Skip to main content

96 - DARI SUDUT PALING DALAM

Bismillahirahmanirrahim            
Assalamualaikum
  • Sepanjang ramadhan kali ini, hati saya sangat sayu bila mengenangkan ketiadaan si kecil Inas. Saya percaya masa akan memulihkan semangat dalam merelai seikhlas-ikhlas hati untuk menerima hakikat ketiadaannya.
  • Setakat hari ini, semangat itu masih belum pulih walaupun pernah saya terfikir saya telah menerima takdir ini.
  • Perasaan saya jadi sesak, hati saya pilu, airmata sentiasa bergenang setiap kali mengenangkannya dalam semua situasi tanpa mengira lokasi.
  • Saya tidak tahu bagaimana mahu mengongsikan rasa hati walaupun dengan suami sendiri kerana saya juga tahu hati dia tidak sekuat mana. 
  • Semalam semasa hendak mendirikan solat maghrib saya meneliti gambar Inas. Hati saya sebak. Dan sepanjang 3 rakaat itu saya menangis semahu-mahunya. Saya kira kali terakhir saya akan meratap sebegitu ketika ulangtahun Inas pada 2705 yang tidak dapat diraikan itu.
  • Dan ketika membuka lembaran ayat suci AlQuran airmata masih tidak berhenti dan pada ayat-ayat pertama kalimah dilafazkan, Imaan masuk ke bilik dan bertanya kenapa ummi menangis. Saya pandang Imaan tanpa jawapan. Hati saya diselubungi sendu. Encik suami juga kelu seribu bahasa bila Imaan mengadu ummi menangis.
  • Sebelum Isyak, saya mengemaskini status di Facebook tentang rasa hati. Dan saya biarkan telefon bimbit di dalam bilik. 
  • Semalam 08072014, bulan ketiga Inas Sarah Affendi meninggalkan kami sekeluarga.
  • Ketika saya bawa Imaan untuk tidur, saya menjenguk whatsapp kawan-kawan. Ada komen dari mereka tentang post saya itu. Saya berhenti membaca dan saya sekat penggunaan mobile internet di telefon bimbit. Sekali lagi saya menangis. Sungguh sedih. Dan sekali lagi Imaan bertanya kenapa ummi menangis. Kenapa ummi sedih-sedih. Saya masih membisu.
  • Kenapa susah sangat saya mahu menerima kenyataan ini dengan senyuman paling ikhlas. Bukankah adik pergi kerana mahu memberi ruang untuk saya dan suami menghuni Syurga Firdaus. Adik Inas Sarah Affendi, dia anugerah terindah. Utusan sementara untuk kami yang mengingatkan kami tentang singkatnya hidup ini. 
  • Ada sebab dia dijemput Illahi. Ada ketika saya memahami antara sebab itu tapi ia masih susah untuk diterima seikhlas hati. Hati saya tidak kuat sebab itu hikmah-hikmah yang ternyata, gagal saya lihat dengan hati yang ikhlas.
  • Saya tahu mati itu bila-bila. Saya tidak tahu bila tapi kini saya berdoa untuk dipanjangkan umur kerana saya mahu selagi ada hayat, saya berniat untuk berkongsi pahala dalam setiap tindakan dengan anak ini. Biarpun dia pergi dalam keadaan suci bersih tiada dosa tapi saya mahu dia 'rasa' saya sentiasa mengingati dia dan cuba beri terbaik walaupun dalam dunia yang berbeza.
  • Kata Ustazah Norhafizah - Berdoalah supaya Allah ambil nyawa kita dalam keadaan DIA redha dengan kita. Dan kata Prof Muhaya - Berdoalah selagi hidup ini memberi sumbangan kepada orang, panjangkan umur yang ada dan jika hidup tidak lagi memberi manfaat kepada orang lain, ambillah nyawa yang ada.
  • Saya berdoa, diri saya dan semua orang yang saya sayang akan dijemput Allah dalam keadaan amal kami cukup menjadi bekalan di alam barzakh dan di padang Mahsyar kerana dikatakan alam Padang Mahsyar sangat panjang kerana percatuan amalan di atas neraca akan dibuat kepada setiap umat manusia merentasi zaman sebelum meneruskan perjalanan akhir ke pintu Jannah atau Jahannam.
  • Allah Yang Maha Esa dan Pengasih, kasihi aku untuk melalui ujian besar ini.
  • Allah Yang Maha Kuat, kuatkan jiwa dan hati ini dalam menerima takdir besar ini.
  • Allah Yang Maha Penyayang, sampaikan rasa rindu ini kepada Inas Sarah Affendi.
  • Wahai Allah Tuhan Sekalian Alam, berkati Ramadhan kami kali ini.

Comments

  1. mmg berat utk terima kehilangan anak. saya pernah melaluinya. walau anak yg dikandung cuma 6 bulan, lahir cuma 2 hari, berbulan saya cuba memulih rasa, jiwa dan raga. inikan pula awak yg kehilangan anak yg sedang membesar.
    berat, tapi kena terima qada dan qadarnya. belajar utk redha dan cari kenapa dia diambil dahulu. cari kelebihan apabila dia berada di sana, di syurga Allah. Insyallah, bila hati mula redha, awak akan lebih mudah menerima. syaitan menghasut dan terus menghasut utk awak menyalahkan org lain atas kehilangan ini. jangan biarkan semua itu berlaku. kelak awak akan hilang pertimbangan. bila redha, hati akan lebih tenang. Insyallah... banyakkan berdoa dan memohon kepadaNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas peringatan ini. InsyaAllah masih mencuba sehingga kini.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim