Skip to main content

124 - KASIHNYA KAKAK

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Semalam 08.01.2015.
  • PAGI..
  • Kami membawa Imaan Maryam Affendi ke klinik. Klinik di taman perumahan. Dengan tujuan untuk follow up berat badan berlebihan.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Kakak tembam -24kg
  • Klinik memang ramai orang. Ramai ibu mengandung ramai bayi bertemu janji dengan cik doktor.
  • Saya tunjuk kepada Imaan tempat baby timbang berat.
  • Saya : Kakak tengok tu baby timbang, sama dulu kita timbang adik Inas.
  • Imaan : A'ah sama. Tapi adik dah meninggal.
  • Titik.
  • MALAM..
  • Imaan menyanyi..
  • Satu satu Imaan sayang ummi, Dua dua Imaan sayang ayah, tiga tiga sayang adik Inas. Satu dua tiga sayang semuanya.
  •  Semalam.. 08.01.2015 - genap 9 bulan pemergian Inas Sarah Affendi.
  • Adik, ummi yakin kakak Imaan akan sentiasa sayangkan adik walaupun tempoh bersama hanya untuk 10 bulan. Semoga kamu berdua akan berjumpa semula di Syurga Allah. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Satu masa dulu..

Comments

Popular posts from this blog

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…

29 - UBAHSUAI RUMAH - PEMILIHAN LAMPU

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum.

Untuk sistem pencahayaan di dalam rumah, kami memilih lampu downlight LED. Kesemua lampu ini kami beli di kedai lampu eShine di Semabok, Melaka.Kenapa eShine ? Pertama - ini kedai yang menawarkan khidmat PR yang bagus. Nova lighting pun bagus tapi harga tak bagus untuk bajet kami hihi. New Style Lighting Semabok - belum tanya harga, PR dah teruk. Nak paksa beli baru boleh bagi quotation. Kedua - kontraktor ni memang selalu deal dengan kontraktor yang buat wiring rumah kami, so after sale service memang confirm dan senang sebab mereka juga kawan kepada penaja lampu pagar kami.Di bahagian ruang tamu cuma ada lampu downlight dan lampu dinding. Manakala, di ruang tengah, kami cuma pasang lampu gantung dan downlight. Di bahagian belakang rumah, kami cuma pasang 2 unit lampu kalimantang pada awning.Sementara itu, di tepi rumah kami pasang 2 unit lampu spotlight.
Di pintu pagar, lampu ini ditaja oleh rakan baik. Terima kasih Pn Chua! Di bahagian depan…