Skip to main content

170 - KANDIL DI KAKI GUNUNG



Bismillahirahmanirrahim
http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/


Pada asalnya, saya  mahu menghabiskan bacaan buku Pn Roza Roslan sepanjang tempoh berpantang. Namun buku Travelog Cinta Abadi, Masa Yang Berlalu saya mulakan  awal sebelum bersalin. Buku ini dibahagi kepada beberapa bab yang mempunyai kesinambungan tentang kisah zaman kecil penulis. Zaman kanak-kanak penulis, anak kedua dalam 7 beradik. Beliau memegang tanggungjawab besar dalam menjaga adik-adik ketika kakak sulung melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Saya mengagumi bagaimana penulis begitu berdikari menjadi ketua keluarga bilamana si ibu tidak sihat selepas melahirkan anak ketujuh dan abah yang sibuk dengan mencari rezeki keluarga. Beliau menjadi emak dalam menyediakan makanan harian untuk adik-adik. Memanjat pokok untuk mendapatkan buah-buahan di kebun ayah untuk dijual di tepi jalan. Penulis juga menceritakan tentang hubungan kekeluargaan dengan nenek yang dipanggil Mak Wa serta hubungan dengan rakan di sekolah. Dalam setiap bab penceritaan sentiasa ada pemujian kepada Allah Yang Maha Besar. Sentiasa ada lintasan doa di dalam hati. Membaca buku-buku Pn Roza Roslan mengingatkan kita tentang kepentingan sentiasa meletakkan keyakinan yang maha tinggi kepada Allah dalam segala urusan. Subhanallah! Ketika berusia 12 tahun, beliau pernah bercita-cita mahu ke luar Negara dengan mengharapkan jodoh ketika dewasa akan membawa beliau ke sana.


Saya menghabiskan buku ini dalam tempoh 2 hari dan menyambung kepada buku Travelog Kehidupan Abadi,Perjalanan Menuju Dewasa. Dan semasa saya mahu memulakan baru saya sedar buku ini adalah buku ketiga dalam travelog Pn Roza sesudah buku pertama Travelog Cinta Abadi, Masa Yang Berlalu dan buku kedua Travelog Impian Abadi. Masa itu rasa macam ‘Ala ruginya tak tahu apa cerita dalam buku kedua dan saya akan dapatkan buku kedua satu masa nanti’. Kalau buku pertama menceritakan perjalanan hidup ketika kecil yang payah tetapi mengajar erti berdikari dan tanggungjawab kepada anak kecil, buku ketiga ini merupakan kesinambungan cerita tentang perjalanan hidup penulis ketika dewasa yang mana telah berumahtangga dan mempunyai anak dua. Ia dimulakan dengan menceritakan perjalanan penulis ke luar negara menemani suami menyambung pelajaran di Scotland. Tentang hidup berdikari di bumi asing, mencari rezeki dan pengalaman mencatu kehidupan bila mana kegawatan ekonomi dunia memberi kesan kepada kedudukan kewangan pelajar luar negara. Ia juga mengisahkan bagaimana kembali dari bumi Inggeris membawa mereka sekeluarga ke Sarawak bercampur gaul dengan masyarakat pribumi yang kuat berpegang pada adat budaya. Menyelusuri kehidupan masyarakat setempat daripada keluarga bahagia dan keluarga ternoda.  Beliau kembali ke Ibu Kota Kuala Lumpur atas izin suami untuk membuat emak abah bahagia yang anak hitam yang kotor satu masa dahulu mampu menyenangkan keluarga. Dugaan berjauhan dengan suami menguji rasa dan secara tidak langsung ia juga menyebabkan saya berfikir saya juga tidak mampu berpisah dengan suami sekiranya tuntutan kerja memaksa perpisahan sementara. Benar bila berjauhan baru kita menghargai pasangan masing-masing kerana suami isteri itu melengkapkan antara satu sama lain. Kisah suami penulis mendapat tawaran belajar ke luar negara sekali lagi untuk mendapat gelaran Doktor saat penulis di puncak kerjaya menguji hati dalam membuat pilihan terbaik. Air mata saya bergenang ketika penulis balik menemui Mak Wa cinta hati pertama yang satu ketika dahulu kaya dengan nasihat sudah mulai lupa pada cucu yang kuat rajuknya. Pelajaran berdikari ketika kecil adalah pelajaran terbaik kerana ketika di luar negara juga beliau sekali lagi menempuh pengalaman membuat pemeriksaan kandungan anak ketiga bersendirian apabila suami sibuk mengurangkan tekanan di padang golf ketika menyediakan diri untuk pembentangan kertas kerja bagi merangkul gelaran Doktor. Doktor Muhd Kamil Ibrahim. 

Saya kira jika saya tidak memohon pertukaran kampus Shah Alam ke Melaka tahun 2003 dahulu, mungkin saya lebih mengenali Professor Doktor Muhd Kamil Ibrahim. Atau mungkin saya salah seorang pelajarnya. Allah Maha Mengetahui. Saya tidak mengenali beliau ketika zaman belajar tetapi kisah mereka sekeluarga saya kenali belasan tahun kemudian apabila terpaut dengan tulisan Pn Roza dalam Reja Kehidupan di akhbar Kosmo.


Maha Besar Allah lintasan hati anak kecil yang mahu melihat dunia luar direalisasikan dengan jodoh hasil istikharah satu masa dahulu. Kata nasihat Mak Wa supaya belajar bersungguh-sungguh untuk menangkap ikan besar supaya hasrat beliau dapat dicapai. Itulah hasil doa bersungguh hati. Allah Maha Mendengar.
http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/


2 hari selepas menghabiskan buku ini, saya mencapai buku Pn Roza Roslan yang lain. Kandil di Kaki Gunung. Dan ketika membuka buku ini, baru saya ketahui ia adalah kompilasi tiga buku Travelog Cinta Abadi + Travelog Impian Abadi + Travelog Kehidupan Abadi! Haha saya mahu ketawakan diri sendiri kerana sebenarnya saya dah beli 2 buah buku yang sama. Kan lebih baik saya beli buku lain. Ya salah sendiri kerana terburu-buru.  Saya terus memulakan pembacaan buku ini terus kepada Travelog Impian Abadi. Ia berkisarkan tentang perjalanan penulis ketika remaja. Dari zaman sekolah menengah di Jementah. Tentang pengalaman anak kampung yang terpaksa bersaing di sekolah convent dan pengalaman memasuki biara kerana tidak mampu pulang pada tengah malam selepas persembahan akhir tahun. Ia juga mengisahkan permulaan menuntut ilmu di ITM Dungun. Pengalaman ketika minggu haluan siswa yang memenatkan mengingatkan saya tentang pengalaman sendiri 15 tahun yang lalu di UiTM Melaka. Tentang lagu Anak Kecil Main Api yang membakar semangat. Perasaan di lambung cinta terhadap senior yang membuli yang akhirnya menjadi kekasih pertama. Kekasih yang sama melafazkan nikah sehingga hujung usia. Selepas tamat Diploma Perbankan dan kekasih hati menamatkan Ijazah Perakaunan mereka disatukan dengan penuh sederhana. Menjadi ibu pada usia 22 tahun, memikul tanggungjawab sebagai anak,isteri,ibu dan pekerja. Terasa perit perjalanan pada awal 90an bagi yang telah melalui. Saya membayangkan pada zaman penulis sedang memikul tugas yang berat, saya dalam usia gembira bermain dengan rakan-rakan ketika di Perak.


Kandil di Kaki Gunung – buku tentang pengalaman hidup seorang hamba Allah yang bernama Raudzah Roslan. Ia sebenarnya juga cerita tentang kita semua. Pengalaman berbeza tetapi cerita yang tidak jauh beza.  Saya rasa bahagia memiliki buku ini. Ia ada pengajaran tersendiri.

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40