Skip to main content

20 - BUKU ATAU PENULIS

Bismillahirahmanirrahim  
Assalamualaikum.

  • Jika diberi pilihan antara buku dan penulis, biasanya saya memilih buku. Selepas itu saya terus akan memilih penulis penulis dan penulis.
  • Kenapa? Kerana biasanya saya mudah terpengaruh dengan kredibiliti penulisnya. Contohnya, pernah satu ketika saya terpengaruh dengan rebiu buku Andrea Hirata oleh Dr Hana. Selepas satu buku Andrea Hirata, saya akan mencari semua buku yang ditulis oleh beliau.
  • Sama juga ketika saya mula membaca buku Kite Runner, selepas terpikat saya terus mencari karya Khaled Hosseini yang lain seperti A Thousand Splendid Suns. Saya ingat lagi saya ambil masa untuk mengkhatamkan Kite Runner, baca sedikit tutup sampai satu hari saya terdetik untuk buka semula dan saya tidur lewat malam untuk selesaikan buku tersebut. Siap ada drama air mata. Bagi saya tulisan Khaled Hosseini cukup dengan rempah ratus yang kita rasa berbaloi untuk beli semua bukunya. Begitu juga dengan A Thousand Splendid Suns, buku ini juga mengundang pelbagai rasa.
  • Dr Faisal Tehrani juga antara penulis kegemaran saya. Hampir kesemua buku beliau ada dalam simpanan antaranya Tunggu Teduh Dulu, Detektif Indigo, Advencer Si Peniup Ney, Ketupat Cinta, Saasatulibaad, Nama Beta Sultan Salahudin, 1511H Kombat. Beliau mempelbagaikan genre karyanya tidak seperti sesetengah penulis masa kini yang mana novel mereka diangkat menjadi drama (fenomena baru). Maaf untuk kata, pada saya karya Dr FT jauh lebih baik daripada novel cinta-harta-darjat-orang kaya yang ada sekarang. Walaupun saya tahu, ramai menganggap Dr FT seorang syiah dan ada karyanya dikatakan mengandungi unsur tersebut, saya tidak kisah kerana beliau tetap mengangkat darjat Islam. Dahulu saya juga pembaca tegar blog beliau. Saya tidak fanatik Dr FT atau fahaman syiah cuma saya mengangkat karya beliau yang lain daripada lain.
  • Buku-buku Habiburrahman El Shirazy antara yang menjadi pilihan. Saya cenderung untuk mengumpul buku-buku penulis yang saya suka. Kali terakhir saya mengumpul koleksi buku ialah buku-buku daripada Saiful Islam di mana saya membeli semua buku beliau secara atas talian dan saya habiskan bacaan semasa tempoh berpantang bulan Jun 2013 yang lalu.Di Hamparan Shamrock dan Rindu Bau Pohon Tin memang memikat hati saya.
  • Dengan tuntutan kerja dan tanggungjawab yang sedia ada saya semakin kurang masa untuk membaca. Bila muncul keinginan mahu membaca, saya akan membuat tinjauan buku-buku terbaru penulis yang saya suka di MPHonline atau Ujana Ilmu.
  • Kadang-kadang saya mudah dipengaruhi dengan rebiu menarik dari 'blogger' seperti Cik Ain atau Dr Hana sendiri kerana saya percaya kepada kualiti buku yang dibaca.
  • Saya tidak akan sesekali menggunakan duit sendiri untuk membeli jenis buku yang terhangat di pasaran seperti novel cinta-harta-darjat-orang kaya. Tidak salah membaca tetapi untuk beli jauh sekali kerana pada saya, lebih banyak lagi karya lebih bermutu di luar sana yang boleh dilaburkan.
  • Antara lain penulis digemari seperti Azizi Abdullah (saya pilih Memoir Seorang Guru),  Pn Nisah Haron (Puisi Untuk Ezdyzuar - buku ini lebih layak diangkat ke layar perak?)
  • Dahulu ketika pejabat saya berdepan dengan PWTC, bila tiba musim Pesta Buku Antarabangsa saya jadi teruja. Selain buku yang murah, malah kita boleh jumpa dengan ramai penulis. 
  • Saya harap masih ada masa atau mencuri masa untuk membaca semula buku-buku penulis yang saya suka.

FT dan HES
Antara buku yang ada



Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.