Skip to main content

47 - BINGKISAN DOA UNTUK MH370

Bismillahirahmanirrahim       
Assalamualaikum
  • Pagi ni kami di pejabat telah mengadakan bacaan yaasin, tahlil untuk krew dan semua penumpang MH370.
  • Ramai yang menitiskan airmata tatkala titipan doa dibaca oleh En. Izzudin.
  • Doa itu padat, komprehensif dan menyentuh tangkai hati setiap yang mendengar dan mengaminkan doa panjang itu.
  • Seluruh rakyat tidak kira apa agama dan pegangan kita amat berharap supaya MH370 ditemui dalam apa jua keadaan.
  • Hari ini hari ke tujuh misi pencarian, kita bermohon supaya urusan pencarian dipermudahkan.
  • Mohon juga supaya berkat hari Jumaat =  sayyidulayam memberi sinar kepada pasukan pencarian.
  • Ini ujian kepada kita semua.Di penghujung tahun lepas negara dilanda banjir. Awal tahun ni sehingga sekarang negara diuji lagi dengan musim panas dan jerebu. Dalam pada itu kita menerima berita kehilangan pesawat MH370.
  • Betapa besar caturan Allah untuk menduga daya tahan dan kesabaran kita dalam melalui setiap satu ujian ini.

  • Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,



    أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ 



    “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Qs. Al-’Ankabut: 2)



    أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ



     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar?” (Qs. Ali Imran: 142)



    أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ



    “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?  Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya, ‘Kapankah datangnya pertolongan Allah?’Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amatlah dekat.” (Qs. Al-Baqarah: 214)



    وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ



    “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan mengujimu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan yang bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu” (Qs. Muhammad: 31)




    Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

    مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا ، إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ



    “Tidaklah rasa lelah, rasa sakit (yang terus menerus), kekhuatiran, rasa sedih, gangguan, kesusahan yang menimpa seorang muslim sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan menghapus dosa-dosanya dengan musibah tersebut.” (HR. Bukhari no.5641, Muslim no.1792)


    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



    فَمَا يَبْرَحُ الْبَلَاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيئَةٍ



    “Ujian itu akan selalu menimpa seorang hamba sampai Allah membiarkannya berjalan di atas bumi dengan tidak memiliki dosa.” (HR. An-Nasa’i di As-Sunan Al-Kubra no7482 dan Ibnu Majah no.4523)




    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



    مَا يُصِيْبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلاَّ رَفَعَهُ اللهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ خَطِيْئَة



    “Jika ada sebuah duri mengenai seorang mukmin atau musibah yang lebih besar dari itu maka Allah akan mengangkat derajatnya atau menggugurkan dosanya, dengan sebab musibah itu.”(HR. Muslim no.6507 )


    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

    مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

    “Jika Allah menginginkan kebaikan kepada seseorang, Allah akan memberinya cobaan” (HR. Bukhari no.5645)


    Ujian demi ujian pasti kan menghadangmu di luar sana. Tetaplah tegak bertahan! Jangan tumbang hati dan ragamu karenanya! Tunggulah, suatu saat nanti kan tiba, ketika kesukaran itu menjadi manis akhirnya. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,



    فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا



    “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Qs. Al-Insyirah: 5-6)



     سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

    “Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (Qs. Ath-Thalaq: 7)




    Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,



    فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

    “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Qs. Al-Insyirah: 5-6)



     سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا



    “Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (Qs. Ath-Thalaq: 7)

  • Kita tahu di luar sana di dalam pelbagai media melaporkan pelbagai cerita dan berita. Antara sahih atau tidak kita sendiri tidak pasti. 
  • Secara peribadi saya juga memohon supaya mereka tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana ini memberi beban rasa dengan spekulasi yang tidak sedap didengar dan dibaca.
  • Kuasa Allah kita tidak boleh duga dan kuasa manusia setakat mana dan ianya tidak sekali-lagi akan dapat mengatasi kuasa Allah. Maka berdoalah dan terus berharap kepada DIA.
  • Ini dugaan. Ini ujian. Kita tidak tahu apa berlaku biar advance mana teknologi yang ada jika telah Allah tetapkan kamu minta dahulu Aku akan kabulkan.
  • Sebab itu kita dianjurkan terus berdoa supaya usaha yang ada diberkati dan dirahmati.
  • Saya amat berharap semua usaha dan tenaga yang sedang dibuat sekarang membuahkan hasil. Saya mendoakan supaya semua yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat ini diberi keteguhan hati, kesihatan yang baik dan keimanan yang tinggi.
  • Kita semua juga berharap nasib semua kru dan penumpang dapat diketahui biar sama ada masih bernyawa atau tidak. Seperti doa pagi tadi, jika mereka masih bernyawa temukanlah dengan ahli keluarga supaya rindu dapat disatukan, tubuh dapat didakap semula. Dan jika sebaliknya berilah peluang kepada waris untuk menjalankan tanggungjawab ke atas mereka.
  • Ya Allah Egkau Maha Berkuasa, Engaku Maha Penyayang, Engkau Maha Sempurna, Kau permudahkanlah jalan yang kabur ini supaya kami tahu kesudahan nasib MH370. Sesungguhnya daripadaMu kami datang dan kepadaMu jua kami akan kembali.

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah ...