Skip to main content

40 - PERGI TAKKAN KEMBALI

Bismillahirahmanirrahim   
Assalamualaikum

  • Malam tu, saya  sudah terlelap tetapi anak-anak  masih bermain. Sehinggalah tiba-tiba imaan mengejutkan saya dengan memberi telefon bimbit kepada saya. Rupanya kakak membawa berita makcik (adik ayah) baru meninggal dengan tiba-tiba. Ya, makcik tiada penyakit. Kematian disedari anaknya apabila si ibu telah kaku. Jemputan Izrail datang dengan tiba-tiba tatkala tiada siapa berada di samping arwah. Ini berita kematian mengejut kali kedua selepas yang INI.
  •  Dalam tempoh dua minggu ayah kehilangan dua adiknya. Sebelum berita kematian makcik kami telah kehilangan ayah ndak. Ayah ndak diserang sakit jantung. Meninggal di hospital ditemani kaum keluarga. Itu lah rahsia kerja Tuhan. Kita tidak tahu bila dan di mana masa kita akan 'dijemput' utusan Allah.
  • Selepas pemergian ayah ndak, mak ada memberitahu ayah mahu pulang ke Kedah dan bermalam di rumah makcik.
  • Rupanya niat ayah untuk pulang bukan sahaja dipercepatkan tetapi memang benar untuk melawat makcik tapi dalam jisim makcik yang telah terbujur kaku. 
  • Untuk makcik dan ayah ndak, saya doakan makcik dan ayah ndak tenang dan bahagia di alam sana. InsyaAllah kita semua akan bersatu semula di Syurga Nan Abadi.
  • Untuk sepupu-sepupu, semoga kalian bertabah hati dan meredhai pemergian ayah dan mak masing-masing. Janji Allah pasti yang hidup pasti akan mati.
  • Satu yang ingin saya kongsikan, seminggu yang lalu ada satu perkara yang menyentuh hati saya ketika Ustazah Norhafizah Musa memaklumkan bahawa dia diajar untuk berdoa kepada Allah supaya biar Allah ambil nyawa kita pada waktu Allah paling redha dengan kita dan pada ketika iman kita berada dalam tahap terbaik dan tertinggi.
  • Saban hari kita berdoa. Kita doa macam-macam. Saya sendiri tidak terfikir untuk berdoa seperti itu. Kita perlu berubah. Maut datang tanpa amaran. Semoga kita memperbetulkan/menambah baik isi doa kita supaya 'perginya' kita sebagai Muslim dengan nilai iman yang paling Allah redhai. Moga dengan itu, urusan kita di alam satu lagi lebih baik dan tenang-tenang sahaja.  
 

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.  Sebenarnya takde progress sangat pun. Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar. Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin meng explore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni. Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput. Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah da...

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...