Skip to main content

44 - APA ADA DALAM KABINET DAPUR KAMI

Bismillahirahmanirrahim     
Assalamualaikum
  • Sedikit gambaran tentang apa ada dalam kabinet dapur kami.
  • Ini adalah bahagian atas kabinet.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Sebelum
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Selepas
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Zoom sikit
  • Kalau perasan untuk label botol macam besar je kan. Sebab apa? Senang nak tengok hihi. Yang sebenarnya sebab tu je sticker label yang ada. Tak kuasa nak beli yang lain dan satu lagi sebab kat label tu saya tulis expired date rempah yang mana berkaitan. 
  • Kenapa tinggi benar letak mesin pengisar tu? Itu mesin pengisar makanan anak. Jarang guna sebab Inas memang saya tak blend makanannya. Dulu beli untuk Imaan. Blender untuk rutin memasak harian duduk kat lokasi lain. 
  • Yang masih dalam bungkusan tu Tupperware yang belum diguna lagi. Jadi masing-masing dok diam-diam dalam tu sampai tuan rumah rasa nak pakai, kamu semua keluar dari sarung masing-masing.
  • Dulu rajin sikit nak beli Tupperware ni. Tapi since dah bayar duit pinjaman rumah, belanja cara berhemah, kurang sikit nak beli Tupperware ni. Fikir balik yang ada pun ada belum pakai jadi jangan membazir jangan kawan dengan syaitan ok. 
  • 2 tingkat teratas dan terbawah saya letak items yang jarang digunakan. Untuk 2 tingkat pertengahan sahaja yang akan selalu guna. Supaya saya tak perlu selalu membongkok atau menjengket atau memanjat kerusi. saya susun mana yang sesuai untuk saya.
  • Manakala ini pula apa yang saya simpan di bahagian bawah kabinet.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Sebelum
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Selepas
  • Gambaran keseluruhan nanti lah sebab rutin menyusun atur kabinet ni sekejapan berubah-ubah. 
  • Macam tak banyak yang berubah. Tapi memang ada la perubahannya. Kan?

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...