Skip to main content

41 - KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA

Bismillahirahmanirrahim    
Assalamualaikum
 
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia  

Lagu : Kasihnya Ibu - Sharifah Aini
  • Minggu lepas (setiap hujung minggu pasti balik rumah mak), datang seorang makcik bertudung labuh ke rumah mak. Datang bertanya tentang kerja kepada adik saya.
  • Saya tidak mengikuti sembang pagi pada ketika itu. Selepas makcik itu pulang, mak membawa cerita tentang makcik itu.
  • Beliau seorang ibu tunggal kepada 13 anak datang menyewa dari Jengka Pahang ke sini SEMATA-MATA untuk menemani anak bongsu yang sedang menjalani hukuman di SHG atas kesalahan mencuri motor.
  • Kerana kasihkan anak, si ibu mahu berada dekat dengan anaknya supaya si anak tahu ibunya sentiasa dekat dan sanggup meredah apa sahaja. 
  • Demi kasihkan ibu, seorang anak yang lain datang menemani si ibu, berhenti kerja di Ibu Kota dan mencari kerja yang lain. Itu asbab makcik itu datang ke rumah kami.
  • Saya kagum. Ramai di qariah kami kagum pada makcik ini yang sanggup merantau seorang diri demi anak tercinta. Seperti kata pegawai penjara, tidak pernah dalam sejarah mereka ada ibu berkorban sampai begitu sekali. Sehinggakan rumah sewa makcik itu bersebelahan panggar kawasan SHG kerana beliau mahu anaknya nampak di mana duduk ibunya.
  • Saya terkesima dengan makcik ini. 
  • Begitulah tinggi dan dalamnya kasih seorang ibu pada anaknya.
  • Sehingga Islam mengangkat darjat yang tinggi bagi wanita yang bergelar ibu. 
Dari Muawiyah bin Jahimah As Salami bahwa Jahimah datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata : Wahai Rasulullah, saya ingin berperang dan datang untuk minta petunjukmu, beliau bertanya: "Apakah engkau masih memiliki ibu?" ia menjawab; Ya, beliau bersabda: "Jagalah ia, kerana syurga itu dibawah kakinya." [3053] (Riwayat Nasa’i – Semua perawi adalah tsiqah, cuma Muhammad bin Thalhah bin 'Abdullah kurang dhabitnya namun Ibnu Hajar al-‘Asqalani mengatakan tiada kecacatan, maka hadis ini Maqbul)
  • Bersyukurlah kita yang masih mempunyai ibu dan bapa. Berbuat baiklah kepada mereka selagi hayat dikandung nyawa. Jangan bila mereka telah tiada baru kita mahu menyesal tidak memberi khidmat yang terbaik sebagai anak.
  • Seorang wanita yang telah bergelar ibu sahaja akan memahami erti sebenar pengorbanan seorang ibu. Bukan saya mahu menafikan hak wanita yang belum menjadi ibu tetapi berdasarkan pengalaman sendiri, ketika saya melahirkan Imaan lebih 2 tahun lepas baru saya memahami bukan senang menjadi ibu.
  • Memegang title seorang ibu menuntut pengorbanan yang amat besar. Dan pengorbanan itu kita lakukan tanpa mahu apa-apa balasan tetapi dibuat atas rasa tanggungjawab seorang ibu.
  • Sebagai ibu, sebolehnya kita mahu yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun di luar kemampuan tapi atas nama ibu kita akan buat apa saja untuk anak tersayang. 
  • Menjadi ibu menjadikan kita kuat. Saya ingat tahun lepas masa sarat mengandungkan adik Inas, saya makan berdua dengan Imaan. Tiba-tiba Imaan jatuh kerusi dan meraung, saya lantas bangun dan mendukung Imaan yang ketika itu mempunyai berat dalam 14kg saya kira. Hakikatnya saya tidak larat lagi mendukung Imaan bila mengandung kali kedua tapi itulah atas rasa seorang ibu, saya menjadi kuat untuk terus mendukung Imaan.
  • Melihat anak sakit meruntun hati seorang ibu dan ayah. Seperti yang dikatakan teman saya di dalam FB, dia sanggup tengok isteri sakit bersalin (isterinya teman sekolah saya) tetapi dia tidak sanggup tengok anaknya sakit. Benar, saya rasa saya sendiri sanggup mengharung sakit mahu melahirkan seperti dikisahkan di SINI dan SINI. Tetapi saya tidak boleh bila anak saya tidak sihat. Walau apa jua yang mendatang, untuk anak saya tahu saya mesti kuat dan tabah.
  • Seorang ibu atau ayah sanggup buat apa saja untuk anak. Tapi sepuluh anak ntah siapa yang sanggup berkorban untuk ibu dan ayah.
  • Saya berdoa supaya saya dan encik suami dapat berbakti kepada mak ayah kami dan anak-anak kami akan membalas bakti kami in return.
  • Teringat satu iklan Petronas back to a few years ago hasil garapan Allahyarhamah Yasmin Ahmad tentang penerimaan menantu lelaki pada bapa mertuanya yang uzur. Bila dia marah si bapa kerap memecahkan pinggan mangkuk dan akhirnya beliau membiarkan si bapa makan di luar dengan menggunakan pinggan mangkuk plastik. Bila si anak lelaki beritahu nanti dia akan buat perkara yang sama pada kedua-dua ibu bapanya baru si menantu ini tersedar. 
  • Bercakap tentang iklan ini, kita maklum iklan Petronas hasil kerja Yasmin sentiasa menginsafkan dan saya secara peribadi amat tertunggu iklan raya/merdeka Petronas kerana ia ada nilai tersendiri. Cuma sejak pemergian Allahyarhamah, iklan Petronas seterusnya tidak berapa menyengat tangkai hati saya. Dan bercakap tentang iklan di atas, sebelum keluarnya iklan tersebut, kisah itu telah saya baca ntah di mana. Jadi pada masa iklan tersebut keluar saya agak kecewa kerana beranggapan tiada originality pada jalan cerita. Walau apapun, nilai murni iklan ini saya angkat begitu tinggi sebagai pedoman.
 Sumber
Ya Allah Ya Tuhan ku,

Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya
Allah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon
pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu
dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika
aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya
Allah

terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku
berjaya
kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan
aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika
melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan
kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk
pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam
kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya
Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak
mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak
yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya
Tuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang
soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku
ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke
nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........

~kuretomey~ 

  • Semoga kita semua akan terus menjadi anak yang terbaik, ibu bapa yang cermerlang. 

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40