubagaimanpun, saya berdoa Allah akan mudahkan dan murahkan saya dengan rezeki anak lagi walaupun bukan sekarang kerana 2 pada saya cukup sedikit. Sedikit jika kita ambil kira apabila anak makin membesar, anak akan keluar rumah, belajar dan bekerja maka nanti tinggallah ibu bapa berdua di rumah.
- Teringat cerita mantan bos saya. Beliau memiliki 6 anak. Apabila isterinya beria-ia untuk menghantar anak ke asrama penuh, beliau tidak ambil peduli dengan usaha isterinya kerana beliau lebih suka anak-anak di depan mata selagi anak-anak belum ke universiti dan berkahwin kerana beliau mahu menikmati momen-momen anak membesar di depan mata. Dan kerana itu, biar pun keputusan UPSR dan PMR anak-anaknya cemerlang, anak-anaknya kekal berada di rumah.
- Dengan 2 anak yang ada kini saya harap, saya dan encik suami dapat memberi pendidikan dan perhatian terbaik untuk anak-anak kami.
- Kelmarin saya mengikuti program Romantika di Astra Ria. Cerita romantik selebriti Wardina Safiyya. Saya tidak pasti jika ini cerita ulangan kerana saya jarang menonton televisyen dan memandangkan Astro juga kerap membuat ulang tayang program berulang kali.
- Saya kagum dengan kecantikan rumah mereka. Ok itu rezeki mereka. Saya suka pada dekorasi bilik belajar anak-anaknya,tempat beribadah dan macam-macam. Oklah kan suaminya seorang arkitek dan rasanya Wardina sendiri punya kelayakan dalam hiasan dalaman (kalau tidak silap).
- Saya juga suka dengan penyataan Wardina tentang cara didikan anak-anak. Jika kita mahu anak baca AlQuran maka kita kena buat benda yang sama. Jika mahu anak solat, tunjukkan contoh terlebih dahulu. Kita tidak boleh jangka anak-anak buat itu dan ini sedangkan kita sendiri hanyut.
- Teringat tentang satu temubual di radio tahun lalu dalam segmen 'Islam Agamaku', bagaimana seorang mualaf ini memilih untuk pakai tudung kerana beliau mahu menjadi contoh terbaik kepada anaknya. Alhamdulillah.
- Saya bukan ibu yang sempurna, tetapi Alhamdulillah berkat air susu ibu untuk anak-anak menjadikan anak-anak sangat rapat dengan saya walaupun saya jauh lebih garang dan tegas daripada encik suami.
- Tunggulah 2@3 tahun lagi untuk fikir tentang mengandung sekali lagi hihi. Ingat faktor usia juga memainkan peranan penting untuk mengandung sekali/dua kali lagi.
![]() |
Sumber : google |
Comments
Post a Comment