Skip to main content

129 - PANGGILAN AKHIR

Bismillahirahmanirrahim   
Assalamualaikum.
  • Entah bagaimana lewat petang Jumaat lepas (16.01.2015) semasa hampir sampai ke rumah pulang dari kerja terlintas di hati..
  • April 2012 : Selepas subuh saya menerima panggilan kakak, datuk telah kembali rahmatullah.
  • April 2013 : Semasa sedang sarat mengandungkan Inas, saya menerima panggilan telefon di bilik seminar pakcik telah kembali rahmatullah.
  • April 2014 : 08.04.2014 menyaksikan sendiri anak kesayangan saya pergi menghadap Illahi.
  • Semua mereka menghembuskan nafas di hospital yang sama.
  • Lantas, saya berdoa jangan April tahun ini DIA duga saya dengan berita sesukar itu lagi.
  • Noktah.
...................................................................................
  • Malam yang sama 16.01.2015 ketika sedang menikmati makan malam di luar, Encik Suami menerima panggilan.
  • Panggilan makluman pakcik beliau telah ke rahmatullah.
  • Pergi dalam tidur tanpa sedar. Tiada sesiapa yang menemani beliau mengucap kalimah Syahadah pada saat-saat akhirnya.
  • Hanya menyedari 'ketiadaannya' apabila dikejut, badannya telah sejuk kaku.
..................................................................................
  • Sungguh mati itu pasti.
  • Bila dan bagaimana itu rahsia DIA.
  • Yang masih bernyawa ini, ambillah iktibar.
  • Apa persiapan kita untuk menghuni 'rumah baru'.
  • Apakah kita mampu menyiapkan cahaya di rumah baru itu.
  • Apakah ia akan menjadi gelap gelita.
  • Alam barzakh bagi mereka yang tidak cukup bekalan, akan menderita di dalam sana.
  • Kata Ustaz Kazim Elias, secepat 7 langkah malaikat Munkar dan Nakir akan bertemu duga dengan setiap jasad yang telah kehilangan nyawa.
  • Ya Allah, semoga semua orang yang saya sayang datang menyahut panggilan akhirMU dalam keadaan KAU redha dengan amalan kami di dunia yang sementara ini.
  • Untuk Pak Usu, semoga Allah rahmati dunia barumu.
  • Alfatihah.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....