Skip to main content

38 - MARI BERCUCUK TANAM

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum
  • Ada sekali tu saya telah membeli anak pokok mangga dan limau. 
  • Ok berjaya di tanam encik suami.
    Mangga - hari tu elok berbunga tapi musim kering ni hilang bunganya
    Anak pokok limau
  • Atas kejayaan pertama, ntah beberapa minggu lepas sesi bercucuk tanam untuk tumbuhan lain pula dilakukan bersama rakan encik suami yang datang untuk mesin rumput.
  • Hujung minggu tu mereka menanam serai, pandan dan pokok hiasan ntah apa nama di halaman kecil kami.
    Halaman kecil kami
  • Tatkala itu saya sibuk di dapur. Macam la teror masak kan.
  • Tapi proses semaian kali ini nampak tidak berjaya. Mungkin faktor cuaca yang panas berpanjangan ketika ini.
    Alahai kering serai dan daun pandan..
  • Seperti kata jiran sebelah, beliau akan mula tanam rumput bila cuaca kembali pulih - hujan kembali turun seperti biasa.
  • Bercakap pasal cuaca yang panas kering sekarang, teringat satu bual bicara di radio yang saya dengar, mungkin kita terlupa yang cuaca panas ini hanyalah sebahagian peringatan kepada kita yang cuai ini. Kan neraka tu lagi panas. Bersabarlah dan jangan mengeluh. Banyak lagi nikmat yang mesti kita syukuri.
  • Dan Alhamdulillah, beberapa update dalam FB dan whatsapp rakan taulan ada update hujan dah turun di Seremban dan KL. Semoga rahmat hujan ini berpanjangan ke merata tempat terutamanya di Melaka.
  • Minggu lepas, saya menghadiri satu mesyuarat berkaitan penyusunan semula beberapa jabatan di bawah Jabatan Pertanian Malaysia. Bila melibatkan transaksi perbelanjaan dan hasil memang pejabat kami menjadi pusat rujukan.
  • Dan kebetulan di sana, saya pun pergilah membeli beberapa anak pokok seperti rambutan, ciku dan mesta. Katanya mesta ni seperti manggis tapi tiada biji. Pertama kali saya mendengarnya. Setiap satu berharga RM3.00. Biasanya kalau ada permintaan banyak, mereka akan datang hantar ke pejabat. Mungkin faktor cuaca menyebabkan niat untuk menanam terbantut buat masa ini.
  • Pesanan pegawai di sana guna baja 12 12 dan untuk 'gemukkan' pokok guna baja 15 15. Saya pun taktau apa ke benda 1212 dan 1515 ini sehingga lawatan saya ke Mydin minggu lepas saya membelek2 baja2 yang ada. Ternampaklah saya nombor2 tersebut. N12 P12 K12. N=Nitrogen, P-Phosphorus K= Kalium (Potassium) dan nombor yang di sebelahnya bermaksud peratusan setiap bahan itu di dalam kandungan baja tersebut. Sebagai contoh, N:12 P:12 K:12 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Posphorus juga sebanyak 12% Kalium (Pottasium) sebanyak 12%.
  • Berdasarkan sumber, keperluan NPK ini seperti berikut :
     
  • Nitrogen
    Nitrogen amat berguna kepada tumbuhan. Nitrogen biasanya terdapat didalam udara dan didalam tanah. Kesemua tumbuhan berdaun hijau menggunakan nitrogen. Klorofil, bahan hijau yang terdapat didalam tumbuhan yang digunakankan untuk tujuan photosyntesis, dibina dari sebahagian besarnya dari nitrogen.

    Walaupun nitrogen terdapat dengan banyaknya didalam udara, tumbuhan tidak dapat menyerapnya secara terus. Ia mesti diserap melalui tanah.

    Tumbuhan yang mengalami kekurangan nitrogen akan menjadi sedikit kekuningan dan kurang pembesaran atau terbantut. Walaubagaimana pun, terlalu banyak nitrogen juga tidak membantu. Ianya hanya akan menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak dapat untuk menampung tumbesarannya. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat tegak.

    Phosphorus
    Posphorus berguna didalam perkembangan akar yang sihat. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah. Ia juga digunakan untuk menggalak tumbuhan berbunga.

    Ia biasanya dilepaskan kedalam tanah melalui tumbuhan atau hidupan yang mereput.

    Kekurangan phosphorus boleh dilihat melalui warna daun yang tidak segar atau kekuningan. Kurang berbunga juga mungkin petunjuk bahawa tumbuhan tersebut mengalami kekurangan phosphorus.

    Kalium (Potassium)
    Kalium atau potassium membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah. Ia adalah kunci kepada pembentukan chlorophyl. Kekurangan kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil. Ia membantu tumbuhan dalam melawan penyakit.

    Tumbuhan yang mengalami kekurangan kalium akan kelihatan tidak sihat.

    Jika tumbuhan mendapat ketiga-tiga bahan ini, insyaAllah, ia dengan mudah akan dapat menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah dan udara.

    Jadi, jika kita merancang untuk memberi tumbesaran yang baik untuk pokok kita, boleh la cuba memberikan baja N:15 P:15 K:15 sehingga tiba masa untuk berbunga atau berbuah, ubah pula kepada N:12 P:12 K:17 + Magnesium

  • Tapi kenapa saya beli juga? Saya kan degil. Tapi kami belum lagi tanam di dalam tanah. Buat masa ini masih lagi dalam 'rumah sementara mereka'.
  • Niatnya dua pokok kita tanah di luar rumah dan satu sahaja di halaman kecil kami. 
  • Sabtu lepas, encik suami tanah dua pokok di tepi rumah dan satu (rambutan) di luar rumah. 
  • Semoga cuaca kembali pulih supaya tumbuh-tumbuhan mendapat makanan dan minuman yang cukup untuk tumbesaran seperti mana kita manusia juga memerlukan kedua-duanya untuk kelangsungan hidup. 
    Sumber google

Comments

Popular posts from this blog

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…