Skip to main content

43 - NUN

Bismillahirahmanirrahim      
Assalamualaikum

  • NUN apa? Nun jauh di sana?
  • Nun inilah topik yang saya dengar untuk 2 minggu berturut dalam segmen Usrati di radio IKIM semalam oleh Ustazah Norhafizah Musa.
  • Saya bukan mahu menjadi ustazah pada Jumaat ini. Tidak layak langsung. Tetapi tulisan ini adalah catatan sepertimana yang dihighlightkan ustazah dalam topiknya itu.
  • Nun = satu huruf permulaan dalam Surah Al Qalam. Surah ke 68 dalam Kitab Al Quran.
  • Nun = kalam = pena.
  • Oklah itu intronya.
  • Apa yang menarik minggu lepas ustazah ada mulakan dengan kepentingan mencatat. Ceritanya beliau pernah mencatat satu doa yang dipelajarinya di dalam Qurannya semasa berumur 16 tahun tak silap saya. Intipati doa itu ada 5 perkara. Sungguh saya tak ingat tetapi satu dari doa itu memohon supaya dikurniakan suara yang lunak. Saya suka point yang ini kerana tujuan doa itu bukan supaya kita memilik suara yang sedap  hingga menyuntik nafsu kepada kaum berlawanan jenis atau untuk tujuan komersial seperti menyanyi atau sebagainya. Tetapi untuk tujuan kebaikan.
  • Doa itu lebih baik diajar kepada anak lelaki kerana jika dididik anak itu dengan sempurna untuk manjadi seorang hafiz atau imam, kelunakan suaranya akan menggamit rasa berserah kepada Allah.
  • Ini tepat sangat, kerana kadang bila berjemaah di masjid mendengar alunan suara imam yang merdu dengan tajwid yang sempurna membuat kita terbuai menghayatinya walaupun mungkin kita tidak fasih tentang bahasa arab itu sendiri. Dan itu juga menyebabkan kenapa ada jemaah bertahan untuk solat yang panjang kerana aura suara itu menyebabkan kita tidak rasa letih. Itulah kelebihan yang ada untuk tujuan kebaikan. Jangan disalahtafsirkan.
  • Ustazah juga berkongsi kita ini sepatutnya lebih baik jika rajin mencatat kerana kadang-kadang banyak ilmu atau pengalaman yang kita lalui. Catatan itu tidak sahaja bermanfaat kepada kita malahan mungkin menyumbang sesuatu pada orang lain. Sebab itu disyorkan kita membawa buku nota ke mana kita pergi dan menjadikan penulisan satu hobi.
  • Saya suka point ini kerana saya sendiri kadang-kadang ada benda terlintas di fikiran dan saya mahu cari jawapannya kemudian tetapi acapkali juga saya terlupa kerana saya tidak menulis di mana-mana. Jika teringat saya biasa akan membuat reminder di dalam telefon bimbit.
  • Seperti kata ustazah kadang-kadang ada buku nota tetapi kita menulis perkara yang rutin seperi list barang. Hah yang ini betul sangat. Dalam beg saya memang ada 2 notepad kecil yang saya guna sejak tahun 2011 untuk mencatat keperluan pembelian barang. Saya tersenyum mendengar ulasan ustazah ini yang lembut dan comel sahaja suaranya.
  • Dan semalam satu perkongsian yang dibuat tentang surat anak ketiganya berusia 13 tahun kepada si adik berusia 10 tahun. Pada pandangan beliau anak ini biasa sahaja tetapi coretan si kakak pada adik menggambarkan dia mempunyai sifat kepimpinan. Dan sebagai ibu bapa kita jangan sesekali memandang rendah kebolehan setiap anak. Seperti dalam setandan pisang tidak semua sempurna. Ketidaksempurnaan dalam satu aspek sebenarnya terdapat kelebihan yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Kadang-kadang yang tak sempurna itu sebenarnya berlian berharga.
  • Menyorot kembali isi surat si kakak kepada adik antara yang saya ingat ialah si kakak berpesan supaya adiknya rajin membaca buku, menjadi contoh kepada adik-adik yang lain, memimpin adik-adik membaca Al-Quran, mununjukkan akhlak yang baik, membanggakan ummi dan abi.
  • Ketika saya mendengar ustazah membaca surat anaknya, saya menjadi sebak dan kagum. Pertama, betapa murni niat baik seorang anak berusia 13 tahun yang akan ke sekolah berasrama menyampaikan pesan dan amanah kepada adik yang baru berusia 10 tahun. Saya sendiri tidak pernah untuk berpesan-pesan seperti itu.
  • Kedua, gaya bahasanya sangat cantik, tidak menggambarkan dirinya yang baru berusia 13 tahun. Pesanan kepada adik seperti bahasa seorang kakak yang matang berusia 31 tahun.
  • Berbalik tentang nun ini, kembara rohani ustazah membawa beliau bertemu dengan seoarng kiai yang mendidik anaknya supaya rajin dan suka menulis. Kiai ini memberi reward kepada anak-anaknya supaya terus menulis. Hasilnya seorang anak kiai ini berjaya menerbitkan buku untuk kanak-kanak. Hanya kanak-kanak memahami kanak-kanak yang lain. Entah di mana kembara rohani ustazah tidak mahu maklumkan. Mungkin terlalu personal pada beliau. Hidup kita pun tidak semua kita dedahkan kepada orang. 
  • Perkongsian ustazah sering menyengat hati saya. Saya mahu menjadikan catatan sebahagian hidup saya. Dan itu antara sebab utama saya berblog. Saya mahu menulis kerana saya bukan seorang yang ramah mulutnya.
  • Nun yang saya kongsikan ini untuk peringatan diri saya. Saya menulis di sini supaya saya tidak lupa apa yang saya dapat supaya ia sedikit sebanyak memberi manfaat.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...