Skip to main content

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum

  • Dulu saya pernah berkongsi idea di sini. 
  • Sebenarnya takde progress sangat pun.
  • Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar.
  • Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami.
  • Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin mengexplore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni.
  • Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput.
  • Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah dan rumput sebab ada kes kualiti tanah juga menyumbang kepada masalah rumput lalang dan kulat/haiwan perosak. Taknak jadi macam sekarang, cepat lalang merebak di bahagian belakang rumah.
  • Dan ini hanya landskap baru. Sikit je sementara nak memikirkan proses penanaman semula rumput yang entah bila tu kan.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Dalam pada itu, seorang kawan ni tetap gigih memberi tambahan bunga ros jepun walaupun hakikatnya ia tidak berapa menjadi sebelum ini.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Empat pokok di atas masih belum ditanam sehingga kini. Nanti ye. Perancangan sudah ada pelaksanaan sahaja belum dibuat. Oh ya, gambar ini diambil waktu petang. Dikatakan ros jepun mengembang pada waktu pagi.
  • Ini ros jiran sebelah. Dibeli pada hujung Ramadhan. Kata si Imaan cantik pokok ayah tanam. Semua pokok ayah dia tanam walaupun di halaman orang. Dan sekiranya kami melintasi mana-mana nursery dia akan beritahu ayah pergi beli pokok dekat situ.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Dan ini kawasan asal ros jepun yang tidak menjadi. Mahu salahkan kondisi tanah haha.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com

Comments

  1. Saya pun tengah cari idea nak tanam rumput. Tapi still tak tahu jenis mana yang sesuai. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa orang tanam rumput mutiara atau rumput karpet. Kena kaji pros n cons dulu. Tapi saya mahu mencuba rumput mutiara dulu. Harap menjadi..

      Delete
  2. cantik nyer ... tempat nak menanam bunga pon banyak ;) dtg dari segmen
    http://susunatursioca.blogspot.com/ laman/garaj
    bw ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala biasa je. Tunggu masa sesuai untuk tanam rumput baru, lepas tu baru nak tambah koleksi pokok.

      Delete
  3. apa kata awak main batu-batu mcm taman mini jepun, jal tanam berselelerak, tanam di sudut2 aje,nampak lebih kemas dan tersusun.main bongsai sikit.

    ReplyDelete
  4. Kreatif..cantik lanskap baru tu..
    Salam pkenalan..
    Bw Smbil mncari idea tuk diri sendri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga.
      Saya pun klu rajin BW juga mencari idea.

      Delete
  5. suka tgk pokok yg digantung tepi pagar tu..

    ReplyDelete
  6. Hihihi kita jiran.....pokok ros jepun rumah jiran awak tu ialah saya.....salam perkenalan. +_______________+

    ReplyDelete
  7. hahahahaa....tetiba nak tergelak pula baca komen Qasih Mama.....berjiran rupanyaaa gituhhhhh.........;D:D:D:D

    btw, luasla tanah tepi akk...puas hati nak mendeko2...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu la tiba-tiba jiran menegur di alam maya.
      Luas tu takde la sangat. Encik suami yang rajin menanam pokok ni. Akak tukang komen je.. hihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim