Skip to main content

116 - IMAN

Bismillahirahmanirrahim                   
Assalamualaikum

  • Kebiasaannya, setiap pagi masuk kereta saya akan memilih frekuensi 90.30 mendengar celoteh Johara. Tetapi balik daripada pejabat saya akan tukar kepada 89.50.
  • Pagi ini Jumaat lepas semasa sampai di depan pintu taska Imaan, sebelum keluar kereta Imaan tegur ummi tak buka radio.
  • Selepas hantar Imaan, saya terus on kan radio. Masa tu Ikim.fm sedang ke udara. Seorang ustaz yang familiar suaranya sedang memberi ceramah tentang tajuk yang saya tidak ketahui.
  • Isinya sangat menarik walaupun saya dengar hampir di penghujung unknown topic. 
  • Antara isinya : 
  1. Tentang Khalid Al Walid. Panglima perang yang hebat pada zaman jahiliyah dan Islam. Malahan sangat angkuh ketika berhadapan dengan Rasulullah. Diceritakan juga bagaimana reaksi Rasulullah menghadapi kelantangan dan kesombongan Khalid Al Walid sebelum beliau milih Islam sebagai Addin. Malahan semasa hijrah ke Madinah, beliau disambut meriah oleh masyarakat di sana sampaikan anak-anak Madinah menyatakan rasa gembira atas keislaman beliau walaupun bapa-bapa mereka mati di pedang Khalid sewaktu Khalid mengetuai pasukan kafir Quraisy dalam perang Uhud. Betapa teguhnya iman anak orang Islam sewaktu zaman Rasulullah.
  2. Kata ustaz, alangkah sedihnya di luar sana ramai manusia yang cendekiawan, hartawan dan jutawan tetapi masih tidak menyedari keesaan Allah. Betapa ruginya apa yang sedang dimiliki tidak dapat menyedarkan mereka agama yang satu.
  • Hati saya tersentak..
  • Lantas saya bersyukur saya masih dalam agama ini. Dan semoga Allah mengekalkan keimanan saya dalam agama ini biar apa pun yang terjadi.
  • Semoga Allah menguatkan iman saya. Mengambil nyawa saya dalam keadaan DIA sangat redha dengan iman yang saya miliki. Amin.
  • Dan saya berdoa juga supaya DIA menjadikan saya Muslim yang baik pada pandanganNya. Sekurang-kurangnya jika saya tidak berupaya untuk mendakwah orang lain, tapi saya tidak menyebabkan penganut agama lain lari/menjauhkan diri daripada Islam. 
  • Semoga hari-hari mendatang mengubah saya menjadi insan yang lebih baik. Ya saya banyak kekurangan dan saya bukan orang yang akan memenuhi kehendak semua orang.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.  Sebenarnya takde progress sangat pun. Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar. Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin meng explore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni. Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput. Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah da...

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...