Skip to main content

87 - MUHASABAH DIRI

Bismillahirahmanirrahim                  
Assalamualaikum
  • Beberapa minggu lepas ada tajuk Muhasabah dan Mujahadah oleh Ustazah Norhafizah Musa. Selama ni selalu dengar suara beliau di radio. Tak tahu bagaimana rupanya. Bulan lepas kot baru mengenali rupa paras beliau semasa menonton 3 Ustazah di Astro. (Saya ni jarang tengok tv)
  • Ada dua perkara je saya tertarik sebab yang lain tu tak fokus sebab mendengar sambil memandu dan selebihnya tak dapat dengar bila sampai taska Imaan, Imaan request nak dengar CD. Bila dengan anak, mesti akan kalah.
  • Pertama, bila beliau membangkitkan tentang ketidakpuasan kita dalam bekerja. Beliau memberi contoh bagaimana kadang-kadang kita mengeluh penat bekerja. Contoh kerjaya ialah guru. Sibuk mengajar, sibuk dengan pelbagai aktiviti murid dan kadang-kadang masa hujung minggu pun terpaksa dikorbankan atas tiket tanggungjawab kepada murid. Tatkala mendengarnya saya tergamam. Terkena batang hidung sendiri. Kawan-kawan yang rapat tahulah yang saya pernah luahkan mahu menukar skim perkhidmatan.
  • Kedua, seorang pemanggil mengutarakan rasa hati tentang betapa jengkel perasaannya terhadap suami yang tidak mahu berubah dan memerlukan pendapat ustazah tentang masalah yang dihadapi.
  • Apabila ustazah berkongsi cerita tentang bagaimana beliau pernah bertemu dengan seorang isteri yang sangat sabar melayani karenah suami yang panas baran sehingga ketika makan pun si suami boleh memukul si isteri. Ini menunjukkan kalau kita rasa suami kita itu tidak seperti yang kita harapkan, bersabarlah sebab di luar sana masih ada orang yang lebih azab hidupnya.
  • Apa yang saya suka bila ustazah menyatakan biar apa pun yang kita lalui dan harungi percayalah bahawa Allah sedang mengangkat darjat kita sebagai seorang wanita dan Allah sedang memberi pahala kepada kita. Jangan dikesalkan apa yang sedang kita lalui sebab tiada satu apa pun yang Allah beri tanpa balasan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
  • Bercakap tentang hikmah, saya ini seorang yang tidak kuat jiwanya. Dugaan kehilangan anak amat berat untuk saya terima sehingga kini. apabila membaca blog Dr Zubaidi bari-baru ini, saya tertarik dengan tulisan beliau,  
'Apabila kita dilanda ujian dan musibah serta menghadapi masa yang sukar, selalu beritahu diri bahawa semua yang diberikan Allah mempunyai tujuan dan hikmahnya. Cuma kita belum melihatnya lagi atas keterbatasan fikiran kita. Kesakitan dan kesusahan yang dialami adalah mainan fikiran. Katakan bahawa kita redha dengan ujian Allah ini dan berdoalah agar Allah menunjukkan kebaikan dan hikmah atas apa yang telah berlaku.'
  • Dalam hidup ini banyak perkara datang dan pergi dalam hidup kita. Suka atau tidak kita kena terima. Tidak semua dalam hidup kita boleh memilih mengikut citarasa. Sebab keterbatasan akal fikiran kita untuk membezakan apa yang baik dan buruk. Allah Maha Arif. Kita ini hanya hamba. Selautan ilmu Allah itu, hanya setitis air sahaja ilmu yang mampu kita miliki. Satu perbandingan yang perlu direnung-renungkan.
  • Dalam hidup jangan mendabik dada jika kita punya jawatan yang tinggi, kawan yang ramai. Hidup ini seperti putaran roda. Kadang di atas kadang di bawah. Teringat kata kawan saya jika kita fikir kita susah, ada orang yang lebih susah jika kita fikir kita bagus ada ramai lagi yang lebih bagus. Penilaian ke atas sesuatu amat subjektif. Jangan jatuhkan hukuman kepada manusia kerana kita ini juga manusia. Kita tidak maksum. Muhasabahlah diri bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri dalam membina jambatan hubungan dengan Allah dan makhluk hidup di sekeliling kita.
  • Mencari berkat hidup itu yang utama. Saya amat yakin seseorang yang memiliki keberkatan hidup, manusia paling beruntung di dunia. Saya mahu jadi seorang daripadanya.
  • Ingin saya kongsikan, minggu lepas saya mengenali seorang wanita berketurunan India beragama Kristian. Dia penceramah kursus yang saya hadiri di Cyberjaya, Changing Mindset & Attitude. Seorang participant mengutarakan soalan tentang cara untuk mengatasi masalah yang kita rasa apabila ada masa kita dibebankan dengan tugas sedangkan ada orang yang seangkatan tidak diberi tugas itu. Dari sudut positif kita memandang ini amanah yang mesti digalas dan kita terbaik sebab itu kita selalu dipilih. Menjadi tanda tanya, kita ini manusia dan kita kadang-kadang tak termampu untuk melakukannya dan ini membawa kepada rasa keluh kesah kerana rasa tidak adil (why always me) sedangkan ganjaran bonus dalam sektor kerajaan sama adil sama rata padahal hakikatnya tidak semua perform. Jawab puan penceramah ini amat menarik minat saya. Kita semua kena percaya rezeki itu dari siapa. Mungkin kita rasa tidak adil sekarang tapi percayalah mereka yang ikhlas akan dapat ganjaran dan mereka yang culas, nikmat rezeki itu akan ditarik balik tanpa dia sedari. Percayalah pada keberkatan rezeki. 
  • Banyak yang saya pelajari dalam dua hari kursus ini. Ingin sangat saya kongsikan buat peringatan diri. Nantilah bila terluang masa sebab mahu menulis bukan sedikit. Kan telah Ustazah Hafizah katakan tulislah sebab itu peringatan untuk kita, perkongsian untuk semua. InsyaAllah.
    Sumber Google

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40