Skip to main content

125 - IMAAN MARYAM AFFENDI

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
 
  • Imaan Maryam Affendi, bukan seorang mudah mesra. Sedikit pemalu (macam ayahnya).
  • Tetapi tidak sabar seperti umminya.
  • Imaan rajin bersembang. Balik taska macam-macam mahu diceritakan. Kata ayahnya macam saya. 
  • Sejak duduk di taska Imaan lebih mesra dengan rakan sebaya.
  • Di kawasan perumahan kami memang ramai kanak-kanak. Alhamdulillah anak-anak itu menceriakan hari-hari Imaan. Sekurang-kurangnya Imaan tidak kesunyiaan tanpa adik.
  • Semalam balik kerja seperti biasa kemeriahan anak-anak jiran bermain di depan rumah. 
  • Saya di dapur semasa Imaan ambil air menghilang haus.
  • Saya terdengar suara kawannya minta air. Saya panggil dan beri air mangga.
  • Anak ini berumur 7 tahun dan sangat ramah. Perempuan.
  • Dari seorang masuk lagi dua orang anak jiran sebelah.
  • Imaan sangat excited tunjuk bilik adik. Tunjuk mainannya.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Budak perempuan tadi bertanya kepada saya sama ada Imaan tidur seorang di bilik itu.
  • Saya kata tidak. Dulu adik Imaan selalu tidur di situ.
  • Selepas beberapa ketika, anak-anak berkumpul di luar makan kek dan minum air.
  • Semua budak masuk ke perkarangan rumah kami. Sekejapan air dan kek habis.
  • Beberapa budak main di tepi laman. Saya terdengar budak perempuan tadi bercakap dengan kawannya, 'Kesian imaan, adik dia dah meninggal'
  • Budak-budak. Lurus.
  • http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....