Skip to main content

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum

Rekabentuk garaj
http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Dalam entri ini, saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan.
  • Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan.
  • Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim.
  • Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula.
  • Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00.
  • Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40 kaki persegi. 
  • Kiraan bilangan tiles ni dengan darabkan 22 x 40 = 880. Sebab kami beli tiles yang bersaiz 2 x 1 maka bilangan tiles ialah 880/2 = 440. Kenapa nak bahagi? Sebab ukuran saiz rumah dah kira dalam ukuran kaki persegi dan tiles pun dalam ukuran sama. Kalau kita beli tiles yang saiz 1x1, kena beli 880 unit. TETAPI bilangan tiles ini tidak tepat sebab kita tidak tak mengambil kira lagi bahagian skirting di tepi dinding. So memang kena beli lebih. Kalau ikutkan anggaran tiles rumah kami 440 unit tapi kami beli lebih 60 unit. Sekiranya ada lebihan akan dipulang kepada pembekal semula.
  • Masa nak beli tiles ni, saya tunjukkan design di atas kepada pembekal lepas tu dia tanya saya ni kerja cikgu ke. Err cikgu je ke yang pandai buat design? Heh takde la idea ni pun dapat daripada pendapat kawan-kawan.
  • Pembahagian dibuat kepada dua kerana bahagian kiri merupakan ruang tambahan yang kami simenkan sebelum ini.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Dalam proses mengosongkan ruang garaj

  • Kos bagi pembelian simen dan lain-lain kami serahkan kepada kontraktor sebab tak nak pening-pening dengan jumlah RM3,300.00. 
  • Dan ini sebahagian proses kerja pemasangan. 2 hari pertama ialah kerja menyimen semula lantai. Dan petang hari kedua, tiles dihantar ke rumah. Hari ketiga dah mula pasang tiles.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Lantai yang telah siap disimen semula
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    SDA
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Hari kedua
  • Ini si tukang pasang dan isterinya. Proses pemasangan ambil masa lebih seminggu. 2 hari untuk simen semula garaj rumah. Kata uncle cina ni pun, dia ambil masa sikit nak pasang sebab dah tua. Tapi saya kagum dengan isterinya kuat menolong, bancuh simen bagai. Walaupun buat kerja berdua memang kemas la.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Hari keenam
  • Nasib baik juga motor autogate kami dipasang atas sedikit jadi tak mengganggu proses pemasangan tiles di bahagian berhampiran.
  • Err entri akan bersambung pada siri akan datang.. (^_^)

Comments

  1. gigihnya suami isteri tu bekerja... btw, nampak luas garaj bila da simen tepi kan kak ::)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih sangat. Itu la kalau di simen yang sebelah laman tu lagi luas. Jenuh pula nak pasang tiles heh.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.  Sebenarnya takde progress sangat pun. Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar. Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin meng explore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni. Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput. Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah da...

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...