Skip to main content

110 - POKOK BUNGA AYAH AFFENDI JR


Bismillahirahmanirrahim                   
Assalamualaikum

  • Flora yang ada di rumah kecil kami semuanya hasil kerja tangan Encik Suami.
  • Sejak ada rumah sendiri baru terserlah kerajinan beliau dalam bab alam tumbuh-tumbuhan.
  • Taman mini masih dalam perancangan. Quotation rumput dah dapat. Boleh tahan.. Hold dulu pasal tu. InsyaAllah tetap akan dilaksanakan.
  • Dan ini flora di depan rumah yang belum berpasang jubin itu.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Sudut ni berdepan bilik utama dan asalnya kawasan tanah. Tapi kami minta orang simenkan sebab kami nak letak kerusi rehat kayu.  Eh takde gambar nak tunjuk.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Nak beli gazebo, rasa macam tak berbaloi (mahal). So, kita beli yang ni je la. Dalam RM1,300.00 kot. Kilangnya kat Bukit Rambai. Payung tu request warna hijau, diorang hantar warna maroon plak. Tertukar dengan rumah lain. Accept je la.
  • Pasu yang beratur tu, semua ros jepun.
  • Dan masa pakcik nursery datang tengok condition halaman kami, dia sempat menjengah corner baru ni.
  • Katanya takde rumput ori, rumput palsu pun jadi la. Hihi.
  • http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Tengah merancang mahu pasang tiles sebenarnya.  Banyaknya perancangan. Hehe. Bila involve duit, kena teliti supaya tidak membazir (hmm macam tak cukup logik je reason tu). Kikiki (^_^)
  • Eh bercakap pasal gambar atas ni, rumput tu Encik Suami beli di Cowboy RM11.90 kot dalam 5 keping. Pagar tu pula lebihan pagar yang kami beli untuk 'rumah baru' Inas Sarah. Pagar ni je? Ye sebab kami tidak dibenarkan pasang rehal di sekitar  'sana'. Kami akur dan itu bukan tanah kami untuk kami berlagak pandai.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Pagar ni ada pencangkuk untuk ditanam di dalam tanah. Untuk tujuan ni, Encik Suami letak batu untuk elak dari rebah.
  • Batu-batu putih dibeli di Juara Nursery, Lendu dan batu hitam kami beli di Amber Trading kot (lupa Amber apa tapi confirm bukan Amber Chia) di Bachang. Batu hitam tu RM18.00 untuk 20kg.
  • Batu yang jadi pengalas pasu tu Encik Suami make up balik guna lebihan cat yang ada di rumah.
  • Akhir sekali..
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Belum siap

Comments

  1. berseri-seri di mata saya kak...:))

    ReplyDelete
  2. salam singgah!

    rumah insan syurga tu membawa saya menyelusuri rumah maya ni mencari siapa dia...
    salam takziah..salam bertabah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....