Skip to main content

62 - INAS - MENCARI PUNCA KEHILANGAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum 

http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Hari ni ummi ada temujanji dengan doktor. Sambungan kepada panggilan telefon pada 14042014.
  • Dr telah diarahkan untuk menemubual ummi bagi mendapatkan gambaran keadaan adik sebelum ini.
  • Sebenarnya ummi dah tak tahu apa lagi mahu ditulis di sini. Terlalu dalam perasaan yang dipendam. Gelora dalam hati tak siapa yang tahu.
  • Dr memaklumkan akan ada meeting dengan doktor pakar pada hujung bulan ini mengenai kes kematian adik. 
  • Pada masa ini, Dr perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat daripada ummi.
  • Jangkitan kuman yang menyerang adik - Meningitis. Puncanya belum dapat dikesan. Mungkin pihak hospital sudah ketahui berdasarkan blood culture itu akan diketahui dalam mesyuarat 2904 nanti. 
  • Apa itu blood culture? Kata kawan sekolah ummi, Dr Asma blood culture adalah sampel darah yang diambil dari pesakit untuk mengkaji punca penyakit.  Darah itu nanti akan dihantar untuk tengok bakteria mana yang tumbuh.
  • Ummi bukan tahu pasal rawatan perubatan, penerangan Dr Asma banyak membantu.
  • Menurut Dr, kemungkinan jangkitan ada 3 - terdedah kepada burung merpati (kami sekeluarga tidak ke taman burung, zoo atau tempat yang ada burung), kencing tikus atau serangan tibi.
  • Pada masa ini, tiada pengesahan kepada punca jangkitan kerana seperti kata Dr Irda dan Dr Rahimah pemergian adik yang terlalu cepat memang mengejutkan.
  • Memilih kerjaya perubatan menjadikan seseorang itu kuat mentalnya. Ini pendapat ummi kerana seorang doktor perlu memberi motivasi kepada pesakit atau warisnya. Sepertimana kata kedua-dua doktor, ummi kena redha dan sabar. Ini bahagian ummi. Ummi dah ada saham di Akhirat. Ummi kena terima dan bersyukur sebab sekiranya arwah adik survive, adik bukan anak yang normal. Ummi faham kerana penjelasan ini pernah diberi Dr Alexis sebelum ini. Ummi yakin bila Allah ambil adik, Dia tahu ummi lebih tabah untuk terima kehilangan daripada menderita melihat anak terseksa kesakitan. Ummi percaya ini antara hikmahnya.
  • Sebagai ibu yang mengandung, melahir, menyusu dan menjaga adik, bukan mudah untuk menerima hakikat ini. Rindu sentiasa bertamu di dalam hati. Di sudut hati ada rasa sepi. Ummi masih ada ayah dan kakak imaan tapi adik Inas sebahagian nyawa ummi. Bila hilangnya adik, ummi rasa sebahagian jiwa hilang bersama. Dalam menangani emosi, merintih kepada Allah adalah jalan terbaik. Sebagai manusia biasa, ummi masih menangisi kehilangan adik. Sama ada tangisan itu terzahir di mata atau hanya dalam hati, Allah lebih tahu. Bukan ummi mahu menyalahkan takdir walapun pernah terdetik kenapa ummi kenapa adik. Tapi sebagai Muslim, berimanlah kepada Qada' Allah kerana ia salah satu percaturan hidup.
  • Hikmah pasti datang sama ada cepat atau lambat, masa akan menentukan. Mungkin belum nampak dek mata hati kerana tekanan yang ada. Mungkin apabila hati ummi betul-betul tenang ummi akan nampak hikmah ujian ini.
  • Dr Irda mencadangkan ummi untuk mengandung sekali lagi. Ummi tidak bersedia. Rasa risau selagi punca kematian adik tidak diketahui dan dengan emosi yang belum stabil biarlah masa menentukan.
  • Seperti kata Dr Rahimah, kehilangan ini amat terasa sebab adik pergi dalam usia 10 bulan yang mana tengah membesar dengan keletahnya tersendiri. Dengan pemergian yang terlalu pantas bukan senang untuk ummi menerimanya. 
  • Ummi menanti 0605 untuk penjelasan seterusnya daripada pihak hospital.
  • Ummi bukan tidak redha tetapi dalam hati ada rasa rindu yang menggunung, ada rasa terkilan yang melimpah ruah.
  • Ummi harap adik bahagia di sana. Hidup ini pinjaman. Anak itu pinjaman. Sabarlah wahai hati...
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.  Sebenarnya takde progress sangat pun. Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar. Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin meng explore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni. Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput. Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah da...

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...