Skip to main content

46 - TIP MERANCANG KEWANGAN SENDIRI


Bismillahirahmanirrahim      
Assalamualaikum
 
Sumber Utusan


  • Saya bukan pakar kewangan walaupun background pendidikan melibatkan kewangan.Tetapi saya suka wang. Ha kan siapa tak suka wang/duit. Ada duit macam-macam fikir nak buat macam-macam nak beli. Tapi dari sumber mana nak belanja kalau kita dok bersenang lenang dengan cash outflow, paling penting kita kena fikir punca cash inflow.
  • Jadinya, jangan fikir sangat apa kita nak belanja hari ini tetapi fikir apa tindakan kita dalam mengumpul bekalan hari esok.
  • Pada hemat saya yang tidaklah pakar tetapi amat kalkulatif dalam berbelanja, ini yang biasa/sedang saya buat . Saya ambil ini 10 tip ini dari SINI

  1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
  • Sebagai seorang yang punya punca pendapatan solely from penggajian, maka saya akan memastikan bil-bil penting atau wajib diketepikan terlebih dahulu. Contohnya bil utility, pinjaman tertentu diberi first priority.
  • Perbelanjaan untuk bercuti dibuat berdasarkan dividen yang diterima dari simpanan yang dibuat.
  • Saya akan bershopping apabila ada sale sahaja. Atau sekiranya gian nau nak beli baju baru saya pastikan tiada tanda warna pada price tag. Nanti takut ralat sebab tiba time sale baju tu boleh dapat diskaun so nanti rugikan. Faham ke? Contohnya kalau kita pergi Jusco/Aeon price tag yang tanda warna ungu maknanya diskaun 50%, hijau =20% pada musim jualan murah. Jadinya saya tidak akan beli yang tag harga berwarna tu lah. Ini jarang sangatlah berlaku.
  • Kurangkan makan di luar. Kami sekeluarga akan makan di luar bila hujung bulan or bila si ummi ni (iaitu saya) malas masak. Kos makan bukan murah sekarang. Memang la seronok tengok orang makan sedap tapi kita fikir-fikirlah bajet sendiri. Sekali sekala tak salah jangan selalu je. Kan makan air tangan ibu itu lebih berkat. Kalau dah kepingin saya makan je lah jangan kedekut sangat tapi berpada-pada.
    Google
  1. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

  • Untuk pembayaran tahunan seperti cukai jalan dan insurans kereta, saya akan membuat potongan berasingan dari gaji bersih setiap bulan. Contoh saya akan asingkan RM50.00 setiap bulan bagi tujuan ini.
  • Saya juga membuat pembahagian apa yang perlu saya bayar setiap bulan dan apa perbelanjaan yang perlu keluar dari poket encik suami.
  • Saya akan memastikan terdapat lebihan wang untuk perbelanjaan luar jangka seperti perubatan ke klinik.
  • Selain itu, saya akan allocate certain amounts untuk monthly expenditure seperti wang untuk mak ayah, wang untuk belanja dapur, duit belanja taska anak dan sebagainya.
  • Dahulu masa bujang saya pernah maintain satu daftar untuk monitor daily balance di dalam akaun bank saya. Itu dulu sekarang tiada masa untuk semua itu.
  • Dan saya pernah ada satu bos yang siap ada buku 555 di poketnya untuk rekod perbelanjaan harian. Wah saya kagum sebab saya tidak sedetails itu. Boleh buat tapi rasa stress kot sebab nanti dok fikir RM RM RM sahaja setiap hari.


  1. Lunaskan hutang kad kredit

  • Saya tidak terikat dengan mana-mana kad kredit. Oleh itu, saya akan hilang nafsu untuk membeli belah tanpa tunai yang cukup. Ini menjauhkan saya risiko untuk jatuh bankrap. 


Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.


Sumber:Jabatan Insolvensi Malaysia



  1. Mencarum dalam pelan persaraan

  • Memandangkan kerjaya saya memberi pilihan saya untuk memilih skim pencen, maka buat masa ini saya tiada pelan persaraan tersendiri dan bergantung kepada pencen yang akan diterima (InsyaAllah jika panjang umur).
  • Untuk memastikan saya tiada komitmen hutang pinjaman pada waktu saya dijangkakan pencen, saya telah memastikan tempoh pinjaman perumahan saya ngam-ngam selesai dengan tempoh saya akan pencen nanti.

  1. Menabung

  • Saya akan menyimpan sejumlah wang untuk simpanan berdasarkan baki gaji bersih. Untuk memastikan simpanan dibuat secara berjadual, jika kita punya kemudahan/pilihan untuk buat potongan gaji terus kepada agensi seperti Tabung Haji/Amanah Saham itu adalah lebih baik. Sebab kadang-kadang kita ni liat atau tidak berdisiplin dalam hal menabung. Bagi saya, dari bekerja di SSM sehingga sekarang saya memang membuat potongan Tabung Haji manakala lebihan yang ada saya salurkan ke akaun ASB. Cadangan saya buat simpanan/tabungan ke akaun yang sukar untuk kita keluarkan. Contohnya simpan di dalam akaun yang tiada kemudahan kad ATM. Ini mengelakkan dari kita mudah untuk ‘terwithdraw’ balik wang yang telah disimpan. Tak gunalah simpan dan keluar balik kan.
  • Oh ya saya bukan penggemar atau pernah menjadi ahli mana-mana persatuan ‘kutu’. Saya tidak percaya pada system menyimpan cara bermain ‘kutu’ ini kerana :

        i.     Saya tidak suka ambil risiko ada ahli yang akan mengelat untuk membayar.

        ii.     Saya yakin dengan disiplin kewangan saya.

        iii.    Saya tidak mahu terikat dengan komitmen untuk membayar kepada orang lain. Ini umpama saya membuat pinjaman tidak rasmi.

  • Untuk simpanan anak-anak, saya akan allocate some amounts. Tak banyak sikit pun jadilah. Tapi bagi setiap ringgit yang anak terima dari orang lain walaupun RM1 saya akan simpan di dalam buku Tabung Haji masing-masing. Cukup bulan saya pergi bank in

  1. Melabur

  • Saya tidak membuat pelaburan besar dalam mana-mana agensi kewangan. Paling ada pun sedikit simpanan di ASB, AHB dan Bank Rakyat. Berapa sangatlah nak dilabur sedangkan gaji pun bukan besar. Tapi Alhamdulillah still survive dan yang penting masih ada punca pendapatan.

  1. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

  • Yang ini tiada kaitan kerana saya tidak mencarum di dalam KWSP. Cuma nasihat saya bagi yang mempunyai akaun dengan KWSP cubalah kawal diri daripada menggunakan akaun 2 anda tanpa sebab-sebab yang terdesak kecuali jika anda ada sumber pendapatan lain untuk membiayai hari tua anda.

  1. Semak liputan insurans

  • Untuk insurans juga saya pastikan setiap ahli keluarga telah dilindungi insurans yang diiktiraf.

  1. Kemas kini wasiat

  • Yang ini belum buat lagi. Walaupun tidak berharta (kereta dan rumah yang ada pun masih belum selesai hutang pinjamannya) tetapi untuk simpanan perlu juga kita tinggalkan wasiat. Amanah Raya Berhad (ARB) memberi khidmat ini. Banyak lagi sebenarnya tapi kena pandai pilih yang diiktiraf la supaya tak tertipu. Fi dikenakan ARB RM350 seumur hidup. Rujuk sini 


  1. Simpan rekod kewangan dengan baik

  • Dari zaman bujang saya memang membuat system filing untuk perbelanjaan. Dan ianya masih diteruskan sehingga kini. Saya mengasingkan beberapa fail untuk lain-lain tujuan. Contohnya satu fail untuk pinjaman perumahan, satu fail untuk bil-bil utility, satu fail untuk cukai pendapatan dan sebagainya.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Fail bil utiliti

 

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40