Skip to main content

111 - PERKONGIAN RASA HATI

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum

  • Hujung September 2014, saya menghadiri latihan selama 4 hari di makmal KKLW
  • Kursus ini sepatutnya bermula pada 22092014.Tapi memandangkan silibus hari pertama telah kami pelajari semasa kursus 15 hari sebelum ini, saya telah mohon pengecualian bagi core trainer dari jabatan saya.
  • Di sana, saya duduk bersebelahan dengan wakil dari KKR dan JKM. Semasa sesi latihan, saya berkenalan dan kami berkongsi cerita tentang kerja dan keluarga. Biasa la perempuan.
  • Wanita dari KKR itu seorang ibu yang sedang hamil anak kembar. Melihat perutnya sahaja sesiapa boleh teka dia tidak membawa seorang bayi di dalam rahimnya. Subhanallah. Itu anak ke lima dan keenamnya. InsyaAllah seorang lelaki dan perempuan. Manisnya anugerah Allah.
  • Beliau berkongsi cerita tentang anak-anaknya. Dari yang pertama sehingga kehamilan yang ini. Ketika saya memaklumkan saya ada dua anak tetapi yang kecil telah dijemput Allah pada April lalu, dia diam sebelum meneruskan cerita..
  • Katanya anak sulung yang berumur 10 tahun itu, usia pada kiraan angka. Anak ini juga sebenarnya telah dijemput Allah 4 tahun yang lalu. Ya, kami ibu yang merasa nasib sama diuji Allah untuk kehilangan anak. Katanya apabila sesiapa bertanyakan bilangan anak, dia akan nyatakan bilangan sebenar biarpun si sulung ini tiada lagi di dunia ini. Anak tetap anak sama ada masih ada atau tidak, pengiktirafan kepada mereka mesti diteruskan kerana mereka anak yang telah dilahirkan.
  • Dan ini ceritanya...
  • Semasa anak Syurganya berusia 5 tahun, anak ini kerap mengalami demam dalam tempoh masa dekat. Setiap kali ke klinik doktor hanya mengesahkan demam biasa sehinggalah pada satu ketika si anak mengadu sakit bahu dan kaki dengan tiba-tiba. Dari situ, anak ini ditahan di hospital sehingga doktor mendapati dia mempunyai ketumbuhan di dalam perut yang perlu dibuang tidak lama selepas itu. Tapi hasil pengalaman doktor pakar menyatakan bahawa ia bukan sekadar ketumbuhan walaupun keputusan makmal sebelum itu telah mengesahkannya. Sampel ketumbuhan yang dibuang dibawa sekali lagi ke makmal untuk diuji kaji sehingga selepas itu, ianya disahkan adalah kanser.
  • Dalam usia 5 tahun anak ini terpaksa menjalani siri perubatan yang pelbagai. Mendengar cerita si ibu, saya dapat rasakan betapa besar dugaannya kerana ketika anak sulungnya disahkan menghidap kanser, anak ketiga masih kecil belum setahun pun. Ketika beliau terpaksa menjaga si kakak di hospital, si kecil hanya di bawah pengawasan ayah untuk diberi susu badan.
  • Cerita beliau sangat terperinci tetapi saat akhir anak itu, beliau menceritakan bagaimana risaunya dia kerana tempoh cuti separuh gaji menjaga anak hampir berakhir. Dan anaknya memang bergantung sepenuhnya dengan bekalan ubat yang pelbagai jenis untuk ditelan.
  • Hari itu katanya si anak acapkali memanggil ayahnya. Semua ubat sudah tidak boleh dihadam. Dengan segera si ayah balik dan membawa anak itu ke hospital. Kata si ibu anaknya enggan ke hospital dan dia menahan pintu dari keluar. Waktu ini airmata si ibu mula laju mengalir. Saya diam, airmata saya turut bergenang dan mula menitis. Saya kelu tidak tahu bagaimana mahu menenangkan suasana sedih.
  • Wanita ini tetap meneruskan kisah, bagaimana keadaan anaknya semakin kritikal. Malam itu, dia tidak tidur menjaga anaknya. Dan ketika dia terlelap seketika menjelang waktu subuh, ketika terjaga dia dapati anak itu telah pergi menghadap Illahi.
  • AllahuAkbar, setelah lebih setahun dia berusaha menjaga sebaiknya, Allah jemput anaknya tanpa dia sempat melihat nyawa anaknya ditarik Izrail. Itu rahsia Allah. 
  • Allah ambil seorang anak. DIA ganti dengan 3 anak selepas itu.
  • Itu kisahnya. Kisah 5 tahun yang lalu. Dan saya dengan kisah saya. 6 bulan yang lalu. Airmata seorang ibu tidak akan surut sampai bila-bila biarpun hari silih berganti.
  • Bahagian setiap manusa berbeza. Sesuatu yang saya tidak boleh telaah dengan akal fikiran saya. Setiap hari saya bermohon supaya DIA mengurniakan saya kekuatan untuk menghadapi setiap ujian yang diberi. 
  • Lewat beberapa hari lepas, mentua kakak saya bertanya bagaimana penerimaan Imaan tentang adiknya. Katanya, anak kecil yang diambil Allah akan merayu kepadaAllah untuk melepaskan ibu bapanya dari azab Neraka kerana waktu hayat di dunia mereka tidak sempat untuk merasa hangat kasih sayang ibu bapa. Sebab itu, Allah beri nikmat kepada ibu bapa yang diuji di dunia untuk mudah ke Syurganya sebagai imbuhan kerana derita di dunia terpaksa merasa kehilangan anak kecil.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Cinta hati kami
  • Inas Sarah Affendi, kamu amanah Allah yang dipinjamkan dalam tempoh waktu yang sangat singkat. Ummi berdoa supaya Allah mudahkan urusan ummi dan ayah untuk berjumpa kamu di dunia sana.
  • Walaupun, pernah ummi risaukan kamu keseorangan di dalam sana, tapi ummi lupa bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Ketika Dia merancang untuk ambil kamu dari ummi, Dia telah tetapkan tempat terbaik untuk kamu. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik.
  • Kasih sayang seorang ibu hanya satu naluri manusia biasa. Kasih sayang Allah Yang Esa merentasi segala-galanya. Dia Maha Tahu apa yang terbaik.
  • Adik, ummi, ayah dan kakak sayang sangat pada kamu. Biarpun berbeza dunia, ingatan kepada kamu sentiasa di dalam sanubari. Semoga kamu bahagia di sana wahai puteri Syurga, cinta hati semua.

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah ...