Bismillahirahmanirrahim
- Alhamdulillah telah masuk trimester ketiga.
- Alhamdulillah ini rezeki anak ketiga.
- Biarpun gender mungkin XY atau XX saya tidak pernah kisah. Asalkan lahirnya selamat, sihat, sempurna cukup sifat.
- Memasuki fasa ini, saya mula mencuci baju bayi sedia ada dalam almari anak. Baju recycle kakak-kakak. (Inas Sarah dah jadi kakak!)
- Semasa menyidai baju-baju tersebut, terkenang Inas Sarah. Perasaan yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata.
- Sedih ke? Entahlah. Dia sedang bahagia 'di sana' dalam jagaan Pemilik Sebenar. Jangan sesekali rebah jika diuji Allah.
- Saya berharap anak yang dalam rahim ini akan mewarisi wajah Inas. Pengubat rasa rindu.
Permata hati ummi dan ayah
Comments
Post a Comment