Skip to main content

154 - RESEPI MUDAH - GARLIC BREAD

Bismillahirahmanirrahim
  • Ini resepi mudah untuk perkongsian kali ini. Jarang nak update blog, kita tulis resepi pulak. Dalam proses nak masuk trimester ketiga ni, dah tak berapa larat nak menyusun atur barang-barang di rumah. Jadi kita buat apa yang mudah je.   
  • Resepi kali ni untuk buat garlic bread. Breadnya guna la apa yang ada yang disukai. Tidaklah saya gigih nak buat bread sendiri. Bahan-bahan yang mudah dan sedia ada di rumah. Itu yang paling penting. 
  • Untuk resepi kali ni, hanya sebuku mentega dan selabu bawang putih serta sedikit minyak masak.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    Dalam rumah kami, stok mentega memang sentiasa ada dalam peti ais. Tidaklah saya rajin nak tunjuk setiap item dengan detail. Dengan 3 bahan yang tak seberapa ini, ia boleh dijadikan stok. Sebab boleh pakai berulang kali. Bagi pekerja makan gaji macam saya yang selalu nak cepat dan mudah, memang inilah resepi yang diperlukan. 
     
  •  Langkah-langkah penyediaan juga mudah.
  1. Bawang putih tadi dikupas dan ditumbuk. Boleh je nak potong/racik halus-halus. Tapi tidaklah saya berdaya nak berdiri lama. Jadi saya tumbuk ikut dan je. Tak payah halus sangat.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  2. Panaskan sedikit minyak dengan api kecil dan masukkan bawang tadi ke dalam kuali. Tak perlu garing ye.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/

  3. Masukkan sebuku mentega tadi ke dalam kuali. Mentega ni sebelum dimasukkan ke dalam kuali saya potong-potong dulu sebab tak nak bawang tadi tergaring sebelum waktunya sementara nak tunggu mentega selesai mencair dalam kuali. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  4. Agak-agak dah mendidih matikan api. Biarkan sekejap dalam kuali.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  5. Masukkan ke dalam bekas yang disukai. Tutup dan simpan dalam peti ais. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  6. Keluarkan mentega garlic bila-bila masa nak digunakan.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Baki disimpan semula dalam peti ais. Tidaklah saya rajin setiap kali nak makan setiap kali tu nak buat. Dengan adanya stok ni, saya boleh jimatkan masa. Boleh juga diletak sekali dengan daun parsli yang diracik halus di atas roti. Tapi sebab tiada dalam dapur, makan je apa yang ada. Saya bakar je roti atas dapur. Sedap dimakan begitu sahaja atau di makan dengan roti atau sup cendawan.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    Memandangkan tiada sup cendawan dalam stok di dapur. Kita makan je lah dengan telur.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
    Saya memang tak menyimpan banyak insant food di dalam rumah. Paling ada pun maggi kari sebab akan dijadikan sarapan untuk buat murtabak maggi dan kuah spaggeti. Saya tak tahulah dapur orang lain. Saya memang tak minat sangat dengan instant food ni. Memanglah memudahkan kerja memasak tapi sebab tak berapa berkhasiat dan yang paling penting dengan memasak sendiri saya boleh mengasah skill memasak yang memang tumpul ini. Heh.

Comments

Popular posts from this blog

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim