Skip to main content

85 - INAS - KERAIAN YANG TIDAK DAPAT DIRAIKAN

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

INAS SARAH AFFENDI (27/05/2013 - 08/04/2014)
  • 27 Mei : Pada tarikh ini setahun yang lalu saya bersusah payah melahirkan anak syurga ini. Tepat pada jam 8.59 pagi.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    27.05.2013 - Hari pertama
  • Tapi 27 Mei 2014, anak ini sudah tiada dalam pelukan kami.
  • 10 bulan bukan tempoh masa yang lama. Tapi sudah tertulis setakat itu tempoh pinjaman adik kepada ummi dan ayah.
  • Ummi tidak mahu menangis menyesali apa yang terjadi. Walaupun ada terlintas di hati untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada hospital. Memikirkan yang ianya hanya memanjangkan rasa kecewa yang tiada kesudahan ummi perlu muhasabah apa yang terjadi hanya sebab sedangkan sudah nyata semuanya sudah ditentukan sebelum kamu lahir dari rahim ummi.
  • Kadang-kadang terdetik di hati rasa bangga kerana ummi dipilih melahirkan seorang anak Syurga. Melihat semua foto kamu membuat ummi terfikir betapa anak secomel kamu telah dipilih Allah menghuni Firdaus Allah dengan begitu mudah. Beruntungnya anak ummi. Bertuahnya Inas Sarah Affendi.
  • Adik, ada ketika apabila kegilaan ini melanda, ummi seperti mahu menggali kubur melihat apa yang terjadi pada kamu di dalam sana. Ya itu perasaan gila tidak masuk akal. Sangat insane. Tapi itu kemahuan seorang ibu yang risaukan anaknya walaupun setiap kali penghujung solat telah ummi mohon supaya Allah pelihara kamu sebaik-baiknya.
  • Ummi muhasabah, ummi ini tidak cukup ilmu. Ummi sepatutnya mencari ilmu untuk mendapatkan pengetahuan tentang kehidupan anak Syurga seperti kamu. Ummi mahu tahu apa yang sedang dilakukan anak senasib kamu ketika ini. Ummi mahu tahu di manakah perginya roh kamu ketika ini. Ummi mahu diyakinkan bahawa kamu berada di tempat paling baik ketika ini. Sungguh semua ibu mahukan yang terbaik untuk zuriatnya.
  • Adik, mengikhlaskan redha satu perkara paling payah untuk ummi lalui. Dan ummi yakin apabila saat itu hadir, ummi akan jadi manusia paling beruntung.
  • Adik, sehingga kini kakak Imaan masih dan selalu melihat video keletah kamu. Sungguh kamu anak yang sangat baik. Kebaikan itu Allah ambil supaya kamu membalas kebaikan kepada ummi dan ayah pada Hari Kebangkitan nanti.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Setiap minggu setiap kali melintasi hospital, kakak Imaan masih menunjuk itu hospital Inas. Setiap kali itu, kakak Imaan tidak pernah gagal mengingati itu tempat akhir pertemuan kamu berdua.
  • Sehingga kini beg ke taska yang ummi bawa ke hospital masih berada dalam keadaan yang sama. Isi kandungan yang sama. Tiada apa yang dikeluarkan malahan langsung ia tidak dibuka selepas 8 April yang lalu.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Entah ummi tidak rasa yakin walaupun ummi tahu apa di dalamnya.
  • Malahan hingga kini ummi rasa takut untuk melihat semua baju-baju adik. Ummi takut kerana ummi tidak kuat. Kelemahan ini akan mengundang semula deras air mata yang cuba ummi kawal selama ini.
  • Adik, ummi rasa sunyi sangat bila berada di rumah kita. Sunyi tanpa kelibat si kecil yang aktif. Kasihan kakak Imaan tiada kawan bermain.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Adik pernah sekali ya sekali sahaja ummi bermimpi bertemu kamu selepas pemergian kamu. Ummi bermimpi ummi memeluk kamu ketika jasad kamu dikatakan telah menghadap Illahi sedangkan rupanya kamu masih bernyawa dan pihak hospital tersilap membuat pengesahan kematian. Mimpi itu mainan tidur. Tapi itulah mimpi ummi dapat memeluk kamu kembali. Tiada mimpi tentang kamu selepas itu.
  • Adik, jika dahulu tepat pukul 5 ummi akan segera pulang. Memotong barisan di jalan raya supaya dapat segera sampai ke rumah menyiapkan bahan memasak sebelum ummi dan ayah mengambil kamu dan kakak dari taska. Tapi kini ummi rasa rumah kita suram tanpa ragam kamu.
  • Tapi sekarang seperti tiada apa mahu dikejarkan. Cuma setiap petang apabila mengambil kakak Imaan, ummi teringat-ingat suasana dulu apabila ummi bersendirian mengambil kamu berdua, ummi perlu memandu sambil sebelah tangan memegang kamu di pangkuan yang mahukan susu badan. Dan tatkala kamu meragam tidak mahu diletakkan di dalam carseat, betapa rajin kakak Imaan memujuk kamu. Itu dulu dik..
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Kawan ummi pernah beritahu muka adik murah rezeki. Rezeki akhirat.
  • Adik tidak pernah bertemu dengan nenek kak Tasha. Tapi semasa mengandungkan adik, ummi ada datang melawat nek aji. Ingat dahulu masa ke sana, ummi sedang sarat mengandungkan adik. Nek aji mengatakan ummi mengandung anak lelaki. Ramai sangat yang menegur bentuk perut ummi tapi nyata salah. Bila nek aji dimaklumkan kematian adik, beliau menangis walaupun beliau tidak pernah melihat adik. Dan bila ditunjuk gambar adik, beliau mengatakan adik anak yang cantik. Cantik bagi seorang anak kecil seperti kamu.
  • Ummi masih dalam proses pemulihan. Memulihkan hati yang lara. Masih meyakinkan diri sendiri untuk mengikhlas redha. 
  • Kami sangat rindukan kamu adik.
  • Adik, hari ini 27 Mei. Sepatutnya hari ini ulangtahun pertama kamu. Walaupun tarikh ini tidak dapat diraikan tapi tarikh ini akan terus diingati.
  • Selamat hari lahir Inas Sarah Affendi. Doa ayah dan ummi sentiasa ada untuk kamu. Semoga kamu baik-baik di sana. Walaupun tak terjangkau akal apa yang sedang kamu lalui, tapi ummi percaya Allah sediakan tempat terbaik untuk kamu ketika ini.
  • Salam sayang dari ummi, ayah dan kakak Imaan.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    08.04.2014 - Hari terakhir

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40