Skip to main content

94 - RAWAK 3

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum
  • Selamat datang Ramadhan Kareem. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dalam mendidik jiwa dan rohani.
  • Sehari sebelum Ramadhan - Sabtu 28 Jun 2014, kami 3 beranak dan mak membersihkan kawasan sekitar kubur Inas dan memasangkan pagar di sekeliling kubur. Entah kenapa kawasan perkuburan ini tidak diselenggara dengan baik. Petang itu ada beberapa famili turut membersihkan kawasan kubur keluarga masing-masing.
  • Ketika seorang jiran sekampung menegur mak dan menyatakan untungnya kami ada anak yang menanti di Syurga, hati saya berbunga. Betapa beruntungnya kami dipilih merasa sakit kehilangan sedangkan ganjarannya besar dan tidak ternilai.
  • Tiada gambar tapi kata Imaan cantik kubur adik Inas. Dahulu seminggu selepas pemergian anak Syurga ini, kami hanya memasang batu nisan, tidak dibenarkan untuk memasang rehal terazo.
  • Malam pertama terawih, saya membawa Imaan ke masjid. Pertama kali membawa anak berterawih ke masjid bukan mudah. Imaan suka ke masjid sebab selalu sahaja mengikut atoknya membersih masjid. Saya memilih lokasi di tepi dinding supaya Imaan tidak mengganggu jemaah lain. Ye dia memang tidak mengganggu orang lain tetapi dia mengganggu saya. Ketika saya sujud kalau tidak dia naik ke atas badan saya, dia duduk di atas kaki saya. Jika dia tidak baring di atas tempat saya sujud, dia duduk di atas riba ketika saya duduk tahiyat akhir. Mujur la bilangan rakaat cuma 8 + 3 witir.
  • Biar apa pun, saya tidak kisah, jika ini satu didikan mengenalkan masjid kepadanya dalam usia yang muda. Walaupun mungkin ada yang kata anak dia belum setahun pun dah kenal masjid. Terpulang pada didikan masing-masing kan. Cara kita berbeza dan perbezaan itu warna kehidupan. (^_^)
  • Hari ini 1 Julai 2014, saya memulakan satu tugas baru di tempat yang sama. Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan dengan baik. Ya bersangka baik sahajalah, kita tidak mampu mengawal orang lain. Semoga langkah hari ini menjadi permulaan untuk mendaki tangga-tangga kejayaan pada masa hadapan. InsyaAllah.
  • Pagi tadi semasa bersahur berdua bersama encik suami, teringatkan Inas. Ramadhan tahun lepas kami berempat dan tahun ini kurang seorang. Sedih...
  • Perasaan ini saya pendam di dalam hati. Tidak pandai untuk berkongsi dengan orang kerana saya malu orang lihat saya menangis. Bukan saya tidak mahu berkongsi dengan encik suami tapi saya tahu perasaannya juga rapuh. 
  • Ya Allah, kuatkanlah hati kami untuk menerima takdir ini. Lebih dua bulan dia pergi menghadapMU dan dalam tempoh ini juga kami masih berusaha mengikhlas redha. Ia sangat payah dan dengan kudrat dan iradatMU kami dapat menempuhinya. Amin..

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....