Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Assalamualaikum
- Saya mahu share
tentang PNEUMOKOKUS. Kenapa? Sebab ini punca kematian INAS SARAH AFFENDI.
Sumber adalah daripada risalah yang dikeluarkan GlaxoSmithKline. Gigih ni taip
semula.
Sumber Google
- APA ITU PNEUMOKOKUS?
Penyakit Pneumokokus berpunca daripada
bacterium Streptococcus Pneumoniae.
Terdapat hamper 90 jenis serotip pneumokokus dan kebanyakannya mengakibatkan
penyakit yang ringan tetapi ada segelintir yang mampu menyebabkan jangkitan invasive.
- STREPTOCOCCUS PNEUMONIAE BOLEH SEBABKAN :
1. PNEUMONIA
(Radang paru-paru)
Simptom :
Sukar bernafas, batuk, sakit dada, demam dan seram sejuk.
Komplikasi :
Empyema (jangkitan ruang pleural)
Perikarditis (keradangan kantung yang mengelilingi jantung)
Atelectasis (Kuncup paru-paru separa atau sepenuhnya)
Pembentukan abses paru-paru
2. MENINGITIS
(Radang selaput otak dan saraf tunjang)
Simptom :
Leher kejang, demam,
sakit kepala, kurang makan, kekalutan dan letargi.
Komplikasi :
Serebral palsi, epilepsy, rosak otak, sakit buah pinggang, hilang
pendengaran, amputasi anggota badan, kelewatan perkembangan dan kematian.
3. OTITIS
MEDIA (Jangkitan telinga tengah)
Simptom :
Sakit telinga, sukar tidur, demam dan kerengsaan
Komplikasi : Meningitis dan mastoiditis (jangkitan tulang mastoid yang
terletak di belakang dan atas cuping telinga)
4. BAKTERAEMIA
(Bakteria dalam aliran darah)
Simptom :
Demam,
kerengsaan, bintik merah pada kulit, kekeliruan atau perubahan dalam status
mental.
Komplikasi :
Akibat neurologi dan sepsis,
keadaan yang mengancam nyawa.
- SIAPA YANG BERISIKO?
Di bawah umur 2 tahun
Masalah perubatan yang kronik
Menghadiri pengasuhan berkumpulan (seperti taska)
- BAGAIMANA ANAK SAYA BOLEH DIJANGKITI PENYAKIT PNEUMOKOKUS?
Bakteria yang merupakan punca penyakit
pneumokokus lazimnya dijangkiti melalui hidung dan rongga kanak-kanak serta
orang dewasa yang sihat dan mudah
merebak melalui sentuhan atau batuk.
- APAKAH RAWATAN DIPERLUKAN?
Jika dapat dikesan dari awal dan diberi rawatan yang sewajarnya, penyakit
pneumokokus boleh dikawal. Oleh kerana terdapat peningkatan kesedaran
tentang ketahanan bakteria terhadap antibiotik, kini para doktor lebih fokus
dalam pencegahan penyakit ini.
- BAGAIMANA BOLEH LINDUNGI ANAK DARI PENYAKIT PNEUMOKOKUS?
Cara terbaik adalah dengan mendapatkan
pelalian.
WHO mengisytiharkan menyedari beban penyakit pneumokokal yang tinggi di kalangan kanak-kanak, WHO menyifatkan kemasukan vaksin ini ke dalam Program Pelalian Kebangsaan sebagai satu keutamaan.
- APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN PNEUMOKOKUS?
Kesannya termasuklah sedikit kesakitan atau radang di tempat suntikan yang biasanya
tidak berlanjutan lebih daripada satu atau dua hari. Anak akan berasa kurang sihat atau mengalami demam
selepas vaksinasi. Jika berlanjutan, dapatkan nasihat doktor anda.
NOTA :
Apa yang saya highlight kuning itu yang telah berlaku pada Inas – anak syurga
kami. Hari ini genap sebulan pemergian si comel ini.
Comments
Post a Comment