Skip to main content

48 - eFILING 2014 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2013

Bismillahirahmanirrahim       
Assalamualaikum
  
 
  • Jom bayar cukai. Haha siapa suka bayar cukai? Kan? Saya pun tak mahu kalau boleh. Kalau boleh... Tapi.. kena ingat pendapatan daripada cukai inilah salah satu sumber yang digunakan oleh kerajaan untuk membiayai perbelanjaan dalam negara. Daripada sumber inilah juga digunakan untuk merealisasi pelbagai projek pembangunan untuk rakyat seperti mana yang dibentangkan dalam bajet setiap tahun.
  • Walaupun kadang-kadang kita argue kerajaan membazirkan wang rakyat untuk kroni masing-masing berdasarkan cukai-cukai yang kita bayar, yang tu saya tak nak ulas tapi saya suka nak ingatkan jadilah pembayar cukai yang ikhlas supaya hasil pendapatan kita dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh seluruh rakyat dan kita juga akhirnya. At least kita dapat point sedikit kat situ. Ada lah jugak point baik-baik yang nak ditulis malaikat Raqib.
  • Itu tanggungjawab yang patut kita lunaskan. Kalau rasa tak mahu bayar cukai, bayarlah zakat banyak-banyak nanti boleh dapat rebat.

Zakat gaji dan pendapatan professional

  1. Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.
  2. Pendapatan profesional diwajibkan zakat kerana ia termasuk dalam zakat perniagaan.
  3. Muzakarah bersetuju bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.

  • Menurut sumber lagi , dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.
  • Bercakap tentang zakat, saya teringat saya pernah mendengar dalam satu rancangan 'Tanyalah Ustaz' di TV9 tapi saya lupa apa tajuk pagi itu. Cerita ustaz tersebut, ada seorang rakan yang hidupnya tenang dan damai. Tapi ada satu ketika anaknya bermasalah. Sebelum  ni dia tiada masalah dengan anak. Dia bermuhasabah diri kenapa berlaku masalah kepada anaknya. Kaji punya kaji rupanya ada zakat yang dia tidak lunaskan atau mungkin terlepas pandang. So moral of the story, dalam hidup kita ni kalau ada masalah cuba nilaikan diri kita, hubungan kita dengan Allah. Jangan sandarkan masalah itu kepada orang lain.
  • Pengalaman sendiri, entah kebetulan atau pengajaran untuk saya. Dua minggu sebelum mula bekerja  selepas cuti bersalin anak kedua, saya mula hantar anak-anak ke taska. Ada cerita di sini. Si adik enggan menyusu menggunakan botol walaupun saya dah train pada hari ke 50 kelahiran adik Inas. Sebulan berlalu tapi Inas still tidak mahu dan ini menyebabkan saya extend cuti selama dua minggu lagi kerana risaukan anak-anak. Sehingga saya terfikir mungkin ada kurangnya hubungan saya dengan Allah dan saya terfikirkan cerita di atas. Lalu seminggu selepas maternity leave berakhir, saya mula membuat kiraan dan menyelesaikan zakat yang terlepas pandang. Dan beberapa hari sebelum saya mula bekerja, saya dimaklumkan penjaga taska Inas telah mahu menyusu menggunakan botol. Syukur Alhamdulillah.
  • Sebenarnya entri kali ni pasal cukai pendapatan kan. Dah lari tajuk. Nak beritahu juga, cepat-cepat bayar cukai sebelum 30 April 2014. Sebab yang tak best kalau lambat nanti kena penalti. Yang best pulak kalau cepat hantar borang eFiling kalau ada rezeki, mana tahu tak kena bayar cukai silap-silap dapat refund lagi. Cepat submit, cepatlah dapat refund. Saya jenis orang yang cepat kalau hantar borang eFiling ni sebab takut terlupa. Pengalaman sendiri, kalau tahun tu saya lebih banyak dapat rebat, PCB yang dipotong akan dapat refund, so saya akan dapat refund lebih awal daripada orang yang submit borang eFiling last minute.
  • Jumaat lepas, wakil LHDN Negeri Melaka memberikan sedikit taklimat mengenai cukai pendapatan.
  • Antara intipatinya yang baru saya tahu, sekiranya kita ada membeli aset seperti rumah, LHDN akan dapat info tentang itu dan mereka akan daftarkan fail cukai untuk kita. Jika pendapatan sedia ada tidak melayakkan kita kena cukai, walaupun fail telah dibuka kita tidak wajib untuk declare cukai pendapatan setiap tahun TAPI as a government servant walaupun kita tak tak tertakluk kepada kenyataan di atas, pada akhir perkhidmatan semasa hendak bayar ganjaran nanti pengiraan ke atas cukai akan dibuat semula. So, nak tak nak walaupun pendapatan tak sepatutnya dikenakan cukai, still kena declare and submit borang eFiling.
  • Selain itu, untuk pendapatan bercukai kurang RM35,000.00 setahun kita layak untuk dapat rebat tambahan RM400 per individu. http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Sekiranya pada satu-satu bulan terdapat tunggakan gaji tahunan/lebihan pendapata dan pengiraan keseluruhan menyebabkan pengiraan pendapatan bercukai exceed RM35k, automatik pengiraan rebat RM400 akan jadi cukai kepada pembayar. Dan ini menyebabkan kadang-kadang dalam satu bulan, PCB yang dikenakan naik mendadak. Walaubagaimanapun, final calculation masa submit eFiling itu sendiri. Kalau pun sistem pengiraan PCB terlebih caj, kita still boleh refund. Cuma lambatlah nak tunggu tahun berikutnya baru dapat refund.
  • Apapun yang penting jangan terlanjak 30 April ok.

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah ...