Skip to main content

128 - SUSUN PLASTIK KITAR SEMULA

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Lama tak menulis tentang susun atur.
  • Oh saya tak pakar pun. Tapi kalau ada masa saya suka merayau blog susun atur ni. Kalau FB tu jarang sangat online maka jarang juga menjenguk group KSSA.
  • Saya suka manfaatkan barang kitar semula. Lagi-lagi kalau menjimatkan kos. 
  • Macam plastik contohnya. Plastik yang ada saya akan guna untuk buang sampah. Jadi jarang sangat saya beli plastik sampah. Sepanjang lebih setahun menetap di rumah sendiri, baru sekali saya beli plastik buang sampah. Itu pun masih berbaki sehingga kini.
  • Ada sekali tu encik suami bawa balik 2 bungkusan plastik. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Semak sangat, perlahan-lahan (beberapa hari selepas itu) saya ambil dari bonet kereta dan lipat.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Lain orang lain cara lipatannya. Tapi cara saya, saya suka lipat segitiga. Macam kuih samosa.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Seperti ini..
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Dan hasilnya sebanyak ini..
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Saya simpan di dalam kotak kasut terpakai.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Dan kotak ini saya simpan di dalam kabinet bawah sinki. Nanti nak guna ambil satu persatu lipatan dan tidaklah selerak serta sakit mata memandang. Sehingga entri ini ditulis, hasil lipatan masih belum digunakan.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....