Skip to main content

36 - MENCARI IDEA LANDSKAP TAMAN

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum

  • Bila ada rumah sendiri macam-macam yang difikirkan untuk mencantik/mengindah/menyejukkan mata sendiri.
  • Itu lah nikmat punya rumah sendiri. Rezeki masing-masingkan. Antara cepat dan lambat. Antara banyak dengan sedikit je rezeki yang dimiliki. Alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang.
  • Saya tidaklah beria sangat untuk mendekorasi habis-habisan. Pertama : kena kira kemampuan. Kedua : bagaimana nanti kena bertukar lokasi tempat kerja. Sayang je rumah ditinggal-tinggalkan. Hmmm...
  • Tetapi untuk kepuasan sendiri, kita buatlah apa yang termampu.
  • Beberapa minggu lepas ada pegi survey di nursery di Alor Gajah. Excited la nak bercucuk tanam bunga bagai.
  • Tapi mengenangkan sekarang musim panas, macam tak berbaloi nak menghias buat masa ini.
  • Baru-baru ni adalah juga dok meninjau dalam google pasal landskap taman. Memang banyak yang cantik. Tapi kita ukur duit dalam bank sendiri la kan. So mana yang agak2 boleh ditimbang kati boleh la dijadikan contoh. Kena ambil kira juga keluasan tanah yang ada.
  • Saya sukakan yang simple, tidak crowded dan ada ruang untuk anak2.
  • Kesimpulannya, tak berani berangan tinggi melangit sebab kita tahu di mana bumi dipijak. 
  • Ini antara yang menjadi perhatian. Semua sumber dari google. 

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.  Sebenarnya takde progress sangat pun. Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar. Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin meng explore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni. Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput. Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah da...

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...