Skip to main content

142 - DUA TAHUN

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Imaan Maryam sejak tiada adik sangatlah manja dan mengada.
  • Kalau semasa Inas Sarah ada dahulu dia boleh berdikari, sekarang tidak lagi. Dia tahu tumpuan hanya padanya seorang.
  • Antara Imaan dan Inas banyak bezanya. Imaan dari lahir sehingga sekarang dalam hati ada taman. Mudah menangis.
  • Inas dari lahir sangat mudah dijaga dan saya kira anak kecil yang sabar.
  • Sekarang, bila melihat Imaan main bersendiri, kami tidak mengelak dari memikirkan 'kalau' Inas masih ada. Pasti sudah berebut mainan. Kami mahu lihat bagaimana sifat ketua sebagai anak sulung dalam diri Imaan.
  • Kadang-kadang melihat anak kecil kawan-kawan yang sepatutnya sebaya dengan Inas, kami menggambarkan Inas dalam usia anak-anak kecil itu.
  • Gambaran yang sukar diimaginasikan minda sebenarnya.
  • Tapi itulah, apa yang kami mahu lihat dan gambarkan bukan dalam kehendak DIA.
  • DIA tahu apa yang terbaik.
  • Inas Sarah Affendi - hari ini genap umur kamu 2 tahun.
  • Ummi ayah dan kakak sayang sangat adik walaupun dunia kita berbeza.
  • Ummi dan ayah tidak dapat jaga adik kat bumi ini. Allah jaga adik di sana.
  • Selamat hari lahir sayang.
  • Kami sentiasa mengingati adik.
  • AlFatihah untuk Puteri Syurga.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…