Skip to main content

104 - PEPERIKSAAN

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum

  • 2 minggu lepas Saya Yang Menurut Perintah telah diarahkan mengetuai kumpulan pengawas satu peperiksaan jabatan.
  • Berada di depan dewan peperiksaan, saya melihat setiap seorang menjawab kertas peperiksaan masing-masing. 
    Google
  • Saya mengimbau zaman bergelumbang dengan buku dan kertas peperiksaan. Zaman yang sangat stress.
  • Peperiksaan = stress
  • Menanti keputusan = double stress
  • Saya ingat dulu semasa diploma, saya perlu ambil paper Microeconomy. Dek kerana terpengaruh dengan cerita latarbelakang si pensyarah dan ketidakbolehan saya cope dengan cara ajaran beliau, saya memilih untuk drop paper pada semester itu. 
  • Semester berikutnya saya mengambil paper itu semula dan terpaksa drop paper Business Law pula (konon nak maintain pointer). Senang cerita pada semester ketiga saat teman sebatch selesa dengan bilangan paper mengikut silibus yang telah ditetapkan saya ketinggalan satu paper. Masa tu dah rasa macam tak best sebab rasa ketinggalan satu tangga di belakang yang lain.
  • Alhamdulillah pilihan saya betul, bila saya score untuk paper Microeconomy tersebut.
  • Pada semester keempat, saat kawan-kawan berada di track yang betul dan sedap tidur petang di kolej, saya masih di kelas Business Law. Dan mengikut pengalaman kawan-kawan, paper ini tidak mudah. Iyalah kami pelajar yang gemarkan nombor perlu mengadap setiap baris kes bukan sesuatu yang menyeronokkan.
  • Pengalaman kawan-kawan adalah cabaran saya. Cabaran untuk melipatgandakan usaha dan buku yang perlu ditelaah.
  • Alhamdulillah pilihan saya betul, bila saya score untuk paper Business Law.
  • Saya bukan di kalangan pelajar pandai. Tapi untuk pandai kita perlu rajin usaha.
  • Bagi saya cabaran belajar ialah bila melihat pengalaman kawan untuk jadi lebih baik.
  • Semester akhir ijazah, ada satu subjek Accounting Theory Practice yang dikatakan senior merupakan killer subject. Sekali lagi ini cabaran saya. Alhamdulillah saya score untuk paper ini.
  • Cabaran = booster. Itu dulu.
  • Sekarang menjadi isteri, ibu dan pekerja = saya tidak yakin untuk menerima cabaran belajar.
  • Walaupun, pada masa ini ada kawan-kawan maju ke hadapan memiliki master/ACCA certificate. (Tipulah kalau saya tak cemburu melihat kalangan rakan yang mengangkat tangan saat ditanya siapa yang telah mempunyai ACCA)
  • Saya tahu pada kemampuan diri. Saya tidak yakin mampu memberi komitmen kepada semua benda pada satu masa. Saya juga tidak mahu mendapat keputusan ala kadar atas kesilapan saya mengatur masa dan ketidakmampuan saya memberi 100% komitmen.
  • Ada kawan dengan sinis menyatakan saya berada di dalam comfort zone. Heh takpelah komitmen/kemampuan kita berbeza. Saya terima teguran itu.
  • Ada kawan menggalakkan untuk sambung belajar. Nanti dululah..
  • Kan saya pernah set minda saya mahu belajar atas sponsor pihak lain. Ada peluang saya tidak mencuba. Rugikan. Tapi itulah alasan saya tetap sama.
  • Kata kawan saya makin lewat saya mengambil ACCA makin rugi kerana makin kurang paper yang diberi exemption. Ok fine itu opportunity cost kepada saya (sigh).
  • Entahlah ketidakyakinan saya menjadi pelajar semula mungkin terpengaruh dengan mimpi-mimpi yang berpanjangan saya. Dari saya mula bekerja sehingga kini saya tidak pernah berhenti bermimpi yang saya selalu tidak bersedia dengan peperiksaan. Mimpi itu bukan setiap hari tapi mimpi itu sentiasa menghantui tidur saya sehingga saya beranak kali kedua.
  • Mimpi je pun tapi memang mimpi main peranan dalam hidup saya. Contohnya, semasa kecil saya pernah bermimpi saya terbabas menunggang motosikal. Sehingga sekarang saya hanya berani menjadi pembonceng sahaja.
  • Haish la mimpi..
  • Konklusinya, biarpun saya mungkin ketinggalan daripada teman lain. Saya tidak mahu menjadi seorang yang 'dikejar tak dapat yang dikendong berciciran'.
  • InsyaAllah bila sudah ready saya mahu menyambung pelajaran tapi bukan sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.