Skip to main content

84 - MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Bismillahirahmanirrahim                
Assalamualaikum

  • Dua minggu lepas saya telah tempah cd sufi cilik secara online. Puan penjual menghadiahkan buku mini bertajuk 'Mudahnya Menjemput Rezeki' 
  • Untuk makluman buku ini adalah petikan beberapa bab  daripada kandungan buku asal. Cukup menarik info yang terkandung dalam buku comel ini.
  • Dalam bab 12 - Menjemput rezeki dengan mengutamakan solat. Ia peringatan kepada saya untuk menyegerakan solat. Kadang-kadang kita ini alpa dengan kesibukan dunia. Di hujung waktu baru mahu menjengah sejadah. Diceritakan dalam buku ini bagaimana si penulis sendiri telah mencubanya dari beliau berada di peringkat bawah tapi atas faktor keyakinan rezeki itu daripada Allah dan sentiasa mengutamakan Allah dalam pekerjaan, beliau akhirnya mendapat kedudukan lebih baik dalam pekerjaannya. Allahuakbar. Hebat sangat.
  • Menurut penulis, Peter Russell dalam buku The Brain Book menyatakan, 'Otak manusia beroperasi lebih pantas dan lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah. Dikatakan otak manusia boleh beroperasi 7% lebih cepat dan 14% lebih tepat.
  • Dalam bab 22 - Menjemput rezeki dengan tekun berusaha. Apabila melakukan sesuatu kerja, buatlah dengan bersungguh-sungguh. Jadi lebih baik daripada orang lain. Contohnya apabila menjadi seorang peniaga, berniagalah dengan jujur, beri perkhidmatan terbaik. Jika kita bersungguh, pelanggan akan mencari kita kerana percaya pada kualiti yang diberi. Secara tidak langsung kita menjana rezeki dengan usaha sendiri.
  • Bab 38 - Bertanya khabar kepada ibu. Gembirakan hati ibu kita. Telefonlah ibu jika kita jarang berjumpa, kerana tanpa sedar mungkin si ibu rindu mendengar suara kita. Menggembirakan hati ibu bermakna kita menuai pahala yang banyak. Redha Allah bersama redha ibu. Dan doa setiap ibu amat dimakbulkan, panjang-panjangkan kemurahan rezeki melalui doa seorang ibu.
  • Antara strategi melunaskan hutang dengan cara berikut : 
    1. Beli barang secara tunai.
    2. Hidup di bawah kemampuan. Contoh gaji RM1000, berbelanjalah kurang daripada RM1000 iaitu dengan berbelanja mengikut keperluan bukan kemampuan dan simpanlah sedikit baki untuk masa depan.
    3. Mulakan menyimpan wang sedikit demi sedikit. Jadikan ianya satu hobi dan tabiat yang mesti diamalkan. Apabila sudah terbiasa simpanan RM50 sebulan mungkin akan menjadi RM200 dan seterusnya.
    4. Jana pendapatan tambahan.Jika berniaga, untung perniagaan dijadikan sebagai simpanan. 
    5. Jangan buat hutang selepas  selesai satu hutang.
    6. Langsaikan hutang yang paling tinggi interestnya.
    7. Jadikan duit bonus untuk melangsaikan hutang.
    8. Simpan duit gaji kenaikan tahunan untuk selesaikan hutang.
  • Punca rezeki yang sempit disebabkan oleh perkara berikut :
  1. Tidak peduli tentang zakat dan sedekah
  2. Terlalu sibuk hingga menjauhkan diri dari Allah
  3. Melakukan kerja-kerja haram
  4. Berbuat dosa kerana degil atau jahil
  5. Percaya usahanya semata-mata kerana yang mendatangkan rezeki.
  •  Jemput rezeki dengan Surah Alfatihah. 
    1. Baca 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat subuh.
    2. Baca 7 kali setiap kali selesai solat 5 waktu.
    3. Baca 41 kali semasa bangun solat tahajud.
    4. Baca 313 kali pada bila-bila masa selama 3, 5 atau 7 hari dengan mengahadap kiblat dan berwudhu'.



Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.  Sebenarnya takde progress sangat pun. Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar. Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin meng explore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni. Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput. Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah da...

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...