Skip to main content

72 - INPUT KURSUS

Bismillahirahmanirrahim            
Assalamualaikum
  • Semalam saya menghadiri satu kursus di LPPKN. Tajuk kursus Bahtera Kasih : Pengukuhan Institusi Keluarga.
  • Untuk sesi pagi bersama Ustaz Hanuar. Sedikit nota untuk peringatan. Kalau tak tulis memang tak ingat lepas ni. Saje tulis sini untuk perkongsian dan peringatan diri sendiri. Point dari Ustaz tapi elaboration daripada saya sendiri.
  1. Kita ni bila berdoa untuk panjang umur, biarlah mohon umur panjang yang berkat. Sebab apa? Kalau umur panjang tapi masih tak kenal solat 5 waktu, tak sempurna puasa, tak amal perintah Allah tak guna juga. Dan biarlah umur panjang kita tidak menyusahkan orang lain. Saya pernah baca dalam buku Ustaz Hasrizal (blogger SaifulIslam) yang mak kepada beliau sendiri kata biarlah mak mati awal supaya kalau dia nyanyuk dia tak susahkan anak-anak. Ibukan dia akan berkorban untuk anak. Tapi anak belum tentu mampu berkorban seperti ibu. Tingginya martabat seorang ibu. Hanya Allah mampu memberi balasan terbaik. Mohon syurga untuk semua ibu yang ada yang telah berkorban nyawa masa dan tenaga untuk keluarga.
  2. Ustaz ada bagi tip untuk cepatkan jodoh iaitu amalkan baca Surah Yasin selepas solat subuh.
  3. Tanggungjawab seorang suami bukan sahaja bagi nafkah zahir tapi juga batin. Bila cakap nafkah batin bukan hanya berkisar tentang bilik tidur sahaja tetapi seorang suami mesti menyelami dan memahami tugas dan perasaan seorang isteri. Contohnya, dengar keluh kesah isteri. Bantu isteri menguruskan anak-anak dan tugas rumah. Bukan hanya tahu order air, bukan hanya tahu arah itu ini. Suami yang baik akan membantu isteri menguatkan rohaniah.
  4. Ustaz ada menegur tentang bagusnya bernikah di masjid. Tetapi salah jika lepas bernikah ada sesi cium pipi cium dahilah sebab masjid untuk beribadat. Tindakan membatalkan air sembahyang tu bukan wajib dilakukan dengan adegan cium. Takut nanti mendatangkan ghairah.
  5. Dalam rumahtangga ada pasang surut, ada turun naik ada permainan emosi yang bermacam ragam. Dugaan apapun yang melanda jangan salahkan takdir. Kalau tiba-tiba pasangan berubah laku, adu pada Allah sebab Allah yang pegang hati pasangan kita.
  6. Ada lelaki jenis susah tunjuk rasa sayang. Jangan takut untuk isteri mulakan. Kadang-kadang suami ni suka dimanja diberi perhatian oleh isteri.
  7. Isteri ni kalau nak suruh suami buat apa-apa, cakap baik-baik. Kalau dapat suami hati kering, gunalah reverse psychology. Contohnya kita tengok rumah ada sawang, dah cakap kat suami minta tolong bersihkan dia buat derk je. Kot kalau tak larat cuba cakap, " Abang, rumah kita ni penuh sawangkan. Tak sangka sawang ni seni. Nanti abang ajaklah kawan abang datang tengok kesenian rumah kita. Mesti diorang puji abang ni kreatif". Itu contoh je..
  8. Seorang isteri hendaklah menjaga  3 benda dalam rumah tangga.
 a) Jaga hidung suami : Pakai bau-bauan yang suami suka. Kalau rasa nak beli perfume bagi suami bau dulu. Apa yang dia suka itu yang kita beli bukan ikut taste kita sebab isteri patut wangikan diri untuk suami bukan untuk orang lain.

b)  Jaga perut suami : Semua orang dah tahu perkara ni tapi paling penting jaga makan ni masaklah dengan kasih sayang, dengan sumber yang berkat, doa masa sediakan makanan supaya makanan yang berkat boleh mendamaikan rumahtangga.

c) Jaga maruah : Jaga maruah suami, jangan burukkan suami depan orang walau banyak mana kelemahan yang ada. Isteri juga kena jaga maruah sendiri. Saya teringat kata seoang kenalan lama dulu, katanya isteri yang bekerja atas izin suami tanggungjawab dia untuk bekerja bukan untuk berchatting dengan lelaki lain. Contohnya, kita ni dengan facebook satu perkara lumrah. Kadang-kdang kita tak sedar, dalam kita post komen atau apa-apa dalam FB ni ada mata nakal yang memerhati. Tak sikit orang bercerai berai berpunca dari FB.
  • Sesi kedua berkenaan tajuk Dilema Keluarga Komuter oleh pegawai penerangan LPPKN.
  1. Masa tengok tajuk ni terfikir, dilema keluarga yang ramai anak. Dalam komuter kan bersesak dengan orang. Tapi rupanya salah. Maksud komuter kat sini ialah hubungan antara suami isteri yang terpisah dek jarak tempat tinggal atas faktor kerja atau lain-lain yang menyebabkan satu keluarga tidak bersatu dalam satu bumbung sepanjang masa. Senang cerita perkahwinan jarak jauh.
  1. Tuntutan kerja sekarang menyebabkan ramai sangat pasangan suami isteri terpisah jauh. Itu yang berjumpa hujung minggu. Lagi malang kalau jumpa sebulan sekali. Aduhai bersyukurlah kita masih dapat tengok muka pasangan hari-hari secara live. Saya bekerja sektor awam. Saya jumpa ramai orang yang terpisah disebabkan jarak ini. Apabila jarak memisahkan, dugaan akan hadir kalau kita tak bijak tanganinya. Saya teringat cerita teman sekerja yang layak saya panggil makcik semasa saya di SSM 7 tahun lepas. Ada sepasang suami isteri bercerai kerana konflik jarak. Ada pasangan yang bermadu kasih dengan orang lain atas alasan sunyi. Ada orang gugur kandungannya akibat rahim tidak kuat kerana terpaksa berulang alik bertemu pasangan. Ini pengalaman saya bertemu orang sebegini. Saya sendiri tahu satu masa saya juga akan keluar dari zon selesa saya untuk bertugas luar dari Melaka. Saya tidak boleh fikir apa boleh saya buat untuk memastikan kami sekeluarga bersatu walau di mana penempatan saya ditukarkan nanti. Sigh..
  2. Cabaran keluarga komuter bukan kepada hubungan suami isteri tetapi juga kepada anak-anak. Tugas mendidik anak biarlah dibuat bersama-sama tapi sekiranya seorang di selatan seorang di utara, adakala tanggungjawab terpaksa dipikul seorang diri oleh salah seorang ibu atau bapa. Bukan mudah nak mendidik anak generasi Y. Banyak cabarannya dengan pengaruh dan unsur luar yang mudah menyerap dan diserap.
  3. Dalam sesi ini, penceramah berkongsi video tentang akhlak pelajar IPT kita. Situasi di dewan kuliah. Sekumpulan remaja perempuan yang semuanya bertudung di bahagian belakang dewan merakamkan video (mungkin untuk suka-suka). Si perakam memperkenalkan setiap rakan-rakannya dengan panggilan pelacur. Si perakam juga mengeluarkan ayat-ayat lucah ketika memperkenalkan rakan-rakannya. Dan rakan-rakannya kelihatan ceria dengan rakaman. Di mana akal bila kamu dilabel sebagai pelacur? Mana maruah kamu adik-adik? Kenapa bangga menayang aset kamu walaupun terlindung di sebalik baju kurung? Untuk apa tudung yang melitupi rambut jika akhlak tidak sejajar dengan pakaian kamu. Sedih.. di luar sana ibu bapa bertungkus lumus mencari rezeki membiayai penggajian kamu, yakin untuk melihat anak cemerlang di bangku universiti tetapi ini yang kamu lakukan. Di mana silapnya? Siapa bertanggungjawab?
  4. Saya tak nak bincangkan hal ini sebab ia terlalu lebar untuk didebatkan. Cuma sayang, belajar hingga ke menara gading bukan bukti pencapaian cemerlang jika akhlak di bawah tapak kaki. Wahai ibu dan bapa jangan sangka anak yang cemerlang akademik cemerlang juga sahsiahnya. Cuma sebagai ibu bapa, kita kena sama-sama fikirkan di mana silapnya. Muhasabah diri. Ketika mengandungkan anak, apakah amalan ketika itu, apakah amalan si bapa ketika itu. Saya selalu pesan dengan encik suami, apa-apa pun nak buat mana-mana nak pergi, biar bersama-sama. Kita kena monitor anak-anak. Kata Ustaz Kazim, anak nak pergi main bola pun dihantarnya kerana beliau tidak mahu menyesal kalau tidak pantau dengan siapa anak berkawan, apa aktiviti yang dilakukan.
  5. Kita ni selalu sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan. Tapi urusan anak-anak jangan dipinggirkan. Anak itu aset. Anak yang baik itu bekalan yang kita nak bawa dalam kubur nanti.

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

  6. Antara info lain ialah kita ini kalau mahu doakan anak mulakan dengan ayat positif. Sebagai contoh nak anak jadi baik, doalah 'Ya Allah, Kau jadikan lah anakku anak yang soleh, mendengar kata, baik akhlaknya. Peliharalah iman, akidah dan kehormatannya.' Jangan/elak doa macam ni 'Ya Allah, jauhkanlah sifat degil dari anakku....'. Kata penceramah, alam turut mendoakan apa yang kita lafazkan. Mulakan dan akhiri dengan kata-kata positif bukan kata menghindarkan sesuatu.
  7. Begitu juga apabila impiankan sesuatu, selalu visualise impian sebelum tidur dan selepas bangun tidur supaya kita ada arah tuju dalam mencapai impian tersebut. Tiba-tiba teringat kata kawan saya, seorang pakar motivasi ada mengatakan sebelum anak tidur, usap ubun-ubunnya, zahirkan bisikan doa yang baik untuk anak. InsyaAllah, dalam minda separa sedar, ia akan menyerap ke dalam diri anak itu apabila dia bangun keesokan harinya.
  8. Untuk kita berubah ke arah lebih baik, kita jangan bergantung kepada akal untuk berfikiran positif tetapi kena diiringi dengan emosi yang positif juga baru boleh berjaya supaya tiada konflik di antara akal dan emosi yang mungkin akan saling tolak-menolak.
  9. Kajian mengatakan jika ketawa boleh mengurangkan stress. Impak dari ketawa ikhlas atau dibuat-buat adalah sama kepada diri individu. Maka ketawa berpada-pada dalam menangani stress. Dikatakan juga ketawa juga membantu menghalang kanser dari merebak sebab itu ada inisiatif untuk menghantar badut untuk membantu pesakit kanser lebih ceria.
  10. Cara lain untuk menangani stress juga adalah menggunakan art therapy. Kaedah ini pernah digunakan kepada penghuni pusat pemulihan akhlak. Emosi yang disimpan rapat sukar diluah kepada orang lain tetapi hasil terapi ini, ada penghuni berjaya meluahkan rasa hati melalui lukisan. Pernah terjadi seorang gadis yang dikira hafizah. Akibat salah berkawan, beliau terlanjur dan menggugurkan kandungan iaitu janin kembar. Dari lukisan baru diketahui stress yang lama tertanam akibat sesal kemudian tidak berguna.
  •  Sesi akhir, adalah sesi kesihatan bersama ketua jururawat di LPPKN. Pendedahan tentang kesihatan kita dan pencegahan kehamilan.
  • Yang ni nanti sajalah saya ulas. Hehe..

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40