Skip to main content

174 - STOK SUSU EXPRESSED BREASTMILK (EBM)

Bismillahirrahmanirrahim


IMAAN MARYAM AFFENDI
Saya bukan ibu yang berjaya menyusukan anak dengan air susu ibu selama 2 tahun sepertimana ibu-ibu yang lain di luar sana. Selepas melahirkan Imaan Maryam Affendi baru saya tahu sukarnya menyusukan bayi dengan susu ibu jika tiada ilmu yang cukup. Saya fikir ia semudah ABC. It was totally wronged. Ia pengalaman yang sukar. Pengalaman akan mengajar kita. Itu sifir kehidupan. Anak pertama saya hanya berjaya fully breastfeed (bf) sehingga 8 bulan itu pun dengan bantuan ibu susuan aka adik saya. Walau pun selepas itu, saya telah memberi susu formula kepada Imaan, tetapi dalam masa yang sama Imaan masih bf sehingga kelahiran Inas Sarah Affendi. Even dalam proses kehamilan Imaan masih bf dengan saya.

INAS SARAH  AFFENDI
Dengan Inas Sarah Affendi anak syurga ini, saya hanya sempat fully bf sehingga 9 bulan. Akibat pengambilan pil perancang, selepas 6 bulan susu badan saya semakin berkurangan. Ia situasi yang amat memberi tekanan kerana ia pengalaman pertama mengambil pil bagi merancang kehamilan. Selepas 6 bulan, susu merundum dengan teruk dan saya membekalkan susu EBM untuk Inas di taska dengan menggunakan stok EBM yang dikumpul semasa tempoh berpantang dan hasil perahan yang tidak seberapa di pejabat. Meskipun saya memberi Inas susu formula saya masih bf Inas di rumah. Cuma pada masa itu saya dapat rasa Inas tidak puas. Saya masih ingat malam terakhir Inas di rumah ketika saya cuba bf Inas, itu kali pertama dia menggigit 'cik B' saya. Rupanya pada jam-jam terakhir hayatnya ada 2 batang gigi tumbuh lagi tanpa kami sedar. Saya kira Inas lebih tenang daripada Imaan. Saya ingat semasa Imaan berusia 6 bulan, 'cik B' saya pernah berdarah digigit Imaan sampai susu diperah keluar bersama darah. Lain anak lain ragamnya. 

INAS SOFEA AFFENDI
Pengalaman dengan Inas Sofea Affendi, saya mula mengumpul stok susu pada minggu kedua kelahirannya. Saya mahu kumpul sebanyak mungkin yang boleh kerana saya tidak tahu kemungkinan yang akan berlaku. Ya pengalaman lalu memberi pengajaran sangat berguna. Alhamdulillah dengan izin Allah saya kira stok susu kali ini lebih banyak dari stok untuk kakak-kakak sebelum ini. Malahan kali ini saya membeli deep freezer untuk menyimpan susu EBM. 

KEPERLUAN DEEP FREEZER
Kenapa kali ini saya beria-ia membeli deep freezer untuk menyimpan susu EBM? Hanya 2 sebab. Sebab pertama, ruang dingin beku di dalam peti ais rumah saya dan emak tidak cukup untuk menampung stok susu. Sebab kedua, saya terbaca di dalam FB komen seorang doktor bahawa beliau pernah terlibat di dalam bilik ICU merawat bayi yang sakit dan salah satu penyumbang kepada keseriusan sakit yang saya lupa apa namanya ialah susu EBM yang diberi tercemar kerana disimpan bersama bahan mentah seperti ikan dan daging yang tidak ditutup dengan baik. Bagi EBM yang disimpan bersama bahan mentah, kita kena pastikan bahan mentah terbut dibalut dan disimpan dalam bekas bertutup. Rasanya jika stok susu tidak banyak pun mungkin saya akan beli deep freezer juga. Pengalaman hilang anak seorang cukup mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam banyak perkara. Duit boleh dicari. Kalau hilang 1,000 kita boleh usaha untuk gantikan 1,000 tersebut. Anak yang hilang, gantinya pasti tidak akan sama. Ooh mengenai deep freezer tersebut pada asalnya saya ada survey brand khind dalam 600++. Semasa survey di kedai yang lain saya ternampak brand sharp dengan harga tertera RM799. Harga yang boleh dikurangkan hanya RM720. Disebabkan saya hanya mahu survey saya tidaklah kisah sangat dengan harga tersebut. Semasa kami hendak keluar, salah seorang pekerja kedai bertanyakan bajet saya. Akhirnya dia menawarkan harga RM630 untuk deep freezer tersebut. Katanya kalau jenama dari Korea, harga lebih murah dalam 500++. Tapi tak rugi membeli barang dari Jepun ia lebih berkualiti.
http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/


TIP MENGUMPUL SUSU
Ada orang susunya melimpah ruah. Saya ingat pesan kawan saya, setiap orang kuantiti susunya berbeza berdasarkan keperluan bayi masing-masing. Tip 1 saya stok EBM mesti dikumpul sebanyak yang boleh dalam tempoh berpantang kerana pada masa itu memang susu tengah meriah. Dan saya sebenarnya hanya mengepam susu HANYA ketika anak saya bangun menyusu. Which means, sebelah anak menyusu, sebelah lagi saya akan pam. 2@3 pagi pun saya akan bangun pam. Tapi tidaklah setiap kali menyusu saya pam. Kadang letih dan malas berkawan baik itu yang menyebabkan stok tidaklah mewah macam sesetengah orang. Saya hanya menggunakan pam manual Avent sepanjang cuti berpantang untuk mengumpul stok. Lama pam ni berkhidmat sejak dari kelahiran Imaan. Saya rasa dalam 200++ harga pam ini. Encik Suami beli di kedai Mom’s Care Aeon Bandar Melaka. Tip 2, sentiasa berdoa supaya Allah banyakkan dan cukupkan susu untuk anak kita. Berdoa selepas solat, berdoa juga semasa sedang menyusukan bayi.  Tip 3, sentiasa bersyukur setiap kali susu terpancut keluar. Ia penghargaan dan pujian kepada Allah yang memberi rezeki untuk anak kita.

SUSUN ATUR EBM DI  DALAM DEEP FREEZER
Ok, saya fikir saya memang fail nak cari kaedah terbaik untuk susun EBM di dalam freezer. Akhirnya saya decide untuk simpan EBM di dalam beg plastic berdasarkan range period. Sebagai contoh stok susu dari 01.01.16 – 10.01.16 saya simpan dalam 1 plastik.
http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
Stok paling latest saya pindahkan ke bawah. Stok lama saya bawa naik ke atas.
http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
Jadi saya tahu mana satu stok  EBM mana yang perlu dihabiskan dahulu. Selepas fikir itu kaedah yang saya mahu gunakan, baru  terfikir untuk google cara orang simpan EBM. Banyak-banyak imej, saya paling suka yang ini. Cuma saya kena cari pula kat mane nak beli bekas seperti gambar di bawah.
Google
Buat masa ini, saya rasa saya continue je kaedah penyimpanan sedia ada. Apabila hendak menggunakannya nanti, pek beg plastik dibuka dan disusun di dalam satu bekas tersendiri bagi membezakan stok yang mahu digunakan dan stok baru yang diperah. Semoga Allah permudahkan segala keinginan dan urusan saya nanti. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah ...