Skip to main content

101 - INAS - SETELAH EMPAT BULAN

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum

  • Hari ini genap empat bulan Inas pergi.
  • Tapi ingatan kepadanya masih tetap utuh.
  • Ramadhan yang lepas Ramadhan yang sukar bagi saya.
  • Dan Alhamdulillah berkat Ramadhan kami berjaya lalui sehingga akhir dengan baik.
  • Berkat doa, hati semakin redha menerima kehilangan ini.
  • Awal Syawal hampir setiap hari kami mengunjungi rumah baru adik.
  • Biarpun tidak diraikan bersama tiada persiapan untuk adik kecuali doa, dan kami hanya gantikan batu baru yang dicat putih di keliling rumah adik.
  • Awal tahun ini, saya fikir akan sambut Syawal bersama anak-anak. Dan saya jangka adik sudah boleh berjalan kerana 1 Syawal 1435H, adik sepatutnya berumur 1 tahun 2 bulan. 
  • 1 Syawal 1433H, kakak Imaan sudah bertatih ketika itu walaupun baru mahu melangkah ke usia 11 bulan.
  • Lain anak lain pengalamannya.
  • Lain ibu lain pengalamannya.
  • Kehilangan anak juga satu pengalaman yang sangat lain untuk dilalui.
  • Ya, ini bahagian saya di dunia ini.
  • Begitu juga  bahagian kita berbeza di dunia satu lagi.
  • Semoga Allah menguatkan hati saya dalam melalui masa-masa yang silih berganti.
  • AlFatihah untuk permata hati ummi - INAS SARAH AFFENDI.
  • 27 Mei 2013 (17 Rejab 1434H - 8.59 pagi) - 08 April 2014 (8 Jamadilakhir 1435H - 10.45 pagi)

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.