Skip to main content

105 - RUANG TAMU YANG SEDERHANA

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum

  • Ruang tamu kami kecil je.
  • Hiasan sederhana sahaja. (Sebenarnya tak pandai menghias kikiki)
  • Asal kemas itu paling penting. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Kalau tengok takde apa pun yang mahal. Semua ni beli masa nak kahwin dulu kecuali beberapa item kecil seperti bingkai gambar dan karpet.
  • Sebab motif hidup untuk tidak banyak hutang, semuanya kami beli secara tunai. Bukan banyak duit, tapi sebelum tu dah siap menyimpan awal.
  • Nak cerita pasal perabot memang beli kedai biasa je pun. Takdenya la standard ikea ke lorenzo ke fella design ke.
  • Tivi dan beberapa peralatan elektrik yang lain saya beli di kedai Panasonic di Jalan Munshi Abdullah. Semua electrical items di rumah yang berjenamakan Panasonic memang kami beli di kedai ni je. Kalau beli mesti dapat free gift (suka sangat tu). In fact camera yang digunakan untuk tepek gambar dalam blog ni pun camera free gift daripada Panasonic.
  • Frame tu pun encik suami beli ikut suka dia. Hampir semua frame dalam rumah memang dia je yang beli. Beli tanpa pengetahuan saya. (Hmm..)
  • Saya ni memang tak pandai nak deko ke nak tetapkan tema ke apa. Masa pindah rumah ni memang tak fikir tu semua. Masa tu tau nak pindah cepat, apa yang asas dah siap sedia. Dua tahun tunggu nak dapat kunci rumah ni. Masa dapat kunci potongan pinjaman perumahan dah berjalan seiring dengan kos sewa rumah. Maka untuk menyekat aliran tunai keluar untuk sewa rumah, memang takde buat perancangan teliti. Dalam 3 bulan semua siap. 
  • Cat dinding pun main pilih je warna biru. Encik suami dan rakan dengan bantuan FIL yang gigih mengecat. Masa tu bila kami tanya kos upah cat dah RM2K. Belum kira harga cat lagi. Untuk berjimat (lagi) kami pilih susah senang bersama kikiki. 
  • Dan sekarang macam nak tukar warna dinding rumah. Haha mahu pening encik suami nak mengecat semula.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Ni lampu dinding pun ambil yang biasa. Mula takde plan nak pasang tapi ada la sorang kawan dok suggest supaya tambah lampu. Dia yang pilih lampu berdasarkan bajet kami. Lampu ni beli kat eShine Semabok sebelah Klinik Amal Semabok depan Jalan AMJ tu. 
  • http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Rak kayu jati nun di sudut kanan sebelah rak tivi ni (rak ke namanya?) kakak saya bagi masa birthday tahun bila entah. Tak pernah pun diisi apa. Suppose letak magazine/newspaper kot. Saya rasa kalau letak nanti serabut je maka saya biarkan kosong begitu sampai saya rasa nak buat sesuatu nanti.
  • Kain langsir kami beli kat Nagoya je pun. Makcik encik suami yang tolong jahit. Kalaulah saya pandai jahit boleh tukar-tukar kain langsir. Kalau kan hish tak baik. Beruntunglah siapa yang ada bakat menjahit tu.
  • Sebenarnya ada la nafsu nak pasang custom made rak tivi tu. Nafsu kan. Nanti-nanti dulu. Duit tak turun dari langit macam tu je. Berangan boleh la. Jom kita simpan duit dulu baru boleh cerita. Kat bawah antara contoh cuci mata.
    Google
    Google

Comments

  1. sejuk jer rumah warna biru..kikiki..bersih dan kemas..

    ReplyDelete
  2. lampu tu bila bukak terus berubah warna biru tu jadi mcm grey pula ya...shomel!! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.  Sebenarnya takde progress sangat pun. Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar. Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin meng explore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni. Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput. Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah da...

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...