Inas
Mengandungkanmu bukan perkara susah
Tiada rasa gelisah, tiada mahu muntah
Melahirkanmu sedikit payah
Tatkala melihatmu hilang segala gundah
Inas
Kamu anak yang mudah dijaga
Senyumanmu menghilangkan rasa duka
Keletahmu menggamit ketawa kita sekeluarga
Inas
Kamu anugerah terindah
Walaupun terlalu singkat waktu yang dipinjamkan
Kamu sentiasa di dalam jiwa hati dan nurani
Pemergianmu amat ditangisi
Rindu kepadamu sentiasa menggunung tinggi
Inas
Rahsia Tuhan tiada siapa mampu meneka
Takdir kehilanganmu tidak pernah diduga
Ummi wajib redha
Kerana janji Tuhan untuk bertemu di Syurga
Inas
Setiap susu yang mengalir telah lama ummi halalkan
Berbahagialah di sana, dalam dakapan rahmat Tuhan
Inas
Kamu sentiasa di hati ummi
Cinta ummi kepadamu tidak berbelah bahagi
Jika ini suratan Illahi
Ummi rela melepaskan kamu pergi
Wahai Inas Sarah Affendi

Sabar lah wahai ibu, anakmu menunggumu di pintu syurga.in sha Allah;)
ReplyDeletehttp://mygreenvita.blogspot.com