Skip to main content

93 - DOA UNTUK KEKASIH

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum


ANALOGI :
Semua ibu sayangkan anaknya. Menatang bagai minyak yang penuh. Seorang ibu sanggup meredah lautan api demi seorang anak. Seorang ibu sanggup buat apa sahaja untuk beri yang terbaik untuk si anak. Itulah ibu. Hanya yang telah diberi rezeki menjadi ibu akan faham situasi ini. Walau bagaimanapun, memanjakan anak itu perlu berpada-pada kerana kasih sayang bukan satu pelaburan semata-mata. Tetapi ia terlalu luas untuk dirungkaikan. Sebagai ibu kita diberi amanah untuk melahir, mendidik dan membesarkan anak itu dengan penuh tanggungjawab. Sebab itu tidak semua kemahuan si anak mesti dituruti. Contohnya apabila si anak meminta sesuatu, tidak semestinya kita turuti. Mungkin kita penuhi kehendak itu apabila si anak berjaya mencapai sesuatu dalam hidupnya.


  • Begitulah hidup ini, tidak semua yang kita minta kita mohon akan dikabulkan serta merta.
  • Bukan untuk dibandingkan antara kita si Pencipta tetapi analoginya lebih kurang begitu. 
  • Sebab itu, jangan sesekali berputus asa dalam berdoa. Jika bukan hari ini pasti akan tiba satu masa Allah mengangkat doa kita pada satu tahap yang kita tidak jangkakan.
  • Teringat saya pada perkongsian kawan satu masa dahulu. Kata gurunya, kita berdoa tetapi tidak semua yang kita doa dimakbulkan sebab :
  1. Mungkin apa yang kita minta itu tidak baik untuk kita tanpa kita sedari.
  2. Allah mahu beri yang lebih baik daripada apa yang kita minta.
  3. Allah tidak tunaikan permintaan di dunia ini kerana ada ganjaran lebih besar di akhirat nanti.
  • Adakala kita mengeluh kenapa bertahun-tahun kita berdoa tapi nasib kita tetap sama tidak berubah. Kita minta itu dan ini tapi tiada satu pun dimakbulkan. Seolah-olah doa itu tidak diangkat tidak dipedulikan.
  • Seperti yang dikongsikan Ustazah Norhafizah Musa, kita ini kadang-kadang tidak dapat membezakan antara doa dan minta. Minta itu lafaz dimulut semata-mata sedangkan doa itu satu pengharapan kepada Allah sepenuh hati.
  • Oleh itu, buka minda berlapang dada letakkan segala pengharapan kepada Allah dengan sesungguh hati. Jika itu yang terbaik untuk kita, percayalah satu hari nanti kita akan jumpa pelangi selepas hujan.
  • Saya ini manusia yang cepat alpa. Bila tiba Allah uji saya dengan seberat-berat ujian yang saya susah untuk menanggungnya, saya anggap Allah mahu saya kembali kepada Dia memohon kekuatan jiwa dan rohani dalam menyelusuri perjalanan hidup ini.
  • Kehilangan anak satu ujian. Ujian yang menyedarkan saya semula tentang hidup. Saban hari saya memohon kekuatan dari Dia untuk menerima dengan seikhlas hati bahawa takdir saya telah ditetapkan sebegini. Dan saban hari saya mendoakan Allah pulihkan semangat si ayah yang pada permukaan nampak tenang tapi di dalam penuh dengan gelora.
  • Berkat Jumaat, sayyidulayam berdoalah kerana, Abu Said dan Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anha meriwayatkan, bahawa Rasulullah bersabda:

    إن في الجمعة ساعة لا يوافقها عبد مسلم يسأل الله عز وجل  فيها خيرا إلا أعطاه إياه وهي بعد العصر


    Maksudnya: Pada hari jumaat ada satu waktu yang mana jika seorang Muslim memohon kebaikan daripada Allah tepat pada waktu itu, maka Allah pasti akan memakbulkan Doanya, dan waktu itu bermula selepas solat Asar.
  • Dan ini saya perolehi tentang adab doa di sini

  • 1. Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah.
    اُدْعُوا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِاْلإِجَـابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ لاَ يَسْتَجِيْبُ
    دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
    Sabda Nabi SAW  maksudnya : “Berdoalah kamu kepada Allah, sedangkan kamu benar benar yakin akan dikabulkan. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah SWT. tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan Al Hakim – Hadis Hasan)
    2. Hendaklah tekun dan tidak terburu buru.
    لاَ يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَالَمْ يَدْعُ بِـإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ مَـالَمْ يَسْتَعْجِلْ ،
    قِيْلَ يَارَسُوْلَ اللهِ فَمَا اْلإِسْتِعْجَالِ ؟ قَالَ: يَقُوْلُ قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يُسْتَجَبْ لِى فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَـاءَ.
    Sabda Nabi SAW. maksudnya.:” Akan dikabulkan doa hamba selagi ia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan sllaturrahim selama ia tidak isti’jaal. Lalu baginda ditanya:” Ya Rasulallah, apakah yang dikatakan lsti’jaal? “Jawab Nabi SAW :” Dia berkata: Sungguh aku telah berdoa tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal dan akhirnya ia tidak berdoa lagi.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
    3. Berdoa dalam semua keadaan:
    مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيْبَ اللهُ لَـهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكُرْبِ ،
    فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاءَ فِى الرَّخَـاءِ.
    Sabda Nabi SAW  maksudnya : “Barangsiapa yang ingin agar Allah mengabulkan doanya ketika ia sedang susah, maka hendaklah ia memperbanyak doa ketika ia sedang hidup senang. (Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)
    4. Tidak mengutuk keluarga dan hartanya:
    لاَ تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَوْلاَدِكُمْ وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ ،
    لاَ تُوَافِقُوا مِنَ اللهِ سَاعَةً يُسْأَلُ فِيْهَا عَطَاءٌ فَيَسْتَجِيْبُ لَكُمْ.
    Sabda Nabi SAW maksudnya : “Janganlah kamu mengutuk dirimu, dan jangan pula mengutuk anak-anak kamu dan harta kamu (kerana) ada suatu masa yang jika bertepatan do’a kita pada waktu itu nescaya pasti Allah mengabulkannya. (Hadis Riwayat Imam Muslim)
    5. Jangan memohon kepada selain Allah:
    قَالَ رَسُوْلُ اللهِ لابْنِ عَبَّاٍس رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا: يَا غُلاَمُ ، إِنِّى أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ:
    اِحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ ، اِحْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَـاهَكَ ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ ،
    وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.
    Sabda Nabi SAW. kepada Ibnu Abbas maksudnya :” Wahai anakku, jlka engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah. (Hadis Hasan Riwayat Tarmidzi)
    6. Berdoa dengan suara yang sederhana:
    Allah SWT berfirman maksudnya :
    “Berdoalah kepada Tuhanmu dengar merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang yang diminta dan cara meminta). (Surah Al A’raf ayat 55)
    Sabda Nabi SAW :
    اِرْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ ، إِنَّكُمْ لاَ تَدْعُوْنَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًـا ،
    إِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِبْعًا بَصِيْرًا.
    “Kasihanilah dirimu, sesungguhnya kamu tidak memohon kepada yang pekak dan ghaib, sesungguhnya kamu mohon kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Hadis Riwayat Imam.Bukhari dan Muslim)
    7. Memohon dengan Al Asmaa-ul Husna:
    Allah SWT berfirman:
    وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ
    Maksudnya : “Hanya milik Allah ” asmaa- ul husnaa” itu, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang menyimpang dalam (menyebut) nama nama-Nya. (Surah Al A’raf ayat 180)
    Rasulullah SAW. pernah mendengar seorang lelaki berdoa dalam tasyahhudnya:
    اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ يَااللهُ اْلأَحَـدُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَـهُ
    كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَلِى ذُنُوْبِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
    Ertinya: ” Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ya Allah Yang Maha Esa lagi tempat meminta, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak serupa dengan seorang juapun, kiranya Engkau ampunilah segala dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. LaIu sabda Nabi: Sesungguhnya dia telah diampuni, sesungguhnya dia telah diampuni. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, An Nasaai)
    8. Mengaku berdosa:
    Sabda Nabi s.a.w : Penghulu istighfaar ialah:
    اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،
    أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
    Ertinya: “Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau”. (Hadis Riwayat Bukhari)
    Fadilatnya Penghulu Istighfar: Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli Syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli Syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)
    9. Jangan terikat dengan sajak dalam doa:
    Ibnu Abbas menasihati sahabat-sahabatnya:
    فَانْظُرِ السَّجْعَ مِنَ الدُّعَاءِ فَاجْتَنِبْهُ فَإِنِّى عَهِدْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهَ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ لاَ يَفْعَلُوْن إِلاَّ ذَلِكَ ؛
    يَعْنِى لاَ يَفْعَلُوْنَ إِلاَّ ذَلِكَ اْلإِجْتِنَابُ.
    Jauhilah sajak ketika kamu berdo’a, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak melakukan perkara demikian. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)
    10. Berdoa dengan khusyu’ dan merendah diri:
    Allah SWT berfirman:
    وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ (205)
    Maksudnya : “Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang orang yang lalai.” (Surah Al A’raf ayat 205)
    Allah SWT berfirman:
    كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ(90)
    Maksudnya : “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yanq khusyu’ kepada kami.” (Surah Al Anbiyaa’ ayat 90)
    11. Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa :
    Rasulullah SAW. berkata tentang seorang lelaki yang mengangkat kedua tangannya ke langit, sambil berdoa:
    يَارَبِّ يَارَبِّ ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذَّى بِالْحَرَامِ ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَـهُ.
    “Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram, dan hidup bergelimang dengan perkara haram maka bagaimanakah do’a akan dikabulkan Allah? (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
    12. Berdoa dengan amal soleh :
    Agar doa kita segera dikabulkan oleh Allah s.w.t.. maka kita boleh berdo’a kepada-Nya sambil bertawassul dengan amal soleh yang pernah kita lakukan. Allah sangat suka kita menyebut-nyebut amal soleh kita kepada-Nya.
    Dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan tentang tiga orang yang masuk kedalam gua kerana hujan lebat. Mereka terkurung di dalamnya kerana batu besar yang jatuh dari atas gunung menutupi pintu gua tersebut. Mereka berdoa kepada Allah sambil menyebut-nyebut amal soleh masing masing. Doa mereka makbul dan akhirnya selamat keluar.
    13. Mengulangi doa sebanyak tiga kali:
    Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali.
    14. Bersalawat kepada Nabi SAW.:
    Sabda Nabi SAW :
    كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوْبٌ حَتَّى يُصَلِّى عَلَى النَّبِيِّ.
    Maksudnya : “Tiap- tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi SAW. (Hadis Hasan)
    15. Menghadap Kiblat:
    Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a. katanya:
    اِسْتَقْبَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقِبْلَةَ ، فَدَعَا عَلَى نَفَرٍ مِنْ قُرَيْشٍ.
    Nabi Muhammad SAW. menghadap ke Ka’bah, lalu baginda berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
    16. Mengangkat kedua-dua tangan:
    Abdullah Bin Omar r.a. berkata:
    رَفَعَ النَّبِيُّ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) يَدَيْهِ فَقَالَ : اَللَّهُمَّ إِنِّى أَبْرَأُ إِلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ خَالِدٌ مَرَّتَيْنِ
    Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: “Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali).” (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
    Berkata Abu Musa:
    ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَقَالَ: اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدِ أَبِى عَامِرٍ ، رَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ.
    Kemudian baginda Nabi SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda.”(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
    17. Berwuduk  sebelum berdoa:
    Berkata Abu Musa r.a : ” Sebelum ‘Ubaid Abu ‘Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w.. dan memohon do’anya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu’ dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdo’a: “Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa:
    :اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدِ بْنِ عَامِرٍ ، رَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ ، ثُمَّ قَالَ
    اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَوْقَ كَثِيْرٍ مِنْ خَلْقِكَ مِنَ النَّـاسِ.
    “Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdo’a:” Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu.”
    Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah.
    Kemudian baginda berdoa:
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ قَيْسٍ ذَنْبَهُ ، وَأَدْخِلْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُدْخَلاً كَرِيْمًا
    “Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
    18. Berdoa sambll menangis:
    Dari Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash RA, bahawa Nabi Muhammad SAW membaca ucapan Nabi Isa a.s..:
    Ertinya: “Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba—Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al Maidah ayat 118),
    Lalu Nabi SAW. menganqkat kedua dua tangannya dan berdoa :
    اَللَّهُمَّ أُمَّتِى أُمَّتِى ، (وَبَكَى)
    ” Ya Allah, umatku, umatku “, (sambil baginda menangis).
    Selanjutnya Allah SWT berfirman kepada Jibril (as):
    يَا جِبْرِيْلُ اِذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ فَقُلْ: إِنَّـا سَنُرْضِيْكَ وَأُمَّتِكَ وَلاَ نَسُوْؤُكَ.
    Maksudnya : “Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: ” Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu “. (Hadis Riwayat Muslim)
    19. Berdoa sambil merendahkan diri:
    Allah SWT. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya:
    Maksudnya “Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (” Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang”.
    (Surah Al Anbiyaa ayat 89)
    Maksudnya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik”. (Surah Al Anbiyaa ayat 89)
    20. Berdoa pada waktu waktu yang mustajab
    Kita meyakini bahawa Allah SWT.. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan lain lain.
    Firman Allah SWT. yang bermaksud :
    “Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
    (Surah al-Naml ayat 62)
    Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :
    “Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun”.
    (Hadis Riwayat Abu Daud).
    Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, “Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah; doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir.”
    (Hadis Riwayat Baihaqi)
    Rasulullah SAW pernah ditanya:
    أَيُّ الدُّعَـاءِ أَسْمَعُ ؟ قَالَ : جَوْفُ اللَّيْلِ اْلآخِـرِ وَدُبُرُ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوْبَـةِ .
    “Doa yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Doa) akhir malam dan setelah solat wajib. (Hadis Riwayat Tarmizi – Sahih)

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40