Skip to main content

92 - INAS - JEJAK TERAKHIR

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum

  • Menulis tentang Inas bukan perkara senang. Memikir, menyebut, menulis atau apa sahaja yang berkaitan tentangnya menyebabkan kolam air mata bertakung, dada rasa terbeban dengan rasa sedih.
  • Minggu lepas ketika berkesempatan untuk melayari (is it the right word?) facebook, saya menerjah ke kumpulan susun atur yang saya sertai. Dalam pada itu, saya tertarik akan satu post berkaitan gambar tapak kaki bayi yang diwarnakan dan dicop di atas kertas dan dibentuk seperti rama-rama lalu diframekan. Sangat kreatif dan cantik.
  • Lalu terlintas ketika itu, untuk saya abadikan hadiah teristimewa yang saya terima daripada pihak hospital pada 08042014 yang pernah saya ceritakan di sini.
  • Saya masih ingat dengan jelas saat Puan Ketua Jururawat menarik tangan saya di luar Isolation Room dan menyerahkan bingkisan itu kepada saya. Katanya, 'Ini sahaja yang pihak hospital boleh lakukan dan nanti puan framekan untuk kenangan.' Lebih daripada ucapan terima kasih mahu saya ucapkan. Saya sangat-sangat hargai. Ia sangat istimewa.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Saya menerima hadiah ini dengan ia siap direbenkan. Pada awalnya saya telah beli dua frame berkembar untuk tujuan ini. Satu untuk sepasang tapak kaki dan satu pasangan tapak tangan. Dan apabila saya mahu melaksanakan misi saya, baru saya perasan kertas putih yang mengandungi cop tapak kaki dan tangan digam dengan kuat. Saya cuba untuk mencabut dan menampalnya di atas kertas yang lain tetapi macam kata encik suami, sayang kalau terkoyak, saya juga tidak mahu menyesal kerana hanya itu jejak akhir untuk kami sekeluarga kenang sehingga kini dan sampai bila-bila. Ia harta yang sangat nostalgik kepada saya. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Mujur saya membeli frame yang transparent maka ia boleh dilihat dari depan dan belakang.
    Pandangan daripada depan
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    Pandangan daripada belakang
    • Inas Sarah Affendi, ummi sayang adik..

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.  Sebenarnya takde progress sangat pun. Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar. Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin meng explore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni. Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput. Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah da...

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...