Skip to main content

68 - KITA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Saya suka merancang. Tapi saya bukan a perfect planner.
  • Saya ingat bulan lepas ada beberapa benda saya telah rancang.
  • Saya merancang untuk membeli a few items - lebih kepada barangan rumah untuk keselesaan. Saya mahu beli itu dan ini.
  • Saya juga telah merancang masa saya. Ini berikutan complaint saya di sini. Maka saya telah merancang untuk menyediakan satu senarai keperluan memasak saya untuk memudahkan saya mengatur masa.
  • Ya, saya telah sediakan satu senarai menu sepanjang minggu untuk sarapan dan makan malam untuk saya, suami dan anak-anak. 
  • Saya fikir dengan itu, saya boleh menjimatkan masa, dan memberi ruang untuk saya bersantai dengan anak-anak.
  • Saya google resepi anak. Saya semak buku resepi. Saya tulis dan tampal menu di dinding dapur saya. Saya buat ini pada satu hujung minggu. 3 hari sebelum arwah anak saya kembali ke Rahmatullah.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Itu perancangan saya.
  • Tapi siapa sangka, dalam masa saya sudah merancang, saya tidak tahu bahawa Allah mahu ambil semula nyawa yang dipinjamkan kepada saya.
  • Saya jatuh terduduk. Saya menangis. Sebahagian jiwa saya hilang. Semangat saya pergi meninggalkan saya.
  • Apa yang rancang tidak menjadi. Sehingga kini saya tidak melakukan apa yang saya rancang.
  • Kenapa?
  • Dahulu saya bangun awal pagi untuk siapkan sarapan dan bekalan anak-anak ke taska.
  • Dahulu saya terkejar balik kerja untuk siapkan makan malam.
  • Dahulu bila saya sibuk di dapur, suami yang akan melayan anak-anak.
  • Kini, saya rasa sunyi. Saya rindu suasana yang dahulu.
  • Dah lama saya berhenti memasak. Cuma baru-baru ini saya mula sediakan sarapan sebelum pergi kerja. Itu pun menggamit memori tentang anak kecil saya.
  • Beza kini, saya cuma sediakan sarapan untuk saya suami dan anak (Imaan Maryam) bukan lagi anak-anak...

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....