Skip to main content

168 - 37 MINGGU

Bismillahirahmanirrahim
  • Semalam appointment di Klinik O&G Hospital Melaka. Gigih la berjalan dari parking Masjid Al Azim. Pergi bersendirian memang situ je lah tempat parking saya.
  • Scan kali akhir ini, saya bertanya juga gender anak dalam perut ni. Doktor kata XX. Sambung dengan kot.. Ah saya tak kisah pun. Masa keluar dari pintu besar hospital, seorang pengawal keselamatan menegur saya. Katanya 'anak XY tu'. Saya senyum dan balas 'XX mungkin'. Dia sambung 'eh tak lah, XY tu'. Saya senyum dan berlalu berhati-hati.
  • Kalau cakap pasal gender, ramai bagi pendapat berbeza termasuk warga emas. Ya lah, orang analisis berdasarkan bentuk perut dan pengalaman. Tidak apalah. Yang sangat penting pada saya, Allah permudahkan kelahiran. Lahirnya selamat, fizikalnya sempurna dan sihat. 
  • Dah 37 minggu bawa perut memang meletihkan. Selesai appointment dekat pukul 3.00 petang. Dengan panasnya nak menapak ke masjid. Solat zuhur pun memang 3 lebih terkedek-kedek panjat tangga masjid. Balik tu sempat singgah beli spare part pam susu. Sampai rumah macam nak collapse.
  • Malam tadi memang letih sangat, saya minta Encik Suami urutkan badan. Rasa macam tak nak pergi kerja pun ada. Lately, memang takde mood nak pergi kerja. Tapi memikirkan membazirnya cuti duduk rumah sorang-sorang, baiklah saya pergi kerja. Bukan boleh tidur sepanjang hari pun kat rumah. Karang mesti terfikir nak buat itu ini. Dah 36 minggu pun saya masih gigih cuci longkang tapi tidaklah beria sangat.
  • Penghujung 2nd trimester, memang saya malas bergerak banyak. Setiap malam tidur tak selesa. Apa lagi dah masuk ke fasa minggu-minggu akhir ni, rasa macam cepatlah bersalin. Tapi memikirkan seramnya nak menanggung rasa sakit kontraksi, macam fikir balik, tunggu jelah.. Bak kata arwah nenek saya masa kakak saya nak bersalin tahun 1997 dulu, 'kalau Allah dah kata dia akan keluar hari ni, tak lebih tak kurang seminit dia akan keluar jugak'. Wahai anak, berdebarnya nak jumpa awak..
  • Baru-baru ni bersembang pendek pasal pengalaman bersalin. Salah seorangnya menyatakan dua anak pertama lahir secara normal dan ketiga lahir secara cesarean. Dengan pengalaman tu katanya kalau ada rezeki no. 4 dia nak bersalin secara cesarean kerana sakitnya bersalin secara normal. Bagaimanapun kaedah bersalin, ada pros and cons. Yang penting selamat kedua-dua anak dan ibu.
  • Pengalaman saya yang susah bersalin ni, saya tetap mahu lahirkan anak secara normal. Biarpun, sakitnya lama.. (Allah nak cuci dosa yang banyak kot).
  • Imaan Maryam Affendi lahir penghujung minggu ke 38 dan Inas Sarah Affendi pada awal minggu ke 39. Sekarang sudah 37 minggu, yang Affendi Jr 3 ini entah bila mahu menjenguk dunia.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…