Skip to main content

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU


Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah.
  1. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah.
  2. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.
  3. Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.
  4. Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang pemililk rumah telah pilih.Tips saya baca seperti berikut :
  5. Buka semua pintu dan tingkap. Kalau macam tingkap, buka seluas-luasnya bagi memastikan yang tingkap tersebut tiada masalah macam tersekat, pecah ke kalau buka luas.
  6. Periksa siling kalau ada rekahan, lebih baik periksa masa hujan kot ada kebocoran yang kita tak realise.
  7. Kebanyakan dinding rumah akan ada rekahan macam rumah kami. So lebih baik tanda dengan masking tape yang kontra dengan warna dinding rumah supaya senang pemaju perbaiki nanti. Ada pemaju ambil mudah je. Rumah dah jual apa diorang kisah.
  8. Periksa kotak DB ok tak. Macam rumah kami kotak tu senget, sekali kami buka langsung tercabut.
    Contoh kotak DB
  9. Ketuk jubin lantai. Kalau ada bunyi macam kosong, tanda jubin mana yang bermasalah, minta pemaju tukar.
  10. Buka semua paip air yang ada, kot2 bawah singki ada kebocoran ke atau tangki air rumah tu sendiri yang bocor ke. Tengok juga aliran air ok tak. Kalau terlalu perlahan report juga.
  11. Tukar kunci rumah. Kalau taknak tukar sekali pun, pasangkan padlock pada pintu utama.
  12. Selepas itu, submit borang defect pada pemaju dan jangan lupa selalu follow up status. Pengalaman kami defect memang sedikit. Tapi sebulan baru ambil tindakan. Itu cincai sangat. Kotak DB diorang tak ganti pun, rekahan buat sambil lewa yang mana benda tu kami boleh buat sendiri. Bak kata jiran sebelah rumah kami, diorang pun kena macam tu buat pakai kaki pun boleh. Teruk gak la pemaju kami. Tu belum cerita betapa lambatnya proses kerja diorang dalam dapatkan CF yang memang mengundang rasa marah.
  13. Dalam masa pemaju perbaiki defect, dapatkan quotation untuk rumah anda. Macam kami, memang tak expect dapat kunci rumah dengan tiba-tiba sebab dah jenuh sangat menunggu. Lepas kami submit borang defect tu, kami dah survey beberapa kontraktor untuk tujuan pasang kitchen cabinet, grill tingkap dan pintu serta kontraktor elektrik. Yang ni main kerja yang perlu. Lain-lain tu ada bajet boleh buat macam-macam.
  14. Letih juga nak pilih kontraktor sebab masing-masing datang tengok rumah pada waktu berbeza so kita kena entertain benda yang sama banyak kali. Lain la kalau macam prosedur perolehan kerja kerajaan, boleh setkan satu tarikh untuk lawatan tapak. Senang kerja.
  15. Lepas tengok harga dan bajet yang ada, kesungguhan kontraktor dan tempoh masa yang dijanjikan kami sepakat pilih untuk grill dan awning kontraktor melayu. Untuk wiring elektrik kontraktor cina dan untuk kitchen cabinet kontraktor india+cina.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...