Skip to main content

67 - INAS - UJIAN EMOSI YANG BUKAN SEDIKIT

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Ya Allah, ketika aku mahu menyalahkan takdir kenapa aku yang terpilih untuk ujian berat ini, aku salah kerana Engkau Maha Arif. Engkau lebih mengetahui kenapa aku yang Kau pilih untuk terima dugaan ini.
  • Ya Allah, ketika aku meratap sedih kehilangan anak yang sangat aku cintai, aku salah kerana Engkau Maha Mendengar. Mungkin aku lupa kasih sayangMu melangkau jangkauan aku. Kau uji diri ini supaya aku kembali merintih dan mengadu kepadaMU.
  • Ya Allah, ketika aku berasa terhukum akibat kehilangan anak, aku lupa Engkau Maha Adil. Aku lupa bahawa Kau tidak akan menduga hambaMu yang lemah.
  • Ya Allah, ketika jiwa aku sunyi sepi mengenangkan anak yang pergi, aku lupa Engkau Maha Pengasih dan Penyayang. Telah Kau janjikan syurga untuk puteri kecilku. Setidak-tidaknya sewaktu dia kembali padaMU, Kau beri aku peluang untuk memandikan dan mengkafankan untuk kali terakhir. Tidak semua insan diberi peluang sepertiku.
  • Ya Allah, ketika aku lemah dengan ujian ini, aku lupa Engkau Maha Kuat. Tatkala aku terduduk mengenang nasib, Kau kuatkan jiwa suamiku untuk bertahan dan ketika ada waktu aku berasa tabah, aku lihat suamiku menangis sendirian.
  • Ya Allah, aku ini hambaMu yang amat tipis imannya. Aku ini hambaMu yang sangat berdosa. Jika takdirku ditetapkan sebegini, Engkau Maha Mengetahui kenapa aku dipilih untuk kehilangan anak, kenapa anakku tidak dibiarkan membesar depan mataku. Itu rahsia yang amat besar. Jika pahit hakikat yang perlu aku tempuhi di dunia ini, berilah nikmat kemanisan untuk aku temui semula anak kecilku di SyurgaMu.
  • Ya Allah, Engkau Maha Pengampun. Ampunilah segala dosa-dosaku, dosa-dosa suamiku, kaum keluargaku, kawan-kawanku, teman-teman seagama walau di mana pun kami berada.
  • Ya Allah, Engkau Tuhan Yang Maha Sempurna, pinjamkan kekuatan kepadaku untuk meneruskan hidup ini. Bantulah aku menyingkir rasa kecewa dan gelisah di hati ini. 
  • Ya Allah, jika ini satu cara untuk aku menjadi hambaMu yang lebih baik, pimpinilah aku, tunjuki aku jalan benar dan rahmatilah kami sekeluarga dengan kasih sayangMu wahai Tuhan Ya Rahman Ya Rahim.
  • Ya Allah, peliharalah, kasihilah, lindungilah anakku Inas Sarah Affendi. Sampaikan salam teramat rindu kepadaNya..

Comments

  1. Naz..teruskan menulis naz.. trima kasih sbb membuatkan aku lebih menghargai apa yg aku ada skrg.. kdg2 cemburu dgn ko sbb ko dah terjamin ke syurga.. tp aku pun takut tak termampu utk kuat kalau aku diduga sehebat dugaan ko skrg.. allahu akbar..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar!!
    Al fatihah utk adik inas

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…