Skip to main content

91 - REZEKI KITA TIDAK SAMA

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum

  • Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan selama ini. Pandang kehijauan bumi. Hayati butir pasir di atas tanah. Dari tanah kita diwujudkan ke dalam tanah kita akan ditempatkan semula. Jangan menongkat dunia. Jangan sesekali kerana ia akan memakan diri dengan beribu ketidakpuasan hati.
  • Bercakap tentang rezeki. Itu bukan urusan kita. Apa yang kita miliki itu rezeki yang telah ditetapkan. Rezeki ini subjektif. Rezeki kesihatan. Rezeki anak. Rezeki kemewahan. Rezeki berjawatan. Dalam kategori apa pun rezeki yang kita perolehi, BERSYUKURLAH.
  • Saya jika diberi pilihan saya pilih rezeki ini menurut keutamaan :
  1. Rezeki untuk hidup sihat.
  2. Rezeki anak yang sihat.
  3. Rezeki wang ringgit.
  • Saya telah melalui fasa kehilangan anak. Ia sangat sukar untuk dilalui sehingga kini. Dan ia mengajar saya tentang hidup tentang erti syukur tentang erti rezeki. Dan ada orang beruntung untuk miliki semuanya dan ada orang hanya menikmati sebahagiannya. Bahagian saya Allah dah tetapkan. Dia tahu untuk memberi yang terbaik, tidak seperti yang saya jangkakan.
  • Saya bukan daripada keluarga kaya raya. Tapi Alhamdulillah saya diberi rezeki dengan usaha saya sendiri. Saya tidak mewah tetapi rezeki yang ada cukup untuk kami sekeluarga. Jujurlah saya juga teringin punya kereta besar rumah besar semua nak gah. Tapi saya tahu itu cuma keinginan bukan keperluan yang wajib saya miliki. Maka saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini. 
  • Menjadi seorang yang mewah wang ringgit atau harta benda bukan kerja senang. Ia datang dengan TANGGUNGJAWAB BESAR dengan berkongsi bersama mereka yang LEBIH memerlukan. Tapi sebagai manusia biasa kita lupa untuk berkongsi kerana percaya itu hak mutlak kita sedangkan sebenarnya kita hanya pengantara untuk tujuan perkongsian. Pernah saya terbaca, di antara si kaya dan si miskin, jalan ke Syurga itu didahului oleh mereka yang miskin. Sifirnya mudah, Allah duga dengan kemiskinan untuk kita tawaduk bukan berkeluh kesah. Selagi redha menjadi keutamaan, insya Allah jalan ke sana akan dipermudahkan.
  • Saya dari dahulu apabila berada di jalan raya, saya suka memerhatikan kereta orang. Saya berasa amat bangga jika saya boleh nampak pemandu/penumpang sesebuah kenderaan mewah itu berhijab. Saya bangga melihat saudara semuslim berkemampuan untuk memiliki semua itu. 
  • Alhamdulillah, saya ditawarkan untuk menaiki satu lagi tangga yang datang bersama tanggungjawab yang besar untuk memikul tugas lebih daripada sekarang. Dan ia tidak mudah untuk dilalui apabila saya percaya ia akan datang dengan cabaran kemanusiaan.
  • Apa yang saya perolehi ini rezeki. Kita tahu rezeki itu dari siapa tapi kita tidak tahu bagaimana percaturan DIA dalam memberi rezeki. Kenapa orang itu yang dipilih sedangkan kita rasa kita yang lebih layak. Bermuhasabahlah. Jangan jangan jangan pertikaikan. Jika kali ini bukan rezeki kita, mungkin akan datang rezeki kita akan jadi lebih baik. Who knows? 
  • Dalam diri setiap manusia ada seketul darah. Darah yang membentuk jiwa kita. Lafaz di bibir kadang-kadang tidak selari apa yang terbuku di nurani. Diam itu lebih baik. 
    Hati adalah ‘ raja ‘ bagi tubuh badan manusia. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.Benarlah maksud dari sebuah hadis Nabi SAW ” … ketahuilah bahawa dalam jasad kamu ada seketul darah,jika baik darah itu maka akan baiklah seluruh anggota tubuh,jika rosak ketulan darah itu , maka akan rosaklah seluruh anggota tubuh,ketahuilah itu adalah HATI manusia.”
  • Teringat saya kata seorang penceramah, jika kita rasa mahu marahkan orang, tidak puas hati dengan orang, tuliskan rasa hati. Jika mahu mencemuh mahu memaki mahu menghina kepada seseorang, buatlah. Keluarkan segala yang tersirat dalam sanubari di atas helaian kertas berkajang-kajang. Biar terlerai segala ketidakpuasan hati. TAPI hantarlah segala tulisan itu KEPADA DIRI SENDIRI. Rasa sendiri cemuhan itu dan bayangkan tulisan itu diberi kepada kita oleh seseorang lain. Apa kita rasa? Fikir-fikirlah. What goes around comes around.

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40