Skip to main content

117 - DUA KISAH YANG SAMA

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum

  • KISAH 1
  • Ini cuma catatan ringkas.
  • Catatan dari ceramah Ustaz Kazim Elias malam semalam di Masjid Negeri.
  • Kata UKE, orang yang paling kaya ialah orang yang paling redha dengan Allah.
  • Aduh.. saya belum lagi. Entah bila.
  • Rasa diketuk kepala Ini semasa mendengar kata-kata tersebut.
  • Dan apabila UKE menceritakan aktiviti sehariannya dari Perak-Bangi-Melaka semalam, beliau mengungkit tentang luahan perasaan dalam satu stesen radio (nasional klasik mungkin?) petang semalam.
  • Luahan kisah seorang ibu lambat dikurniakan anak dan apabila dikurniakan anak, dalam usia 5 bulan anak itu dijemput Illahi.
  • Kata UKE, kenapa kecil sangat hati si ibu. Sepatutnya dia bergembira anaknya sudah dijamin Syurga. Yang patut dirisaukan kalau yang berusia 50 tahun sebab kita tidak tahu layak ke tidak untuk ke Syurga.
  • Tatkala itu hati saya tersentak. Ya hati saya juga kecil. Dan jauh saya merenung kenapa sukar saya miliki hati yang besar dalam menerima kerja Allah.
  • Mahu saya bertentang mata dengan UKE untuk luah apa saya rasa.
  • Perjalanan balik saya beritahu Encik Suami perasaan saya. Dia juga merasa benda yang sama dan bergenang airmatanya ketika UKE membuka kisah anak 5 bulan itu.
  • Hai la hati...
  • KISAH 2
  • 3 hari lepas saya diarah mengiringi pegawai nombor 3 tertinggi dalam jabatan. Ketika berbual dengan mantan pengarah lama ketika berkhidmat di Negeri Sembilan, beliau bertanya tentang keluarga.
  • Pendek cerita, pegawai-pegawai yang berada berhampiran saya memujuk hati yang anak saya menanti saya di Syurga dan saya masih muda untuk melahirkan anak yang lain.
  • Bergenang airmata saya ketika menyuap makanan. Saya cekalkan hati menahan air yang mahu menitis keluar.
  • Tabah la hati. Doa senjata utama. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...