Skip to main content

137 - eFILLING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2014

Bismillahirahmanirrahim        
Assalamualaikum
  • Entah apa yang sibuk dengan urusan dunia ni. Sampai tak perasan masa untuk membayar cukai telah tiba. Saban tahun memang saya tertunggu tarikh ni. Bukan sebab banyak duit nak bayar cukai. Sebab selalu yakin yang saya akan dapat refund. Hehe. Walaupun refund tahun lepas yang seciput pun tak dibayar LHDN. (Ciput pun lepas la beli anak pokok beberapa batang) Kes terpencil tu sebab kesilapan bank pembayar dan sistem LHDN yang tak user friendly kot. Tahun ni tersedar kena bayar cukai bila terbaca status kawan dalam FB. Kalau tak memang langsung tak ingat.
  • Kali ni saya harap LHDN akan refund cepat sebab amaun yang perlu direfund kali ni lebih 5x daripada refund tahun lepas. (Er tak la banyak tapi lepas la beli anak pokok beberapa batang x 5)
  • Semalam saya dah kunci masuk pendapatan yang perlu diisytihar bersama beberapa pelepasan serta rebat yang melayakkan diri untuk dapat pulangan lebih cukai.
  • Kat sini saya nak share kaedah pemfailan dokumen untuk tujuan pencukaian pendapatan individu.
  • Kaedah yang saya dah guna sejak penggajian saya perlu dikenakan cukai.
  • Biasa je pun tapi ia memang menyenangkan saya sebab saya dah buat preparation throughout the year.  Jadi kena update setiap masa.
  • Sebab saya tahu kerja last minute memang akan menyesakkan kepala otak.
  • Langkah 1 : Sediakan fail khas untuk tujuan dokumen pembayaran cukai. Ikutkan pun kita kena simpan 7 tahun dokumen tersebut. In case ada audit, tidaklah didenda kerana declare benda yang salah. Everything must be documented.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Er lama dulu (8 tahun lepas kot) saya pernah attend satu course masa saya masih berkhidmat di SSM. Salah seorang penceramah menyatakan kalau ada report tentang individu/syarikat yang dengan secara salah mengisytiharkan maklumat pendapatan, akan dikenakan denda dan LHDN akan datang buat audit.
  • Langkah 2 : Buat separator bagi setiap tahun cukai yang dikenakan bagi tujuan memasukkan dokumen berkaitan. Oh yang ini, saya menggunakan peralatan sedia ada. Jadinya tak payah nak expect separator yang comel walaupun benda tu boleh je minta daripada Encik Suami.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Langkah 3 : Masukkan dokumen yang berkaitan seperti resit pembelian buku, resit pembelian komputer peribadi, penyata pembayaran zakat. Dokumen berkaitan ialah dokumen yang melibatkan rebat cukai dan pelepasan cukai.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Langkah 4 : Bagi memudahkan rekod pelepasan buku, setiap kali ada pembelian buku, saya akan kunci masuk dalam format MsExcel. Awal tahun berikutnya saya akan cetak. Maklumat dalam MsExcel mesti sama dengan printed receipt/invoice. Bil pada format di bawah merujuk kepada helaian resit/invois yang ditampal pada  setiap muka surat recycle paper. Helaian recycle paper akan saya nomborkan mengikut tarikh resit.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Langkah 5 : Saya akan kunci masuk maklumat penggajian di dalam satu format MsExcel. Figure dalam format ini akan saya tally kan dengan Penyata Pendapatan Tahunan yang dikeluarkan oleh JANM.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

  • Langkah 6 : Selepas semua dokumen berkaitan difailkan, baru saya akan akses ke laman web LHDN untuk menghantar borang eFilling. Biasanya selepas selesai kunci masuk maklumat berkaitan, saya tidak terus menekan button hantar tapi saya akan cetak deraf dan semak sekali lagi baru klik hantar.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Langkah 7 : Dah puas hati, klik hantar tanpa was-was.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Nota :
  • Sistem pemfailan cukai saya menggunakan bahan recycle. Daripada fail lama yang dibalut semula, resit-resit yang ditampal di atas recycle paper, cetakan draf dan pengiraan penggajian secara manual juga dibuat atas kertas guna semula.
  • Label dan separator bukan guna semula tapi bahan-bahan sedia ada yang diterima sebagai token sebagai penceramah tahun 2013.
  • Kos hanya pada kertas pembalut hadiah, plastik pembalut dan toner pencetak.

Comments

Popular posts from this blog

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…