Skip to main content

31 - CEGAH JENAYAH DENGAN HUDUD?

Bismillahirahmanirrahim   
Assalamualaikum.

  • Saya ingat hujung tahun lepas saya ada terbaca 1 artikel di dalam satu majalah yang saya lupa namanya di sebuah klinik.
  • Isunya berkaitan kes-kes jenayah yang semakin hari semakin gawat. Seolah-olah penjenayah ini semuanya imun kerana walaupun pelbagai tindakan diambil pihak berkuasa, jenayah tetap berleluasa di sana sini.
  • Kes ragut, bunuh, rogol, penyembelihan manusia, rompakan menakutkan kita. Walaupun tidak terjadi kepada masyarakat terdekat dengan saya (nauzubillah), dengan membacanya sahaja sudah menyuntik rasa ngeri dalam hati. Ya Allah, jauhkanlah bahaya jenayah daripada keluarga kami, kawan-kawan kami dan masyarakat kami.
  • Bila satu akhbar di Singapura membangkitkan betapa murah nilai nyawa di Malaysia, kita marah. Tetapi hakikatnya begitu. Bila mana akhir-akhir ini  banyak kejadian tembakan seolah-olah betapa mudahnya sumber alat senjata api boleh didapati di negara kita walaupun hanya di pasaran gelap.
  • Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kisah seorang bapa menyembelih anak-anaknya. Rujuk sini.Saya tidak mahu komen punca kerana kita tidak tahu apa asbab si bapa mengambil tindakan demikian. Cukup untuk disimpulkan seorang insan yang bergelar bapa yang sihat mentalnya PASTI tidak akan berbuat demikian kerana anak itu harta yang tiada nilainya. Kita doakan sahaja keluarga mangsa kuat menghadapi dugaan yang maha besar ini. Usah dibuat spekulasi yang bukan-bukan kerana kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak mungkin faham beban emosi yang sedang ditanggung.
    Kes Pembunuhan Bangi

  • Itu antara jenayah yang  berlaku. Apa yang penting kita kena kaji punca ianya berlaku dan cari solusi kepada masalah yang ada.
  • Contohnya, bagi kes rompakan, kenapa berlaku rompakan? Mungkin kerana si perompak terdesak mahukan wang. Atau mungkin dia tiada pekerjaan selain merompak, mungkin dia telah dibuang kerja, mungkin dia terpengaruh dengan rakan untuk melakukan rompakan, mungkin dia dibesarkan dengan hasil rompakan. 1001 alasan menjadi kemungkinan. Analisa diperlukan bukan untuk menunjukkan statistik rompakan di dalam negara yang mungkin memberi persepsi negatif kepada orang luar tentang isu keselamatan di negara kita. Tapi kita perlukan analisa untuk mencari punca supaya dari punca kita cari jalan penyelesaian. Saya teringat tentang perbualan bersama rakan pejabat, bila ada seorang anak perempuan berumur kurang 12 tahun mencuri di sekitar kampung kerana ayahnya sendiri memang seorang pencuri. Kasihan, anak yang patut menjadi aset dijadikan liabiliti oleh ayahnya sendiri. Ini kisah masyarakat yang terpencil. Ini pencuri kecil-kecilan. Kita tidak tahu orang di luar sana bagaimana.
  • Berbalik kepada artikel yang saya baca, penulis menyarankan sudah tiba masa untuk negara kita mengguna pakai hukum hudud kalau jenayah yang ada tidak dapat dibendung dengan hukum negara sekular yang kita adapt selama ini. Saya setuju di situ. Kita kena kaji kerana hukum hudud hukum Allah. Allah Maha Mengetahui di atas segala kejadian.
  • Bila Brunei mengambil tindakan untuk implementasikan hukum hudud, ada mempertikaikan kenapa Malaysia tidak mengambil tindakan yang sama.
  • Hari ini saya membaca ulasan di Utusan.
  • Hudud: Tiada persediaan terperinci akan mengarah kepada ketidakadilan 
Oleh MOHD. HAZLI HASSAN 

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Ketika ramai sibuk memperkatakan mengenai pelaksanaan hukuman hudud di Brunei, tidak semua tahu bagaimana ia dilaksanakan di negara Melayu Islam beraja itu.

Malah, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad turut berkata, ramai hanya melihat dari segi luaran mengenai pelaksanaan hukuman hudud dan qisas di negara itu, tetapi tidak mengerti dengan mendalam apa yang sedang dilaksanakan."Tidak ramai yang mengetahui, undang-undang yang sudah digazetkan di bawah Kanun Keseksaan Undang-Undang Syariah 2013 Brunei itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan kesalahan takzir dahulu dan hanya akan dilaksanakan pada April 2014.

"Undang-undang syariah ini bukan terhasil semalam atau tahun lepas tetapi sudah dilihat dengan teliti sejak 30 tahun lalu dan masih tidak dapat dilengkapkan."Pendapat peribadi saya ialah sebaik mana undang-undang itu jika tidak bersedia dengan baik dengan mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan atau dilaksanakan secara tidak efisien dan tidak profesional, ia bakal mengarah ke ketidakadilan," katanya di sini hari ini.Beliau berkata demikian dalam ceramah umum mengenai Pelaksanaan Hudud di Brunei: Perbezaan antara Brunei dan Malaysia di Institut Antarabangsa Kajian Islam Malaysia (IAIS) di sini.

Abdul Hamid turut menambah, orang ramai belum boleh menilai pelaksanaan hukuman hudud di Brunei kerana ia belum dilaksanakan lagi. Kata beliau, berkemungkinan dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi barulah penilaian boleh dilakukan terhadap apakah ia berjaya dilaksanakan serta impaknya."Ketika itu, kita pasti mahu lihat sama ada ia berjaya meningkatkan keadilan atau berjaya menurunkan kadar jenayah seperti yang dijangkakan atau adakah Brunei sebuah negara yang sudah aman akan lebih aman?"

Ini merupakan cabaran bagi para penyiasat, pendakwa raya dan hakim syariah untuk menjalankan tugas-tugas mereka, paling kurang pada peringkat awal ini, kerana pengalaman mereka masih kurang."Ketika ini kemungkinan mereka banyak mengendalikan kes-kes berkaitan khalwat tetapi akan lebih mencabar ketika kes-kes besar melibatkan membunuh, rogol, mencederakan akan hadir yang akan turut disertakan dengan fakta-fakta sains."Mungkin Brunei akan membuktikan sesuatu, kita tunggu dan lihat. 

"Sekurang-kurangnya ada perbezaan permintaan diadakan hukum hudud antara Brunei dan Malaysia. Brunei melaksanakannya bukan disebabkan kemahuan ahli politik yang mahu memenangi pilihan raya tetapi sebaliknya berlaku di sini," katanya. - UTUSAN ONLINE
  • Saya tidak mahu komen tentang perkara ini kerana ianya di luar bidang saya. Saya suka untuk nyatakan betapa saya berharap agar pelaksanaan hudud ini akan dilaksanakan di sini walaupun masanya entah bila kerana saya percaya hukum Allah tetap yang terbaik cuma mungkin kita yang terlalu takut. Apapun kita patut jadikan Brunei sebagai model untuk ketahui perkembangan selanjutnya.
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).

  • Siapa saya untuk mempertikaikan pelaksanaan hukum jenayah sedia ada di negara kita. Cuma kadang-kadang saya terfikir, banyak jenayah banyak penjara banyak kos. Kenapa tidak kos yang menjadi liabiltii ditukar kepada nilai tambah kepada negara. 
  • Contohnya, dalam kita menanggung kos PATI yang ditangkap, sementara kes dibicarakan, kenapa tidak kita arahkan PATI ini bekerja secara percuma. Gaji yang sepatutnya dibayar digunakan sebagai kos sara hidup sementara di Malaysia atau kenapa tidak khidmat PATI ini digunakan untuk tujuan khidmat sosial seperti arahkan sahaja PATI ini membuat kerja kebajikan seperti membersihkan/mengindahkan kawasan. Jadinya kita tidak perlu hire kontraktor untuk tujuan pembersihan. Ok nanti akan kata hilanglah punca pendapatan kontraktor kelas F. Rezeki ada di mana-mana. Kita sepatutnya manipulasi sumber yang ada untuk menambah pendapatan negara bukan membiarkan tunai keluar sahaja. Sudahlah peningkatan pekerja asing yang sah datang ke negara ini sahaja telah menyumbangkan aliran tunai keluar yang amat tinggi. Cuba semak balik banyak ke aliran tunai masuk ke dalam negara. Eh macam dah lari topik je.  
  • Oklah, cuba baca ini.

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40